Alhamdulillah, pertama kali sertai kelas tadabbur November lepas. Jumpa pengumuman di Thread. Kemudian sertai Whatsapp group . Pengasasnya adalah Fatin Suhana seorang blogger suatu ketika dulu. Sekarang, beliau dah buka butik dan kelas tadabbur juga diadakan di butiknya. Tercetus untuk beliau untuk kongsi rezeki ilmu ini namun kawasan butiknya tidak cukup besar untuk adakan kelas yang lebih besar maka setelah berbincang dengan suami dan keluarganya beliau dapat kerjasama dengan Madrasah Al-Jaffar. Tapi tempat terhad, kalau tak silap SS dalam 150 orang sahaja. Kena isi Google Form . Mereka ada umum dalam group tapi kebiasaannya SS akan buka group bila lapang.
Life only begins when you're truly happy