Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t......
2012 - 2022, 10 tahun menjadi penasihat Sekretariat Kebudayaan dan Kesenian (SKK) UMP. Alhamdulillah untuk Anugerah Mercu Sanjung Penasihat Gemilang 2022. Terima kasih Akademi ADAB, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Universiti Malaysia Pahang untuk anugerah ini.
Selama 10 tahun ini, terlalu banyak suka duka dan jatuh bangun. Daripada sebuah Kelab Kebudayaan UMP dinaiktaraf kepada sebuah sekretariat. Menyusun hieraki sekretariat, membimbing mahasiswa dalam membentuk jati diri dan memberi peluang kepada mahasiswa untuk meningkatkan kemahiran bakat seni serta memberi pendedahan kepada mereka mengenai seni dan budaya di Malaysia terutamanya. Pernah juga, bawa mereka ke Indonesia dan Thailand sebagai ganjaran pahit manis mereka bersama SKK. Mengenali budaya luar yang serumpun. Pernah pihak pengurusan mencadangkan untuk bawa mahasiswa ke Turki, Paris atau China. Tapi mengenangkan kos yang lebih tinggi dan aku hanya boleh bawa 5 orang sahaja, adalah lebih baik aku pilih negara terdekat yang lebih rendah kosnya agar aku boleh bawa 40 orang ke sana. Di samping itu juga, aku perlu memberi pendedahan kepada mahasiswa untuk menjadi pemimpin dan memilih yang terbaik untuk memberi peluang kepada mereka di kedudukan yang lebih tinggi. Semua ini tidak mudah. Semua ini memerlukan proses yang kental. Segala pahit getir terbalas apabila terlaksananya sebuah program dan mendapat kepuasan melaksanakannya.
Antara pengalaman pahit aku adalah bila difitnah oleh pelajar sendiri. Pelajar yang kita percaya dan boleh diharapkan. Rupanya mereka api dalam sekam. Ini adalah pengajaran yang sangat memberi kesan dalam hidup aku. Keikhlasan kita disalahertikan. Niat kita disalahtafsirkan. Aku anggap itu satu teguran dari Allah untuk aku lalu aku meletakkan jurang antara aku dengan mahasiswa. Aku mengambil masa lebih kurang 3 ke 4 tahun untuk move on. Alhamdulillah, akhirnya segala risiko yang aku hadap, segala pengorbanan dan kepahitan yang dilalui memberikan satu nikmat dalam kerjaya aku. Masih ramai mahasiwa yang memerlukan aku dan menghargai aku. Pelajar-pelajar yang mengkhianati aku suatu ketika dulu, tidak kemana pun. Tapi pelajar-pelajar yang sama-sama memahami dan tahu menghargai jauh lebih cemerlang dalam kerjaya mereka hari ini. Alumni-alumni SKK masih tetap menghubungi aku sehingga ke hari ini.
Untuk anugerah ini, pernah aku impikan suatu ketika dulu. Namun aku andaikan yang aku tidak selayak pegawai-pegawai lain yang lebih aktif dan lebih bagus berbanding aku. Tambahan pula sebuah badan pelajar teras kebudayaan di sebuah universiti teknikal bukanlah suatu yang mudah untuk dikekalkan. Dengan pelbagai karenah, birokrasi, fahaman dan perbezaan pendapat daripada pelbagai pihak kadang kala membuatkan aku rasa down. Tapi apa yang menguatkan aku adalah mahasiswa itu sendiri serta sokongan rakan-rakan sekeliling yang memahami.
Bersama kejayaan ini sebenarnya terdapat jalinan kerjasama yang terbaik diberikan oleh pelbagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UMP kepada aku terutama dalam menjayakan program-program SKK. Tanpa mereka, aku dan SKK juga tak kan mampu berdiri sendiri dan menjadi yang terbaik.
Turut sama menerima anugerah pada malam itu adalah :
Sekretariat Kebudayaan & Kesenian UMP : Anugerah Harapan Mercu Sanjung Badan Pelajar
Ahmad Fahmi bin Fazli : Anugerah Bonang Emas ( Aktivis Lelaki Terbaik).
Nur Sakinah binti Ismail : Anugerah Bonang Emas (Aktivis Perempuan Terbaik)
Agha Khilfi bin Suarno : Anugerah Kepimpinan Teras Kebudayaan.
Mereka ini antara yang bersama-sama mengharungi suka duka dalam SKK dengan aku.
Terpampang muka sebesar alam, adik cakap macam kat pentas AJL dah. hahaha |
Gambar di ambil oleh pelajar daripada kumpulan seni fotografi Shutterbuster
Juga salah sebuah kumpulan naungan SKK.
Aku petugas program, dalam masa yang sama penerima anugerah.
Makanya naik pentas sekejap, turun pentas dan sambung bertugas.
3 orang pelajar cukup untuk membantu aku di belakang tabir.
Terima kasih Alis, Naqib dan Mel.
Mereka dari kumpulan Aural Adrenaline, SKK Sebuah kumpulan seni suara SKK turut sama membuat persembahan pada malam tu. |
Kawan-kawan daripada PTJ lain. Salah satu keseronokkan dalam program bila berjumpa dengan kawan-kawan yang tidak sealiran. |
Pelajar daripada kumpulan Srikala Satria, Sebuah kumpulan silat seni bernaungan dibawah SKK. Mereka sebagai pengiring ketibaan VIP dan persembahan pentas. |
Istimewanya SKK, kumpulan kebudayaan Cina dan India juga bernaungan dibawahnya
Mereka antara yang dirai pada malam itu.
Salah seorang sahabat yang menerima Anugerah Pengetua Gemilang Dr. Yusnita. Kenal sama-sama dalam Kursus Transformasi Minda. |
Pelajar-pelajar yang memang pantang bila nampak kamera.
Aizat Azed. Mantan Timbalan Presiden SKK Sesi 2014/15 Sekarang dah berkerja di UMP. |
Setinggi penghargaan dan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Majlis Tertinggi dan ahli-ahli SKK 2021/2022 terutamanya kerana terus bergiat aktif dalam melaksanakan program-program atas talian supaya SKK tidak pasif di waktu PKP. Terima kasih juga kepada alumni SKK, tanpa mereka SKK tidak matang pada hari ini. Tidak dilupakan kepada boss aku, En. Mohd Zaki bin Ahmad, Ketua Bahagian Kebudayaan yang juga penasihat SKK atas kepercayaan yang diberikan kepada aku sehingga ke hari ini.
Pada malam itu aku sebenarnya bertugas selaku Pengurus Pentas Persembahan. Satu kepercayaan besar untuk aku galas sebaiknya. SKK mewarnai pentas Malam Anugerah Mercu Sanjung dengan 4 persembahan iaitu tarian, nyanyian, band dan silat.
Lakaran Sejarah.
15 MAC 2023,
Hotel Zenith, Kuantan.
Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
TAHNIAH SS TERBAIK USAHANYA BERBALOI
ReplyDeleteAlhamdulillah, tahniah SS...nmpk grand event nih..keep up a good work, think positive always..pedulikan mereka yg toxic..
ReplyDeleteCantik perhiasan, pandai kwn SS buat...ya, support kwn²..