Skip to main content

TTC's Story #23 : Susu Kambing

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 

2016 merupakan tahun permulaan yang aku betul-betul berusaha gigih untuk hamil. Setelah 4 tahun berkahwin dan masih belum ada tanda kehadiran cahaya mata, jadi aku perlu lebih serius. Segala petua akan aku ikhtiar untuk dijadikan amalan. Kali ini dengan susu kambing pula. Aku terdengar banyak ceramah-ceramah agama oleh ustaz-ustaz di Malaysia mengenai khasiat susu kambing kepada orang yang ikhtiar hamil. Seumur hidup rasanya aku tak pernah minum susu kambing. Mana nak cari?


Sedang aku mencari susu kambing, aku terbaca satu pengumuman perniagaan di laman web tempat kerja aku. Seorang staff menjual susu kambing segar. Aku tak banyak fikir terus aku hubungi staf berkenaan. Katanya kalau nak segera, aku perlu ambil sendiri. Kalau nak dia yang bawakan, mungkin minggu depan. Aku pula memang nak segera. Makanya aku sanggup memandu ke lokasi yang dimaklumkan iaitu di Indera Sempurna. Cadangnya balik kerja boleh singgah. Jarak dari pejabat ke Indera Sempurna lebih kurang 33km. Entah kenapa hari itu aku terasa jauh sungguh perjalanan nak sampai ke Indera Sempurna. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45minit. Perjalanan pulang ke rumah pula mengambil masa lebih kurang 1jam. Terasa jauh. Mungkin sebab memandu sendirian.

Pertama kali merasa minum susu kambing segar, tidak lah seteruk mana. Masih mampu minum. Tidak berbau terlalu hamis. Pendek kata, boleh ulang beli. Kemudian secara tak langsung ketika membeli barang dapur di sebuah pasaraya muslim berhampiran rumah, aku dapati pasaraya tersebut menjual susu kambing segar (dibekukan). Jadi, aku ulang beli di kedai saja. Harganya RM5.50 sebotol. Tak lama selepas itu, seorang kawan aku mula menjual susu kambing segar pelbagai perasa. Ada perasa asli, coklat, strawberi, blueberi dan jagung. Aku beli perasa asli dan coklat. Tapi ternyata aku lebih suka minum susu kambing asli. Semakin lama semakin mudah untuk aku dapatkan stok susu kambing. Bila-bila masa sahaja aku boleh order dan beli mengikut keperluan.


Susu kambing segar yang masih aku minum.

Susu kambing segar biasanya dibekukan. Sebelum pergi kerja aku akan keluarkan dari peti beku dan minum selepas pulang. Ada masa aku keluarkan waktu pulang dari kerja dan minum sebelum tidur. Susu kambing sejuk beku perlu dicairkan ketika hendak minum untuk menjaga khasiatnya. Setelah botol dibuka, susu kambing perlu dihabiskan dalam tempoh enam jam. 


Antara khasiat susu kambing:

  1. Mencantikkan kulit
  2. Menyihatkan jantung
  3. Mengimbangkan pH badan
  4. Meningkatkan sistem imun
  5. Meningkatkan kesihatan otak
  6. Mengawal penurunkan kolesterol
  7. Meningkatkan fungsi penghadaman
  8. Meningkatkan pengambilan zat besi
  9. Menghadang anemia dan keradangan
  10. Menguatkan tulang, tisu saraf, otot, sendi dan kulit
  11. Agen metabolik terbaik (paling hampir dengan funsi susu ibu)
  12. Cara masyarakat Arab untuk meningkatkan kesuburan.

Salah satu petua yang diajarkan oleh ustaz untuk ikhtiar hamil adalah :

  1. Sepasang suami isteri masing-masing mengambil segenggam kurma.
  2. Buang biji dan kisar kurma tersebut bersama-sama susu kambing segar.
  3. Diminum oleh pasangan yang ikhtiar hamil dengan niat.

 **Petua ini hendaklan dilakukan walaupun sekali seumur hidup.





Kemudian, ada waktu-waktunya susu kambing segar ini sukar didapati. Kebanyakkan tempat kehabiskan stok. Makanya aku pun bertukar ke serbuk/tepung susu kambing. Mula-mula aku minum jenama Khalish. Ada dua perisa iaitu asli dan coklat. Aku suka perasa coklat, tapi risau pula naik berat badan, jadi setia dengan perasa asli. Kemudian aku minum susu kambing jenama Lazz. Ada perisa asli, café dan campuran kurma. Aku suka susu Lazz campuran kurma. Tak perlu kisar kurma dengan susu kambing dah. Susu kambing Lazz mempunyai sumber semulajadi zat besi dan folik dari pati kurma. Untuk suami, disarankan minum Lazzcafe dengan ekstrak kurma. Tapi, susu kambing Lazz ni cepat habis. Tak banyak kedai dan farmasi yang jual waktu itu. Dengan agen juga selalu habis stok. Bila habis, aku beli jenama Wildan pula. Janji susu kambing. Susu kambing Wildan ada perisa asli dan coklat juga. Tapi agak berbau hamis. Tapi sebenarnya tak kisah pun apa jenamanya,  asalkan ianya adalah susu kambing. Serbuk/tepung susu kambing lebih mudah disimpan berbanding susu kambing segar. Susu tepung boleh disimpan di tempat kering dan suhu bilik. Boleh diminum bila-bila masa sahaja. Manakala susu kambing segar perlu disimpan di tempat beku. Perlu dikeluarkan terlebih dahulu untuk dicairkan. Ini agak memakan masa. Bila dah dibuka, perlu dihabiskan dalam tempoh 6jam.

