Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Quotes

Walau Allah Maha Pengampun.....

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum  

Strong & Independent

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Adakah hidup ini satu pilihan? Ya, bukan pilihan kita. Tapi pilihan Pencipta. Maka hiduplah kita yang telah dipilih ini, di bumi ciptaanNYA. Hidup yang kita tempuh juga ada banyak pilihan. Setiap pilihan ada jalan ceritanya. Setiap pilihan ada pahit manisnya. Setiap pilihan ada cabarannya. Itulah rencah kehidupan. Hari-hari yang kita lalui tak selalunya indah. Setiap ketidakindahan itu sebenarnya terkandung hikmah. Untuk kita yang sentiasa berfikir dan kepadaNYA kita berserah. Aku bermuhasabah. Hidup ini tidak mudah. Namun mengapa aku masih bertahan? Ku teliti dan amati jauh ke dalam diri. Sebenarnya Allah dah cukupkan semangat dalam diri. Serulah semangat itu agar kita menjadi seorang yang kuat dan tabah. Lalu aku edit satu gambar aku. Aku letakkan perkataan : "Strong & Independent" Aku perhati. Ya, selagi mana kita kekal berfikiran positif. Selagi it

DUGA

Apabila kita diduga, itu tanda cinta kasih Allah terhadap kita. ...itu tanda Allah memerhatikan kita ...Allah hiraukan tentang hidup kita ... Bicara Allah kepada kita. ] Maka, bersyukurlah. from Google

Cara Kita Bahagia

Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum w.b.t...... Semua orang nak bahagia kan... Apa makna bahagia dalam hidup kita? Hanya kita yang boleh tafsir bahagia untuk kita.... Simple example, macam dalam drama-drama laaa..... Ada orang bahagia sebab hidup mewah Ada orang bahagia sebab ada keluarga di sisi Ada orang bahagia sebab ramai kawan Erti bahagia yang lain? Cara bahagia yang berbeza, Ada orang bahagia bila post foto bahagia mereka di facebook Ada orang bahagia bila tidak diheboh tentang bahagia mereka Ada orang rasa bahagia bila bercerita tentang bahagia mereka Ada orang rasa bahagia bila mendengar cerita bahagia manusia Ada orang bahagia bila dipendam segala rasa bahagia Ada orang bahagia bila dapat makan sama-sama dengan suami isteri Ada orang bahagia bila keluar jalan berpimpin tangan Ada orang bahagia bila bergaduh manja Ada orang bahagia bila tumbuk-tumbuk mesra Ada orang bahagia bila dibelai-belai Ada orang bahagia bila pasangan ter

Spontaneous Thursday #7

Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum w.b.t...... Sebenarnya dah lama sangat tak buat Spontaneous Thursday ni... Last buat pun 2015. Kemudian, lama juga tak singgah blog sendiri. Asal nak taip je, hilang idea. So, kali ni spontan je lah.. Taip je apa yang rasa nak taip... Bagi hidup blog ni je.. Macam suram je haa..   Percaya tak... Dengan mensyukuri apa yang kita ada itu, membuatkan kita lebih bahagia... lebih berlapang dada. Kadang-kadang mungkin kita tak nampak apa yang ada dekat dengan kita. Kita masih bernafas, masih ada anggota tubuh yang sempurna,ada daya ingatan yang boleh menggamit segala memori suka duka. kita ada suami/isteri, ada anak-anak, anak mak ayah, ada kerjaya, ada kereta, ada rumah....makan cukup.... Allahurobbi, kalau nak senaraikan ni memang laa banyak, tak terhitung... Lihat juga lah, sekeliling kita ada orang yang jauh tidak bernasib baik seperti kita...  Semua rezeki itu dari Allah... Ada hikmah disetiap apa yang telah Allah

Cari Bahagia

Untuk mencari bahagia bebaskan hati daripada dendam dan rasa takut. Hiduplah dengan sederhana Mengharap sedikit, memberi banyak. Isi dan penuhkan harapan dengan kasih sayang. Lupakan kepentingan diri dan ingatlah orang lain. Lakukan kebaikan sesama manusia sama seperti yang kita ingin diperlakukan. Bahagia ada dalam pelbagai cara Bahagia adalah kita yang mencoraknya ..utk kita, dia, mereka dan semuanya.

