Tatarias persembahan pentas tak sama dengan tatarias (make-up) harian. Menatarias penari juga salah satu tugas SS. Pengalaman yang tak dapat SS lupakan, SS pernah mendapat 21 orang penari perempuan (pelajar) yang tak ada pengalaman stage make-up, dan memang nak patah pinggang SS dibuatnya. Serik!
Bayangkan kalau seorang bersiap dalam tempoh masa satu jam, apatah lagi untuk 21 orang. Kita mungkin kata mustahil zaman sekarang perempuan tak pandai make-up. Tapi tak mustahil ya, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Kalau dapat yang ada asas tatarias pun, SS memang dah bersyukur sangat. Ringan sikit beban SS. Menatarias penari tak sama keadaan dengan make-up pengantin yang kita terlebih dahulu perlu kaji bentuk muka, pilihan tatarias yang sesuai, lebih teliti dan meluangkan masa untuk seorang pengantin sahaja atau make-up diri sendiri yang kita dah sedia maklum bentuk muka, mata, hidung, tulang pipi, bibir, kening, bulu kening, gelap bawah mata dan sebagainya. Persiapan bagi persembahan pentas perlu dilakukan dengan cepat dan pantas. Kadang-kala 2 jam persiapan pun belum cukup untuk menarias sekumpulan penari.
Susulan dari pengalaman yang serik itu, SS buat kelas asas menatarias persembahan pentas. Penari semua perlu tahu asas make-up, terutamanya cara pemilihan dan pemakaian foundation & blusher. Pelajar yang rajin dan ada pengalaman lebih sikit tu boleh dah up level belajar make-up kening dan apply eyeshadow. Ini bahagian yang paling susah. SS cuma akan buat last touch-up sahaja.
Mereka tak biasa make-up tebal-tebal. Mereka anggap yang dah bertempek kat muka tu dah tebal dah. Tapi rupanya perlu lebih tebal lagi. Mereka dah mula belajar, tentang keperluan menggunakan foundation yg sesuai untuk pentas dan fungsi make-up yang melibatkan pencahayaan. Apabila mereka berada di atas pentas, penonton akan nampak bentuk dan karaktor muka lebih kemas dan menonjol. Sekiranya sekadar make-up ringan, muka akan nampak berminyak dan tidak bermaya. Mereka akan mencacatkan lagi hasil videografi dan fotografi pementasan serta tidak dapat mengekpresikan raut wajah sewaktu bermain di pentas.
Semuanya perlukan proses. Latihan dan pengalaman. Akhirnya, ada penari yang tak pernah sentuh alat make-up seumur hidup, namun dah masuk tahun tiga, dia lebih expert tentang alatan dan cara make-up. Ada yang bermula dengan menatarias kening macam Sin Chan, tapi, masuk ke tahun tiga, dialah kening paling cantik dan menjadi rujukan. Tak perlu SS tunjuk ajar dah, mereka dah boleh buat sendiri. Malah berkongsi pula ilmu antara satu sama lain. SS tinggal nak approve saja.
Itu yang kita mahu kan?
Self improving & confident.
Ohh baru tau. Terima kasih atas infonya
ReplyDeleteSama-sama... =)
DeleteKunjungan pertama ke sini. Salam kenal. Ijin saya follow blognya.
ReplyDeleteTata rias wajah memang tidak gampang ya...
Sila kan. salam kenal.
Deletesaya yang dah tua ni pun masih tak pandai mekap huhu
ReplyDeleteboleh belajar tu. asas pun ok.
Delete