Skip to main content

Posts

Sahabat Tadabbur Kuantan di Madrasah Al Jaffar

Alhamdulillah, pertama kali sertai kelas tadabbur November lepas. Jumpa pengumuman di Thread. Kemudian sertai Whatsapp group . Pengasasnya adalah Fatin Suhana seorang blogger suatu ketika dulu. Sekarang, beliau dah buka butik dan kelas tadabbur juga diadakan di butiknya. Tercetus untuk beliau untuk kongsi rezeki ilmu ini namun kawasan butiknya tidak cukup besar untuk adakan kelas yang lebih besar maka setelah berbincang dengan suami dan keluarganya beliau dapat kerjasama dengan Madrasah Al-Jaffar. Tapi tempat terhad, kalau tak silap SS dalam 150 orang sahaja. Kena isi Google Form . Mereka ada umum dalam group tapi kebiasaannya SS akan buka group bila lapang. 
Recent posts

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UMPSA 1446H.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat UMPSA 1446H kali ni kami mengenakan tema 'blackpink'. Sebenarnya   tak beli tak beli baju baru pun. Masing-masing sibuk dengan tugasan hakiki dan gelanggang. Maklumlah kami di Pusat Sukan & Kebudayaan. 

JIHAD EKONOMI PALESTIN BERSAMA AL'ARD

JIHAD EKONOMI PALESTIN Jihad berasal dari perkataan Arab ‘jahada’ bermaksud usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencapai kebaikan yang diredhai Allah dalam perbagai cara. Jihad juga bermaksud penentangan terhadap anasir-anasir yang ingin merosakkan negara. Selain itu, peperangan suci melawan orang kafir kerana mempertahankan agama Islam juga adalah jihad. Gabungan definisi ini jelas bahawa jihad itu adalah sebuah kecekalan perjuangan menegakkan perkara yang benar bagi mendapat keredhaan Allah S.W.T. Kita semua sedia maklum peperangan di bumi Palestin. Selain jihad memboikot produk-produk zionis, kita juga boleh memperkukuhkan ekonomi Palestin melalui produk-produk keluaran bumi anbiya’ (para nabi) itu. Ini juga merupakan salah satu tanggungjawab sosial umat Islam untuk membantu sesama Muslim. Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang banyak harta adalah orang-orang yang sedikit (kebaikannya) pada hari kiamat kecuali orang yang diberi harta oleh Allah lalu di...

Chocolate Fudge Cake by Secret Recipe Dari Boss

Terima kasih daun keladi... Tengahari tadi boss call tanya ada kat office tak? SS jawab SS keluar makan. Katanya nak hantar barang. Pelik juga, barang apa. Tak ada pula SS nk bertanya. Tup tup haaaa.... Inilah barangnya...  Terima kasih boss, semoga Allah limpahkan rezeki boss SS. Alhamdulillah, kongsi rezeki dengan kawan-kawan pejabat. Gigih cari bekas risau kek cair... 🤤  Sedap wehhh, keknya.  Masuk senarai SS-lah kek ni. Chocolate Fudge Cake -namanya. SS tak pernah makan lagi. Tapi... Lagi sedap bila boss belanja kaaannn? 🤭🤭