Teringat
waktu PKP dulu, bekerja dari rumah dengan mengadap laptop terlalu lama.
Sedar-sedar, mata pun semakin kabur. Cermin mata yang sedia ada pun mula gagal
menjelaskan objek yang jauh. Memang dah sampai masa perlu tukar cermin mata.
Tapi disebaban Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) makanya SS sangat paranoid
untuk keluar rumah pergi beli keperluan. Sedangkan barang dapur pun SS contact
runner. Kemudian, bab cermin mata ni, terfikir juga untuk beli secara dalam
talian, tapi SS tak berani juga. Risau kalau-kalau dah siap beli, sampai, nanti
tak berkenan atau tak sesuai dengan muka. Sehinggalah SS jumpa Optom Eyecare Bangi.
Dikesempatan
ini, SS nak kongsikan kenapa Optom Eyecare Bangi menjadi pilihan hati SS.
Walaupun SS tak pernah jejak kaki ke Optom Bangi tu, hubungi saja mereka, berinteraksi secara dalam talian pun masih mampu SS dapat cermin mata yang sesuai dengan keperluan mata. Mereka memang professional. Tambahan pula mereka kerap juga buat perkongsian ilmu dalam talian. Jadi banyak perkara tentang mata dan penjagaannya yang SS belajar. Membuatkan SS lebih menghargai penglihatan dan kesihatan mata.
Servis
dan Perkhidmatan Optom Eyecare Bangi.
Primary Optometri Clinic
Refraction
- Anterior & Posterior
- Eye Examination
Binocular Vision
- Squint (mata juling)
Pediatric Optometry
- Kids Vision
Opthalmic
Dispensing
- Contact Lenses
- Prescription Glasses
- Sunglasses
Hebat
sangatkah Optom Eyecare Bangi ni?
Kalau tak hebat, tak perlu SS buang masa kongsikannya. Prinsip SS jika sesuatu perkara itu tidak bagus, SS diamkan saja. Tak mahu tabur pasir dalam periuk nasi orang lain. Biarlah yang pernah berurusan saja yang mengetahui baik buruknya. Tapi, sekiranya sesuatu itu mampu memberi manfaat kepada SS info ini mesti dikongsi supaya kebaikan ini turut dirasai bersama.
Bagi
rakan-rakan yang tinggal di Bangi dan sekitarnya, SS lebih sarankan untuk terus
mengunjungi Optom Eyecare Bangi bagi merasai sendiri keselesaan dan
keprofesionalismanya dalam menyantuni pelanggan mereka. Kecekapan mereka dalam mengendalikan kes rabun, kes sistem fokus
otot mata, kes sistem jajaran penglihatan mata (juling) memang harus diberikan
pujian bah kan mereka memberikan perkhidmatan terbaik dalam mengembalikan
fungsi asal dan keselesaan penglihatan untuk kita terus menjalani sebarang
aktiviti.
Kredibiliti
mereka dalam menjamin hak dan kepentingan bersama membuatkan pelanggan
memberikan kepercayaan kepada mereka dalam mengendalikan kes-kes seperti di
atas. Demi kepentingan bersama, mereka menguruskan kes yang melibatkan
kepakaran optometris ini secara berstruktur dan sistematik.
Optom Eyecare ini tidak lokek dalam berkongsi ilmu secara konsisten kepada pelbagai lapisan masyarakat. Optom Eyecare Bangi juga mempunyai kepakaran dalam permasalahan mata seperti di atas. Seorang kawan sekolah SS pernah bagitau,kepakaran yang ada di Optom Eyecare ni telah membantu memulihkan mata anaknya akibat juling. Sekarang pun masih menjalani rawatan tersebut, sehingga ke hari ini, terlalu banyak peningkatan pada keupayaan penjajaran mata anaknya. Allahu, tersentuh hati SS. Jadi ternyata bukan calang-calang kepakaran yang terdapat di Optom Eyecare ini. Terbukti Optom Eyecare Bangi terdiri daripada pasukan professional demi pengalaman istimewa setiap pelanggan mereka.
Hebat bukan?.
Sebarang
pertanyaan atau tinjauan sila layari :
Website
: optom.com.my
Facebook
: www.facebook.com/optombangi
Instagram
: www.instagram.com/optombangi
Whatsapp
: 011-11479 093
Atau
ingin merasai sendiri pengalaman dan kualiti pemeriksaan mata bersama Optom
Eyecare Bangi?
Terus
saja alamat berikut :
Optom
Eyecare Bangi
No.37, Jalan 8/1,
Bandar Baru Bangi,
43650
Bangi,
Selangor
Darul Ehsan
(Lokasinya
berhampiran Marybrown,
Seksyen
8, Bandar Baru Bangi)
"Mata layak menikmati segala pemeriksaan profesional demi sebuah penglihatan yang berkualiti."
Comments
Post a Comment