Skip to main content

Penuhkan Saf Yang Lopong

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum.


Syukur sangat keadaan sekarang dah boleh solat berjemaah rapat-rapat, walaupun hanya sejadah yang dirapatkan. Tetap keadaan saf lebih baik berbanding tahun lalu yang solat pun  selang-selang lopong. 


Cuma satu yang masih menjadi kebiasaan jemaah yang perlu dibetulkan. Apabila ada salah sorang meninggalkan saf, biasanya kecemasan, tiba-tiba sakit perut, tiba-tiba terasa nak buang air, jadi apabila dia meninggalkan saf, maka wajib org lain menggantikan tempatnya dengan segera supaya saf tidak putus. 

Apa yang SS pernah belajar dari ustaz & ustazah, kalau yang kosong itu dari saf hadapan, saf kedua hendaklah segera penuhkan saf hadapan atau pun, orang yang di kiri segera bergerak penuhkan kekosongan ke kanan bagi mendapat fadhilat bersegera dalam melakukan kebaikan dan fadhilat menyambungkan saf. 
~betulkan SS kalau SS tersilap ye~

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 'Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNYA sentiasa berselawat terhadap bahagian saf yang kanan." -Riwayat Abu Daud (676) 

Tapi yang terjadi, bila terlopong saf tu, masing2 sibuk suruh orang ni naik, orang tu naik. Yang barisan belakang, tunduk saja mengadap sejadah terpaku tak berganjak. Bila ada yang disuruh naik, beriya-iya geleng kepala. Betapa tak nak-nya berganjak penuhkan saf. Sedar-sedar bacaan imam dah dihujung Al-Fatihah. 

Satu perkara lagi, apabila dah berganjak rapatkan saf tu, adalah lebih baik bawa sejadah sendiri sekali. Risau juga kalau-kalau yang kecemasan tadi tu, tinggalkan virus kat tempat sujud tu. Walau imam dah nasihatkan untuk pakai pelitup muka sepanjang waktu ketika berada di surau, ada saja makcik-makcik otai merasa kebal, tak hirau. Risiko tu, risiko!.

Semoga Allah S.W.T kurniakan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Amiin Yaa Allah. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul. 

"Berpesan-pesanlah untuk kebaikan".

Comments

  1. Haah mereka hendak duduk tempat asal sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah. tak faham saya kenapa tak nak ke kedudukan yg lebih baik.

      Delete
  2. selalu tengok kejadian macam ini di surau kawasan saya huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaann.. banyak surau/masjid yg saya pergi, mcm ni lah keadaannya

      Delete
  3. selalu perempuan macam ni. hehe. lagi-lagi kalau datang dengan keluarga atau ada kawan. sayang nak tinggalkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul... kerap dengar belah perempuan mcm ni hehehe

      Delete
  4. kat surau abe kie ni ada gak jenis yg duduk saf depan utk solat isyak tp bila tiba solat tarawih dia lari ke saf belakang. saja2 x nak dok depan. terpaksalah kita naik ke hadapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish... pesen gitu ade jugak ge abe kie... hehehe mcm2 laa dorg ni.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.