Dalam kekalutan dan kesibukan mencari diri, kerja dan rutin harian menjadikan diri ini agak 'hilang diri'.
Tak tahu apa yang berlaku kepada diri sendiri. Terasa hilang sesuatu.
Dari pagi rasa nak makan,
tapi tak makan-makan
tak tahu nak makan apa,
tak tahu nak makan kat mana,
tak tahu nak masak apa,
Sampailah habis waktu rehat.
Balik rumah,
Fikir pula untuk makan malam.
Pujuk-pujuk diri sendiri
Tetap tiada jawapan.
Pusing-pusing kawasan...
Ke Kampung dan ke Bandar
Masih tiada jawapan diri
Maknanya hari berlalu dengan rasa kosong.
Semangat diri yang hilang entah ke mana.
Banyak kali juga SS jadi macam ni.
Adakah kerana SS stress?
Atau burn out?
SS tak faham dengan diri sendiri.
Sebagai manusia, adakah ini normal?
Comments
Post a Comment