Skip to main content

Tersedak Ketika Tidur Lena



24 November 2022 - Sedang elok tidur nyenyak, dah dapat deep sleep elok dah, tiba-tiba terjaga sebab tersedak. Dan tersedak teruk rasa seperti kerongkong ni nak terkeluar. Perasaan ini seolah-olah betul-betul dah di hujung nyawa. Minum air sejuk peti makin parah tersedaknya. Minum air suam makin perit rasa tekak ni. Perasaannya tu betul-betul macam nak mati. Dada rasa sempit, berdebar-debar, nafas tersekat-sekat. Rasa nak muntah tak boleh muntah. Fuuhhh…. Ku cuba untuk tenang walau masih bersisa rasa tersedak. Keadaan ini mengambil masa selama satu jam untuk reda. Allahu, serik rasa.


Suami pun terkejut dengan apa yang berlalu kat SS secara mendadak waktu sedang tidur lena. Nak menangis - tak menangis pun sama. Tak tergambar dah situasi itu. Bila keadaan dah sedikit reda. SS kembali baring merehatkan diri. Cuba berfikir apa yang menyebabkan SS jadi begitu. Suami kata mungkin sebab diffuser aromaterapi yang SS guna untuk menyokong rasa tenang dan tidur lena. Ya, mungkin.

Bermula dari hari itu, SS tak gunakan diffuser tu lagi. Cuba untuk pantau diri sendiri. SS pun berhenti seketika daripada makanan pedas dan makan lewat malam. Setakat ini SS makan roti, sup sayur, spageti karbonara, kek dan buah. Begitu lah. Walaupun ada masa tekak ni datang teringin nak makan ais krim. Tapi kena pantang dulu lah. Pergi klinik, dibekalkan ubat kumur dan kemam (sepeti dalam gambar di atas). 

5 hari selepas tu, sedang elok tidur nyenyak tanpa disffuser, sekali lagi SS tersedak kali kedua. Tapi kali ini cuma berlarutan hampir 15 minit sahaja. Minum air suhu bilik, kemam difflam, dan tersedak pun reda. Jadi, bukan punca diffuser lah kan? SS masih makan ubat dan kumur sehingga hari ini. SS juga masih berpantang makan. Hmmm, nak masak apa pula hari ni ye?

Comments

  1. Semoga dipermudahkan segala urusan.. kenapa ye boleh jadi macam tu?

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.