Sebenarnya lama betul tak main boling. Rasa-rasa dalam lima ke enam tahun juga agaknya. Tanpa latihan, tiba-tiba saja wakil jabatan. Cuma main baling-baling saja. SS memang tak pernah belajar teknik memboling pun. Cuma nak raikan kawan-kawan saja ni.
Mula-mula main semangat laa.. ada yang strike dua, tiga kali saja. Tapi, masuk game ketiga, uissshhh lembik dah rasa bahu ni. Bukti di gambar last tu hahahah…
Ada kawan memang selalu main boling, malah ada pelajar yang memang atlet boling. Jadi dikesempatan ini memang SS minta juga tunjuk ajar asas sikit sebanyak. Katanya cara balingan SS agak bagus sebab tak berdentum, agak lembut dan lancar. Cuma perlu kekuatan tangan yang lebih, atau pemilihan bola yang sesuai.
Sepanjang permainan SS hanya guna bola saiz 10 dan 11 sahaja. Bila tengok kawan sebelah siap bawa kasut dan bola sendiri tergugat juga rasa. SS ni main suka-suka saja. Tapi suka juga tengok telatah kawan sebelah dengan bola yang direka khas untuknya. Cantik. Cara baling memang jauh beza dengan amatur. Dia memang minat main boling. Bola yang direka khas individu lebih selesa dan mampu dihayun dan dilempar dengan baik.
Peserta yang menyertai. Ramai bukan?
Konsep 'Closed The Gap' pelbagai peringkat jawatan bermain boling bersama dalam setiap pasukan.
Ini kumpulan kami dan kumpulan lawan sebelah. Kumpulan sebelah ada atlet. Tapi seronok main dengan orang yang pandai, boleh tahu serba sikit pasal boling.
Tapi akhirnya ke longkang juga. hahahha....
Ini dah game ketiga, tangan pun dah lenguh.
Ada juga strike tanpa sengaja dua tiga kali. Nasib saja tu.
Kesimpulannya bermain cara amatur sudah cukup membuatkan kita hilangkan tekanan bekerja dan seimbangkan emosi bila berjumpa kawan-kawan walaupun satu jabatan, tapi kita luaskan fikiran dengan berborak sesuatu yang diluar tugasan dan bergelak ketawa. Hargailah kehidupan ini selagi kita punya waktunya.
Terima kasih sudi singgah di blog SS.
Ooh..baru tau boleh tempah khas bola boling untuk individu.
ReplyDeleteSaya ni tak pernah berpeluang main boling, teringin jugak tapi takde geng la pulak.
saya pun main boling utk hilangkan stress..tahap amateur jg..byk masuk longkang je..hihi..
ReplyDeletewah pandai main boling tu
ReplyDeletesaya singgah sini setelah sekian lama tak blogging huhu saya seumur hidup belum pernah main bowling kecuali bowling padang haha
ReplyDeleteMrs. A pun suka jugak main bowling tapi cepat boring jugak hehehee bila dah frame ke empat ke ke 5 ke mesti ke laut dah pointernya. Samalah kita takde bola dengan kasut pun
ReplyDelete