Skip to main content

Tabah Menjaga Abah, Jihad di Jalan Allah.


Kenangan Syawal 1445H

Menjaga ibu bapa ni, adakalanya penuh cabaran. Sama seperti di alam pertunangan dan perkahwinan. Penuh ujian dan pancarobanya. Sebagai anak, perlu banyak bersabar, mengalah dan memberi dengan penuh ikhlas. Tapi, nak buat perkara baik ini memang ada syaitan yang datang tanpa diundang melaksanakan tanggungjawabnya sehingga menguji kesabaran dan keimanan. 


Tahun ni, Alhamdulillah syukur kehadrat Allah kerana memilih SS untuk jaga abah dari puasa sampailah sekarang. Syukur sangat-sangat. Menjaga mak abah kita ni, adalah rezeki untuk kita. Walaupun bukan mudah, tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan SS, suami dan adik2 untuk jaga abah. 

Teringat pertama kali doktor call SS waktu Suboh hujung tahun lalu, keadaan abah dah 50-50. Antara hidup dan maut. Hanya doa menjadi senjata utama waktu itu. Dan melihat keadaan abah hari ini, syukur nikmat kepada kurniaan Ilahi atas kesempatan yang ada ini.

Allah menjadi sandaran bagi mengumpul segala kekuatan pada setiap titis air mata saat tangan ditadah berdoa. Sesungguhnya hanya Allah yang tahu segala rahsia dan hikmah disebalik setiap rasa, kenangan dan perjalanan yang kami tempuh.

Menjaga orang tua ini juga merupakan ibadah. Pahalanya MasyaaAllah, seperti berjihad di jalan Allah. Hati perlu ikhlas memberi tanpa balas. Oleh kerana besar pahalanya, makanya bukan mudah melalui fasa menjaga orang tua. 

Kepada saudara-mara yang bertanya khabar serta yang datang ziarah beriring doa untuk abah, juga sahabat-sahabat maya dan alam nyata yg turut sama berkirim doa,  SS ucapkan terima kasih banyak2. Kalian juga antara asbab kekuatan abah hari ini. Ada doa-doa yang makbul disisiNYA. 

TERISTIMEWA untuk suami, terima kasih kerana sanggup berkorban untuk sama-sama menjaga abah terutama urusan kelakian tanpa sedikitpun keluhan. Kalau suami tak izinkan, SS juga tak merasai nikmat menjaga abah. 

Bawa abah ziarah kubur arwah Tok (Mak kandung abah)


Bawa abah shopping, tapi tak banyak pun abah beli. Biskut 4 segi sahaja. 

Saja minta abah bayar sendiri. Rasa semula nikmat beli barang sendiri. 


Ajak pi makan-makan. Tapi sebelum balik, abah ajak makan ais krim dulu…. 

Ada masa nanti SS akan cerita apa yang berlaku terhadap abah.
Hint : Major Operation.

Comments

  1. Alhamdulillah pakcik masih sihat. Sy punya ayah n ibu sudah meninggal. Mujurlah ibu n bapa mentua masih ada.

    ReplyDelete
  2. kalau bukan kita yang menjaga mereka siapa lagi...
    moga2 bertambah pahala kita asbab menjaga mereka...

    ReplyDelete
  3. Ibu mertua duduk dengan wak sebab dia suka duduk dalam suasana kampung

    ReplyDelete
  4. Kubur tempat kita semua berkumpul. Dari tanah kita datang, kepada tanah jua kita kembali....

    ReplyDelete
  5. Allah dah pilih untuk anak yg akan dikurniakan pahala dan Syurga sebab menjaga orang tua dia dengan ikhlas..

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.