Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2022

Yee Mee Ala Sizzling Menggunakan Kuali (Pan)

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Biasalah ada masa tekak ni teringin nak makan ini lah, itu lah. Kali ni terasa macam dah lama tak keluar makan yee mee sizzling . Kalau kat sini, SS selalu pergi food court di Giant, Kuantan. Di situ sizzling  terbaik di Kuantan sejak zaman SS sekolah lagi. Tapi tak pasti sekarang ni masih orang yang sama atau tak, masih ada lagi atau tak. Dah lama sangat tak pergi Giant Kuantan tu. Sejak covid ni semakin tak berani nak keluar suka-suka hati sangat. Akhirnya, keinginan ini direalisasikan dengan masak sendiri di rumah. Walaupun bukan mendesis ( sizzling) , tapi asalkan ada rasa pun dah cukup baik buat pelepas hajat. SS macam biasalah, masak suka simple as well . Jadi sajalah SS nak kongsikan resepi cara SS. Semoga bermanfaat.

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran. 

SSn1