Skip to main content

Stok Ubat Yang Wajib Ada


Kalau ubat cantik-cantik mcm ni baru laaa semangat nak makan. Ini bukan sakit apa, tiba-tiba waktu ini lah sakit ni nak datang, sakit itu datang. Asalnya kena tekanan darah rendah, pening-pening kepala sikit. Ada waktunya kepala pusing macam vertigo. Tapi sekejap-sekejap saja pening. Kemudian datang pula sakit kepala. Kemudian datang pula sakit tekak yang luar biasa. Sakitnya bagai ditoreh-toreh. Tak sanggup rasa nak hadap. Normal saja sesekali kena sakit tekak ni; tapi kali ni tak boleh bawak bincang dah. 

Pertama kali rasa sakit tekak teruk mcm ni. Kemudian tiba-tiba mata sebelah kanan ni rengsa pula dah. Sunblock termasuk dalam mata sebab berpeluh. Hari tu terlambat cuci mata, mata terus jadi merah berpanjangan melebihi 24jam. Seram pulak rasa. Suhu badan normal 35.7 darjah celcius. Sekali dia datang sakit bertubi-tu ni. Cobaaaannnn. 

Sekarang ni, cuaca panas betul kan? Menyengat-nyengat kulit. Harapkan waktu sahur dan iftar saja pulun minum air banyak-banyak. Buah pun hari-hari makan bergilir-gilir epal hijau, kiwi dan lemon. Tapi itu lah, tak pasti kenapa masih sakit tekak lagi. Mungkin faktor kurang rehat. 

Antara stok ubatan yang SS perlu adalah :
1. Ubat sakit tekak (kemam) : Dequalinium Chloride 0.25mg (warna oren bulat-bulat tu)
2. Ubat cair kahak : Bromhexine HCI 8mg (warna biru kecil-kecil comel)
3. Antibiotik : Erythoromicin 400mg (warna jingga bujur)
4. Ubat kumur


Wajib buat ujian Covid-19. Alhamdulillah negatif.

Waktu pergi klinik , rupanya kes positif Covid meningkat. Di tempat kerja SS pun ramai kawan-kawan yang positif Covid tapi di jabatan-jabatan lainlah. Risau pula dah hampir nak raya ni, virus ni pun hebat menular ya. 

SS doakan sahabat-sahabat semua sihat dan kekal imun dengan virus ni.


Comments

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.