Skip to main content

Perkahwinan yang Kesebelas Tahun


Assalamualaikum.

Hari ni ulangtahun ke-11 perkahwinan aku. Alhamdulillah telah sampai ke tahap ini, melepasi Fasa 2 perkahwinan. Dalam duni yang serba mencabar ni, memang betul-betul menguji kehidupan. Kami masih lagi berdua. Masih berusaha, berdoa dan mengharapkan hadirnya zuriat keturunan kami. In Shaa Allah. 



Alhamdullillah, setakat ke usia perkahwinan yang darjah 5 ni, terasa panjang lagi liku-liku hidup yang perlu ditempuhi. Sasaran kehidupan, keadaan hari ini, semuanya bermain-main dalam kepala. Tapi, hidup mesti terus, bukan?

Aku sendiri masih memperbaiki diri sendiri menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Namun masih belum cukup terbaik terutama untuk suami. Khilaf terlalu banyak untuk menjadi yang terbaik. Tapi tidak pula aku berputus asa dari terus mendoakan agar perkahwinan kami kekal bahagia sampai ke syurga. 

Teristimewa untuk suami ku,
Terima kasih kerana menerima ku.
Tidak ku pinta harta dunia darimu...
Tapi kau melengkapkan dengan semua yang ada...
Kau berikan aku bahagia dan pengorbanan mu
untuk aku dan keluarga ku.

Ingin ku balas semuanya dengan rasa bahagia ku
Tetapi masih belum cukup rencahnya ku adun untukmu
Terlepas kata, terlanjur bicara, tersalah laku, tersilap percaturan
Ku mohon keampunan

Tak terluah rasa sayang sepenuh jiwa,
Tak tergambar semaraknya cinta yang mekar setiap kali ditimpa hujan sengketa.
Tidak ku pasti, 
kau mengerti atau lebih dari itu lagi.

Selamat Ulangtahun suami.





Comments

  1. Semoga perkahwinan kekal hingga ke Jannah dan sentiasa dalam lindungan dan redha Allah :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah!
    Moga bahagia hingga ke syurga.

    ReplyDelete
  3. Semoga bahagia ke akhir hayat dan murah rezeki kalian berdua

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah tahniah, semoga kekal bahagia hingga ke syurgaNya, aamiin

    ReplyDelete
  5. tahniah selamat ulang tahun perkahwinan bhgia hingga syurga n sanah helwah juga sihat sjhtra murah rezki sukses dunia akhirat tercapai impiannya dik

    ReplyDelete
  6. Tahniah. Semoga terus kekal bersama selamanya

    ReplyDelete
  7. Honest and reliable plumber in the area. I appreciate their transparency in pricing and the effort they put into fixing the issue. Will recommend to friends and family.

    ReplyDelete
  8. kerala lottery has brought forth jubilation and awe as luck smiled upon a fortunate individual holding the winning ticket with the number

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.