Officemate adalah keluarga kedua kita.
Seminggu ada 5 hari kita bersama mereka.
Sehari, lebih kurang 8jam bersemuka.
Iftar bersama officemate dan keluarga adalah salah satu inisiatif merapatkan ukhwah. Berjumpa dalam masa yang singkat begini pun amatlah berharga. Bertanya khabar dan bertegur sapa akan lebih mengeratkan silaturrahim. Setahun sekali saja dapat berkumpul begini, apa salahnya?
Bagi SS, aktiviti sebegini penting juga dalam kehidupan kita. Tambahan pulak di bulan yang mulia ini. Silaturrahim yang terjalin dengan rakan sekerja dan keluarga akan memberi impak positif dari sudut psikologi dan motivasi. Bukan sahaja memperbaiki kesejahteraan kita, malah meningkatkan kualiti dan keberkesanan kerja dalam organisasi. InsyaaAllah.
Pergi kerja - buat kerja - balik kerja.
Kalau sekadar begini maka tak akan rasa keseronokan dalam bekerja. Semoga usaha merapatkan ukhwah begini lebih-lebih lagi di bulan Ramadan Al Mubarak yang mulia, InsyaaAllah, Allah akan limpahkan rezeki untuk kita sekeluarga. Allahumma Amiin.
Sebenarnya dah lama tak makan kat Hotel Shahzan ni. Dulu-dulu Hotel Shahzan adalah pilihan. Tapi sekarang, tidak lagi untuk SS. Makanannya agak 'boleh tahan' sahaja. Kuihnya nampak tak bermaya. Kalau yang jenis pulut tu, terbaring saja semuanya (lembik). Cek Mek Molek kegemaran SS pun tak menambat selera. Kecuali kambing bakar, alhamdulillah lembut, rasa perapan dan sos lada hitam pun sedap. Jadi tak kecewa sangat. Dan pelangan tak berebut pun untuk kambing tu. Agak tenang. SS makan dua piring kambing bakar. Yang paling penting selain menu iftar adalah nikmat kekeluargaan sesama rakan sepejabat.
Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang ingin dimudahkan (Allah) rezekinya atau dipanjangkan (Allah) umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturahim (hubungan kasih sayang)."
(Riwayat Bukhari)
Terima kasih buat officemate yang bagi kerjasama dan uruskan iftar 2025 ini.
Comments
Post a Comment