Suci Seorang Sahabat

Sahabat itu Hadir waktu susah Ingat waktu senang Bersama-sama Sahabat itu Saling tiada rahsia Saling mendoa Sahabat itu Tiada iri bertamu di hati "Susah nak cari sahabat ni. Ibarat sebutir belian di pasir pantai. Tapi yang telah temui seorang sahabat, tahniah diucapkan. Jagalah sahabat itu sebaiknya. Dia juga anugerah dari Allah. Sahabat inilah yang menceriakan hidup kita di bumi Tuhan, dan menjadikan siapa kita pada hari ni. Menjadikan kita tidak hipokrit, bebas dan berani menegur salah kita untuk kebaikan.   Sahabat adalah insan terpilih selepas darah daging kita".

IJAB & QABUL

Kredit gambar kepada  MeghaaMoment Studio  / Jihan Meghaa Ismail Dengan Ijab & Qabul Maka terjadilah perubahan besar Haram menjadi halal Maksiat menjadi ibadat Keji menjadi suci Kebebasan menjadi tanggungjawab Nafsu menjadi cinta dan kasih sayang Subhanallah... Indahnya janji Allah. "Siapa kenal pengantin lelaki dalam gambar di atas tu.."

HIJAB

Google je. Kecantikan adalah apa yang terselindung disebalik hijab.

Spontaneous Thursday #4

"Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata yang tidur belum bererti ia melihat ." Beringatlah!

TERKILAN

Sebaik mana pun kita dulu... Seerat mana pun kita dulu... Seakrab mana pun kita dulu... Mampukah kita bertahan hingga ke hujung nyawa? Untuk apa dibina ukhwah jika sudah berdiri teguh lalu diruntuhkan? Manusia itu berubah Mudah melupakan... Seperti kacang melupakan kulitnya. Sungguh aku terkilan.

SALAH SIAPA?

...sedang kita meletakkan kesalahan itu diatas bahu kita, pasti kita akan sedaya upaya memperbaiki supaya tidak diulangi kesilapan itu dan menjadikan kita lebih baik daripada sebelumnya. ...sedang kita meletakkan kesalahan itu pada orang lain,  pasti kita akan sentiasa menunding jari dan merasakan diri kita sudah cukup sempurna. Makanya kita sibuk memperbetulkan orang lain dan merasakan kita tidak pernah punya salah.

MEMBERI

  Google Mereka mengajarku memberi. Memberi lebih baik dari menerima. Memberi biarlah ikhlas. Memberi barang, Memberi wang, Memberi makan, Memberi bantuan.... Memberi ilmu, Memberi idea... Memberi apa saja dengan ikhlas. Memberi seada mampu. "jangan berkira sangat la..."

IKHLAS

Kita tolong orang, Orang tolong kita. Kita sayang orang, Orang sayang kita. Kita permudahkan urusan orang, Allah permudahkan urusan kita. Memberi lebih baik dari menerima. Memberi jangan mengungkit. Memberi jangan minta dibalas. Memberilah dengan ikhlas. NIAT . IKHLAS.

HORMAT

Kita membesar dewasa & berubah mengikut peredaran masa dan pengaruh alam sekeliling kita.  Kita yang dulu bukan lagi yang sekarang. Semuanya kerana asuhan, didikan, cara hidup & pengalaman yang berbeza. Uniknya, antara kita memang berbeza. Hormati sesama manusia. Hormati caranya. Caranya, hormat.

TENANG

.......kadang-kadang sesuatu perkara itu memang susah kita nak lupakan. tapi walau kita tak boleh lupakan terus... sekurang-kurangnya kita lupakan seketika pun sudah mencukupi untuk memberi ruang otak kita bernafas... & kembali tenang serta boleh berfikir dgn baik... Pengalaman hidup menjadikan kita seorang yang kuat, tabah n sabar ... itu yg lebih penting, buat bekalan kita di hari esok.. Hidup di dunia bukannya senang.. banyak cabaran, banyak halangan... hanya kekuatan akal dan hati yang akan membuatkan kita lebih tabah dan sabar... TAHNIAH utk MEREKA yang berjaya menghadapinya.

SSn1