Pada suatu hari Khamis, SS keluar awal dari kebiasaan. Biasanya SS akan keluar rumah jam 8.30 pagi. Tapi hari tu, SS keluar satu jam lebih awal. Sewaktu buka pintu rumah, SS nampak kelibat seorang perempuan seperti cepat-cepat berjalan daripada hadapan pintu pagar rumah SS.
SS waktu itu terdetik juga dalam hati, apa dia buat pagi-pagi kat depan rumah SS ni?. SS pun tak sempat nak tengok siapa gerangannya kerana perempuan itu membelakangkan SS. Sewaktu keluarkan kereta dari halaman rumah, dan kembali untuk mengunci pintu pagar, SS dapati ada lubang di hadapan pagar itu. SS berasa pelik. SS amati lubang itu seperti bekas cangkul dan bukan seperti di kais kucing. Agak lama SS perhatikan lubang itu. Tapi otak seperti tidak mampu berhubung. Memandangkan SS perlu segera ke tempat kerja, makanya SS buat tangkapan gambar terlebih dahulu.
Sampai ke hari ini, SS masih tak dapat kenal pasti tujuan lubang ini digali dan digali penggunakan apa? Maksud SS, perbuatan manusia atau haiwan?
Wallahualam.
Allah lebih tahu. Tidak mahu buat spekulasi.
ReplyDeleteSemuanya rahsia Allah, terima kasih sedarkan saya.
Deletehati2 taburkan garam dalam lubang tu bacalah selawat n surah tiga qul
ReplyDeleteTerima kasih kak paridah atas petua ni.
DeleteSemoga yang baik-baik je untuk SS sekeluarga.
ReplyDeleteIn shaa Allah, amiin. Terima kasih aisyah.
Delete