Dikala susah, tiada siapa yang akan bantu melainkan diri sendiri
hatta menangani emosi pun, sendiri.
Diam, sepi dalam diri.
Berhenti seketika menikmati alam; hadiah kebesaran Ilahi...
Ada masa perasaan terasa sangat penat. Penat dengan dunia dan seisinya. Tidak mahu membebankan kemelut otak dan jiwa. Berhadapan dengan cabaran memerlukan kekuatan tenaga dalaman yang luar biasa. Perlu kerap minum air bagi membantu tenaga dalaman diri. Mengenalpasti punca dan mencari jalan penyelesaian. Bukan mudah. Tapi biasakan melatih akal fikiran untuk menangani dan menyelesaikan sebarang kekusutan.
Ambil masa untuk rehat. Alihkan perhatian. Menikmati keindahan alam ciptaan Allah S.W.T adalah salah satu cara merehatkan jiwa dan akal fikiran. Merasai sentuhan tanah bumi, menyapa dingin bayu yang membelai tubuh, kenikmati dinginnya air laut di gigi pantai, Subhanallah. besarnya nikmat Tuhan untuk kita syukuri.
Lokasi gambar :
Pantai Lagenda, Pekan
Pahang
BEREHATLAH JAGA DIRI TENANGKAN JIWA
ReplyDeleteCantiknya suasana tepi pantai di temani pepohon pokok rhu. Tenang jiwa!
ReplyDelete