Merdekanya tanahair ini adalah untuk kamu
Tanah air
ini
merdeka
berdaulat
terkandung
dunia putih dan hitam
canting
warna kehidupan
lahirnya
seorang pemuda
susur galur
putih bersih
bersama
hasrat benih cinta
pembela nusa
dan bangsa
seiring usia
dewasa
indah corak
dunianya
serasi jiwa
muda
persis gema
alunan lagu
menghentak
jiwa
degup
jantung memalu gelora
emosi
dibalun mengikut rasa
rentak
kepala ikut irama
dunia hingar
aura bingar
belenggu
jiwa bebas menular
menyanyilah
walau sumbang
tiada yang
bangkang
menarilah
walau cabuh
tiada yang
cemuh
pakailah
walau compang
tiada yang
halang
kerana tanah
air ini
merdekanya
untuk kamu
Afiza Asmi
KCM4922
**Gambar di atas sewaktu menemani suami menjalankan tugas.
Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
Alhamdulillah
ReplyDeletesyukur wak.
Deleteindah puisinya
DeleteTerima kasih kak paridah
Delete