Setiap orang ada tabiat tersendiri, tapi ini salah satu tabiat SS.
Ini salah satu tabiat yang masih tak boleh tinggal. Pantang nampak ada kulit di tepi-tepi kuku ni, mesti nak dikoyakkan. Kulit tepi-tepi kuku ni dipanggil kutikula dalam dalam Bahasa Inggeris di sebut cuticle. Selagi dia ada, selagi tu laa tak tenang. Rasa tak selesa. Rela berdarah, rela pedih-pedih tu tau. Tapi biasanya pedih tak lama pun, sekejap saja. Cuma begitulah kalau ada ni, memang geram. Ada masa tu, tak boleh nak koyakkan, atau cabut. Gunalah pengetip kuku untuk mencabut. Ini salah satu langkah paling selamat. Tapi tak mencapai kepuasan maksima. Hahhaha, buruk betul perangai. Bila tengok gambar ni kan, insaf laa sekejap. Ni kalau koyak kulit tu tak ada kesudahan, mau boleh satu badan terkoyak kulit tu nanti, hahahha... seram.
Tabiat suka koyakkan kutikula sehingga berdarah ini sebenarnya bahaya kerana luka itu terdedah pada jangkitan kuman. Jadi bila terkait kuman ni, risau macam-macam penyakit senang datang. Tapi, alhamdulillah, SS terselamat daripada sebarang jangkitan. Cuma, apabila usia pun dah meningkat, ilmu pun makin bertambah, jadi tak kan selamanya nak biarkan tabiat ini berpanjangan. Buruk tau!
Kutikula terjadi apabila tangan kering. Kurang minum air, penghawa dingin, dan menggunakan hand sanitizer yang kerap.
Ini bukan iklan / review berbayar. Cuma nak bagitau salah satu cara penyelesaiannya adalah menggunakan minyak khas untuk kutikula. Macam-macam jenis ada dipasaran. Boleh beli di farmasi atau pun di spa kuku berhampiran. Biasanya bahan yang digunakan terdiri daripada minyak argan. Minyak ini akan melembabkan kulit. Kutikula berlaku apabila kulit kering. SS jumpa yang ni, senang bawa letak dalam beg. Nak sapu pun senang walau dimana berada. Minum air yang konsisten juga akan melembabkan kulit dan menyihatkan kuku. Penggunaan losyen juga membantu.
Apa tabiat korang yang masih tak boleh tinggal?
Saya dulu jarang ada masalah kutikula ni, tapi sejak kerap cuci tangan & guna hand sanitizer mmg kulit jadi kering. Selalu pakai pengetip kuku je potong sbb tak tahan sakit klu cabut. Klu tak cabut tak selesa pulak.
ReplyDeleteAah, betul tu... hand sanitizer mmg buat kulit tgn cepat kering.
Deletekalau kena ni memang Jilake ! Keh keh keh
ReplyDeletehahhaha.....
DeletePotong guna pengetip kuku
ReplyDeleteya wak, itu lebih selamat, kan.
Deletehahaha.. paling benci terasa ada kutikula masa tengah bawa kereta.
ReplyDeletehahah betul betul.. boleh mengganggu konsentransi
DeleteOh, saya kalau jadi macam ni, guna pengetip kuku. Sebab saya mengait. Kalau dibiarkan, boleh sangkut kat benang. Hehe..ganggu pulak kelancaran nak mengait.
ReplyDeleteAah kan, takot terkait sekali hehehe
DeleteThankkk youuu miss sebab share! zaty suka buat macamtu but for now i will stoppp
ReplyDeleteAh. lebih baik terus atasinya.
DeleteMemang pernah Koyak kan kutikula sebab mengganggu.
ReplyDeleteTq baru tahu sebab terjadi.
Ye, jangan bagi tangan kering
DeleteAdudududu nyilunya baca. Ai selalu ketip je dengan ketip kuku. Memang tak lah nak tarik. Huuuuu
ReplyDelete