Susu kambing perlu diminum suam. Air panas akan menyebabkan kehilangan zatnya. Jadi bila guna air suam, perlulah goncang atau kacau sehingga serbuk/tepung sebati dalam air. Biasanya teknik goncang lebih efisyen. Jika dalam bentuk paket, 1 mug air dicampur dengan 1 paket susu kambing. Mudah bukan?. Sukatan untuk 1 paket susu tepung pula adalah 1 mug dicampur dengan 4 sudu susu kambing. Susu kambing juga boleh dicampur dengan milo, teh atau minuman kegemaran yang lain. Susu kambing perlu diambil sebelum tidur. Kenapa sebelum tidur? Susu kambing diminum sebelum tidur kerana ketika tidur, tubuh badan kita bekerja untuk stabilkan hormon dan regularkan sistem badan. Jadi, susu kambing akan membantu proses-proses tersebut.

 

 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda bahawa "Hendaklah kamu berpegang kepada kambing (mengambil manfaat daripada kambing iaitu dagingnya, bulunya, kulitnya serta susunya) kerana itu ialah kenderaan mu didalam syurga."



Comments

  1. Belum lagi cuba minum susu kambing.
    Menarik apabila SS cerita rasa dan bagaimana untuk minum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh laa kak Waina cuba, bagus untuk kesihatan.

      Delete
  2. Replies
    1. Ye, banyak. Allah tu Maha Baik kt hambaNYA, kan.

      Delete
  3. wah terbaik tu susu kambing bagus utk kshtan

    ReplyDelete
  4. Usaha, doa, tawakal...semoga usaha membuah kejayaan dan doa dimakbulkan Allah swt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin Yaa Rabbal Alamiin, Terima kasih ats doa.

      Delete
  5. Susu kambing memang banyak khasiatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi susu fresh dari kambing direct saya tak pernah try lagi.

      Delete
  6. Saya tak minum susu segar.. Tak biasa minum.

    ReplyDelete
  7. Banyak khasiat susu kambing ni. InshaAllah ada rezeki nanti. Teringat pula perjalanan saya nak hamil dulu, minum air sirih, tengok gambar baby, dulu tegur baby. Moga dipermudahkan urusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh.. Terima kasih share pengalaman. Nampaknya saya kena cari sireh jugak ni.

      Delete
  8. susu kambing mmg byk khasiatnya kan? semoga usaha yg berterusan akn membuahkan hasil.. yakin dgn Allah.. dont give up.. chaiyokk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn Yaa Allah, terima kasih ats doa kak mim.

      Delete
  9. Susu kambing memang banyak kebaikannya.
    Usaha selagi boleh. Teruskan berdoa dan sentiasa bersangka baik kepada-Nya. Mudah-mudahan suatu hari nanti mendapat pulangan hasil doa dan ikhtiar. In syaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin Yaa Rabbal Alamiin Terima kasih atas doa dan kata2 semangat kak amie. Saya semakin semangat sekarang!

      Delete

  10. Di sini saya ingin kongsikan beberapa cara untuk meningkatkan motivasi , fokus serta mempunyai keyakinan diri.

    ReplyDelete
  11. Punca kanser dan radang paru paru
    Punca dan penyebab rambut gugur
    Tanda dan dan punca mati pucuk

    ReplyDelete
  12. Susu Kambing Segar Rawang
    💫 100% Produk Berkualiti
    💫 100% Halal
    💫 100% Segar Dari Ladang
    💫 100% Tulen
    💫 100% Tiada Bau
    💫 100% Tiada Pengawet
    💫 100% Tiada Pemanis
    💫 100% Tiada Perasa Tambahan

    READY STOCK-Sentiasa tersedia
    🌸 250ML/Satu Botol
    🌸 Self Pickup tiada minimum buy
    🌸 Self Pickup Di Taman Tun Teja Rawang
    🌸 Boleh Waze "Susu Kambing Segar Rawang"

    🌸 Penghantaran Boleh Deal Tepi
    -Pembelian minima 10 botol
    -Kami menggunakan perkhidmatan Lalamove/rider penghantaran
    -susu segar tak boleh pakai poslaju, hanya penghantaran kawasan sekitar dan berhampiran rawang sahaja.
    🌸 Urgent/Emergency telefon saja untuk deal walaupun tengah malam

    Hubungi Saya Sekarang Ms Delaila
    www.wasap.my/+601110019338/SusuKambingSegarRawang

    #susu #milk #kambing #goat
    #goatmilk #goatsmilk
    #SusuKambing #SusuKambingSegar #sususegar #freshmilk #susufresh #susukambingasli #susukambingfresh #susukambingasli #suskambigntulen
    #Susukambingsegarrawang #susukambingaslirawang #susukambingfreshrawang #susukambingtulenrawang
    #bayi #baby #demam #demamkuning #jaundis #kuning #bayikuning #babykuning #rawatan
    #kucing #bulus #cat #cats #susukucing #makanankucing
    #ride #basikal #aktivitibasikal #kesihatan #berbasikal

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.