Skip to main content

Tip Ringkas Elak Stress




Hari berlalu dengan begitu mencabar. SS semangat seperti biasa melaksanakan urusan kerja siang dan malam. Tapi apa yang membuatkan SS rasa penat adalah melayan karenah manusia dan birokrasi terhadap prosedur-prosedur kerja. Prosedur tu bagus, tapi bila melampau sangat sampai menyusahkan banyak pihak, SS rasa macam tak masuk akal. Dah banyak tenaga dalaman digunakan untuk menghadapi karenah manusia dan mengawal emosi serta fikiran untuk tetap tenang, sabar, dan bertindak dengan profesional. Bila dipendam-pendam makin sakit dibuatnya. SS pula tak sempat makan tengahari. Nasib baik pagi dah minum susu kambing. Sekurangnya perut tak kosong. Walaupun rutin lambat makan ini sudah menjadi kebiasaan, tapi kadang-kadang datang rasa lapar yang luar biasa juga. Dalam keadaan ini, SS perlu selesaikan tugasan dahulu. SS tak boleh tangguh, nanti makin banyak fikir, makin tak tenang dan kesannya makin stress. Selesai urusan semua, waktu balik kerja SS perlu memandu 60km. Jadi kesempatan itu, SS perlu tenang-tenangkan diri dahulu. Pergi makan dululah. Tapi nak makan apa? Ah, satu hal pula.... hahahaha. 


Difikir-fikirkan kedai makan yang tidak ramai pelangan dan menu makan sampai kenyang, maka terlintas nak pergi kedai Arab. SS tak selesa tempat ramai orang, dalam keadaan emosi tak stabil dan lapar  lebih baik SS ke tempat yang tenang-tenang. Kedai ni pekerjanya seorang saja yang pandai bercakap bahasa Melayu & Inggeris. Yang lain semua berbahasa Arab. SS belek-belek menu, satu masalah pula. Tengah lapar ni, rambang mata dibuatnya. 

Fikir punya fikir, 1set BBQ kebab campur menjadi pilihan. Nampak macam tak banyak. Macam memang boleh muat perut ni. Salad, kebab kambing, kebab ayam, potongan ayam bakar, dan kentang goreng dihidangkan bersama sos cili dan mayonis (istimewanya mayonis ni ada rasa seperti bawang putih, tapi sedap).


Entahlah apa nama roti ni. SS tak perasan roti ni ada dalam hidangan tu. Punyalah besar, empat kali ganda tapak tangan SS. Ditaburkan dengan habatusauda. Wah, sedap tu!. Digandingkan bersama kuah Arab. Pun SS tak tahu namanya. Biasanya kalau makan nasi Arab kat mana-mana kedai Arab kuah macam ni seperti tak ada rasa sangat. Tapi yg ni ada rasa yang ringan. Habis juga selembar roti ni dicicah bersama kuahnya. Sesekali dicarik dan digulungkan bersama kebab, ayam bakar dan salad. Dicalitkan bersama mayonis lalu disuap ke mulut. Nikmat betul. Dia punya kenyang sampai dibawa ke hari esoknya. Allahu. 

Jadi apa tip ringkas untuk elak stress?
Jawapan SS adalah bangun, berlalu dan menjauh dari keadaan yang membuatkan kita stress. Jika sedang berdepan dengan manusia yang bikin kita stress, tak  mengapa untuk kita bangun dan berlalu dari situ. Melihat sesuatu yang jauh berbeza dengan keadaan itu membuatkan kita mengalihkan perhatian otak kita kepada sesuatu yang baru. Jangan fikir dah apa yang membelengu. Mungkin ambil masa setengah jam atau satu jam, atau pun lebih dari itu. Tak mengapa demi kesihatan mental dan jiwa kita. Kemudian apabila dah normal, kembali kepada situasi tegang tadi, dan berfikirlah dengan waras malah kita akan lebih rasional. Itu yang SS buat dan SS dapat rasakan tenaga yang luar biasa mengalir dalam diri setelah kita ambil masa untuk merehatkan tekanan perasaan. Mungkin agak sukar pada mulanya, tapi tak salah untuk mencuba. Jadi, cubalah! 

Swafoto, seorang yang sedang tertekan jiwanya tetapi berusaha keras menenangkan perasaan, hati dan fikiran. Hidup untuk dinikmati, bukan untuk disakiti. ~SS


Comments

  1. Moga semuanya baik-baik saja ye SS.
    Kadang benda di luar kawalan ni bikini stress 😬

    ReplyDelete
  2. Banyak lagi yang boleh dipraktikkan antaranya bersenam, berkongsi dengan teman rapat, berhubung dengan keluarga, buat perkara yang disukai dan pelbagai lagi.

    ReplyDelete
  3. Betul jugak tu, Cuma ada masa perlu ruang dan waktu utk me time sambil muhasabah diri. 😃

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.