Skip to main content

Aku Penakut Kucing


Bismilahirrahmanirrahim
Assalamualaikum.


Ini serius. SS memang penakut dengan kucing. Sekali dia datang, sekali tu jugak SS rasa nak melompat. Tapi kalau boleh cover tu, SS cover la kan. Tak laa orang nampak sangat. Nanti nampak mengada-ngada sangat SS ni heheheh.. 


Al-kisahnya dulu waktu kecil, SS ada bela kucing kampung. Kucing-kucing yang entah dari mana datang ke rumah. Kemudian beranak-pinak. Seekor kucing kesayangan SS namanya Emy. SS pun dah lupa siapa bagi nama kucing tu. Warnanya kelabu hitam berbelang-belang. Pasal kucing ni SS suka berborak dengan kawan baik SS. Namanya Syam. Rumah Syam tinggal tak jauh dari rumah SS. Kami sebaya. Kenal sejak tadika. Topik seharian kami kebanyakkan memang pasal kucing. SS selalu main tukar-tukar anak kucing dengan Syam. Nak yang jantan la, yang betina la, nak warna ini lah, warna itu lah. Suka hati je kan?. Macam anak kucing dan ibu dia tak ada perasaan. Adoiilaa.. bila mengenangkan hal zaman kanak-kanak dulu, macam-macam lah. Nak dijadikan cerita, waktu itu SS darjah lima; berlakunya titik hitam dalam sejarah hidup SS. Waktu darjah lima, SS jarang balik rumah sebab dah mula tinggal di asrama. Suatu pagi di rumah, SS bangun dari tidur, Emy yang entah dari mana melompat ke muka SS. SS terkejut, terjerit, SS buka mata, dan nampak macam hantu nak terkam SS. Emy juga terkejut, dan tercakar telinga SS. Sejak itu, SS rasa takut nak dekat dengan Emy. Waktu tu SS selalu terfikir kenapa Emy buat SS macam tu. SS pun dah tak berapa nak layan Emy sebab dah mula rasa takut. Dengan kucing-kucing lain pun SS dah tak berani dekat. Bermula dari kejadian tu sampai sekarang SS rasa fobia nak dekat dengan kucing. Cerita ni macam tak ada apa-apa kan?, tapi itulah kenyataannya sampai ke hari ini.

Tapi Emy dah bunuh diri. Dia terjun dalam telaga. Bila fikir-fikir balik, mungkin dia sedih SS dah tak mesra dengan dia agaknya. Tapi SS sayang sangat kat dia. Tak lama kemudian, SS pun dah boleh move on. SS bela kucing lain. Tapi selalu kena cakar. Cakaran tu buat SS semakin lama semakin takut. Sekarang ni, SS paling seram dengan kucing-kucing yang 'menikus' (yang terlebih jinak dan nakal). Tapi kalau dia lalu dengan penuh sopan santun, duduk diam-diam tak kacau orang, SS akan rasa selamat. Cuma jangan sondol-sondol manja kaki SS sudah...

Tapi cuma satu yang SS terperasan. Awat la kucing ni suka sangat mai dekat-dekat SS?. Tak kira la di kedai makan ke, di rumah ke, di pejabat ke... Suka betul mai duduk dan landing kat kaki SS. Sebenarnya, SS suka tengok gelagat-gelagat kucing ni. Rasa terhibur.

Mungkin ini pose yang paling syok sekali

Gaya atlet renang agaknya

Tak tahu mana kepala, mana ekornya. 
Mungkin kucing ni mimpi dia jadi tenggiling kot.

Tidur penuh sopan santun

Gaya ni apabila mimpi indah akan berakhir

Memang buas tidurnya. 
Sekali tengok macam mati keras, rupanya tengah syok tidur


Meliuk lentok badannya, tapi memang keras macam tu lah tidurnya.


Kucing ni di Tanjung Pinang, Kepulauan Riau
Dari mula SS nampak kucing ni, memang SS sorokkan diri SS. Alih-alih baik punya dia mai landing kat SS. Pecinta-pecinta kucing sekeliling SS ni tak pula dia nak pergi. Adoyaaiii....

Ni kucing buatan Pekan. 
Punyalah banyak tempat orang sekeliling SS kat kafe ni, di sini juga dia nak jadikan landing port.

Kucing di Pulau Penyengat, Kepulauan Riau
Err.. takut tu memang takut, tapi memandangkan dia pun tak memandang SS, tak bertentang mata dengan SS, kira boleh lagi laa SS nak snap gambar dia. Corak bulu dia tu menarik perhatian SS. Cantik kan? Macam rimau. Bulu Emy macam ni lah lebih kurang.

Tengah snap gambar dia, sekali dia bangun daaa... SS masih memberanikan diri. Cun laa bulu dia. Tapi bila dia pandang macam nak telan SS, sebelum dia jerkah SS baik SS melarikan diri. Sempat snap satu kali saja.

SS memang tak berani nak bertentang mata dengan mana-mana kucing. Risau jatuh cinta eeehhhhh..... risau kena terkam laaa... debaran 27 tahun dulu masih boleh terasa. 

Sebelum kahwin lagi, SS dah bagitau siap-siap kat bakal suami tentang ni. Bila dah kahwin, SS akui yang SS dah berkahwin dengan seorang pencinta kucing. Alamaaakkk.... 



Bersambung.....


Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan kepada setiap sesuatu. 
Riwayat Muslim (1955)









Comments

  1. kucing ni istimewa, dia ada perasaan macam manusia. Mungkin emy tu luahkan rasa dia marah atau merajuk bila SS dah lama tak main dengan dia, tapi bila dia tgk SS lagi marah atau jauh dr dia itu dia bunuh diri. Akak ada bela kucing 8 ekor takat kene cakar berdarah tu biasa, sebab setiap kucing ada ciri dan perangai mereka lain-lain mcm manusia juga. Kucing tahu kita takut atau tak suka pada dia, sebab tu dia akan datang dekat pada kita kalau kt kedai makan, sebab dia tahu kita takkan cederakan dia. Kucing akak ada mcm2 perangai, ada yg manja, kaki cakar, jenis yg kasar, jenis kaki merajuk semua ada.

    ReplyDelete
  2. https://dev.azure.com/darshanjain8879/Digi%20Messiah/_wiki/wikis/Digi-Messiah.wiki/5/Social-Listening-Tools

    ReplyDelete
  3. Sama. Kita serupa, penakut dengan kucing tapi sayang. Walaupun begitu, suami dan anak-anak memang peminat kucing. Ada bela hampir 8 ekor kucing sebelum ni. Sekarang ni, kat Johor, bela 4 ekor kucing, dah rasa macam anak sendiri. Kalau depa takde, memang tercari-cari dibuatnya.

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.