Masih menggamit memori 2016.
Aku berkongsi cerita dengan seorang pelajar aku
mengenai usaha aku untuk ikhtiar hamil. Aku tak sangka dia turut berkongsi
dengan keluarganya. Kemudian dia maklumkan kepada aku bahawa ayah dia berpesan
untuk aku amalkan makan kurma muda. Makk aiii mana nak cari. Puas satu Kuantan
aku pusing cari kurma muda. Ada satu tempat yang menjual produk-produk dari
Arab. Harga waktu tu RM30 sekilo. Beli jugalah. Cuma aku dah lupa aku beli
berapa kilo. Aku amalkan makan 7 biji sehari.
Apa kaitan kurma muda dengan ikhtiar hamil? Tak boleh
ke makan kurma biasa?
Aku pun cuba mencari jawapan mengenai kebaikan kurma
muda. Kurma muda biasanya berwarna kuning dan terdapat lebih banyak
kandungan airnya serta lebih sedikit kandungan gulanya. Bagus juga untuk diet ni.
Bagi yang sedang ikhtiar hamil, disarankan untuk mendapatkan kurma muda yang
usianya sekitar 4bulan dan berwarna agak kuning kemerah-merahan. Kurma muda ini
boleh dimakan begitu sahaja ataupun dicampur dalam masakan dan minuman.
Antara kebaikan kurma muda adalah :
- Kurma muda mengandungi vitamin B6 dan vitamin C.
- Vitamin B6 dapat membantu seimbangkan hormon estrogen dan progesterone dalam tubuh seseorang wanita. Boleh lihat entri aku sebelum ni mengenai hormon. KLIK SINI.
- Vitamin C yang terdapat dalam kurma muda mampu merangsang ovulasi wanita serta meningkatkan kualiti dan jumlah sperma serta melancarkan pergerakkan sperma berenang lebih laju mencapai ke sel telur.
- Kurma muda dapat meningkatkan hormon oksitosin iaitu hormon yang mempengaruhi sistem reproduksi wanitan serta kelahiran dan penyusuan. Hormon oksitosin yang tinggi mampu mencegah stress dan memudahkan proses ereksi dan orgasme dalam hubungan seksual.
- Kurma muda turut membantu hormon botosin yang berfungsi untuk mengaktifkan pergerakkan pembuluh darah di dalam rahim sehingga meningkatkan kesuburan.
Wanita yang sedang hamil juga amat digalakkan memakan
kurma muda di hujung kehamilan agar dapat melancarkan proses bersalin. Kurma
muda mengandungin tannin yang berfungsi merangsang kontraksi dan pembukaan
jalan serta mempercepatkan waktu bersalin. Gula semulajadi yang terdapat dalam
kurma muda membantu memberi tenaga kepada ibu hamil sewaktu proses melahirkan.
Apa beza kurma muda dengan kurma biasa?
Kurma biasa yang aku maksudkan adalah kurma yang biasa
didapati di pasaran. Rata-rata yang berwarna coklat. Sedangkan kurma muda
berwarna kuning atau kuning kemerah-merahan. Kurma yang berwarna coklat
mempunyai rendah vitamin C kerana nutrisinya boleh rosak apabila berada dalam
suhu panas atau melalui proses penyimpanan yang tidak betul.
Hidup ni jangan sombong. Kita tak tahu apa pengalaman
yang telah dilalui oleh orang-orang yang jauh lebih berusia dari kita. Mereka
banyak ilmu, dan banyak petua. Selagi tidak memudaratkan apa salahnya kita
mencuba.
Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
“Bukankah ikhtiar itu merupakan tanda tidak berputus asa?.”
Tq sharing, tak pernah mkn lg kurma muda ni.
ReplyDeleteKalau ada kesempatan, boleh la merasa.
DeleteTerima kasih berkongsi. Tak pernah jumpa kurma muda. Nak cari jugalah kurma muda kuning ni.
ReplyDeleteSekarang senang nak jumpa. Banyak jual online.
DeleteALHAMDLILLAH TIASA ADA IKHTIAR N USAHA TANPA JEMU..INSYA ALLAH DIDOAKAN JAYA AMIIN
ReplyDeleteTerima kasih kak paridah.
DeleteKurma ni byk khasiatnya kn... itulah rahsia mknn sunnah... mencuba x salah.. ikhtiar kita.. semoga dipermudahkan... kena yakin jer
ReplyDeleteBetul. Semoga saya terus istiqamah dalam ikhtiar.
DeleteBagus juga usaha dengan pelbagai cara. Hehe paling penting tidak putus asa.
ReplyDeleteTak tahu mana yang serasi dan mujarab utk diri kan.
DeleteOooo... uncle pernah rasa kurma muda macam ni... masa gi umrah dulu....
ReplyDeleteAlhamdulillah, rezeki uncle dpt makan di tanah arab. Mesti lagi fresh.
DeleteSaya tak pernah makan kurma madu. Betul, tu pasal saya lebih suka kawan dengan orang lebih tua. Dia orang dah lalui lebih banyak dari kita, dan tidak lokek pula kongsi ilmu.
ReplyDeleteKan. Saya pun ramai kawan2 lebih berusia. By the way Nur, kurma muda bukan kurma madu. Hehehe
DeleteOh, silap, silap. Kurma muda. 😊
Deleteaku sebenarnya tak suka kurma melainkan kurma madu.
ReplyDeletetq utk perkongsian.
Perkongsian yang menarik.
ReplyDeletekurma muda ni rasa kelat2 sikit..tak sangka byk khasiatnya..
ReplyDeletedlm kisah Siti Maryam semasa nak bersalinkan Nabi Isa, dia goyangkan pokok kurma dan makan buah kurma..rupanya byk khasiat kurma muda dlm proses bersalin..MasyaAllah..wallahua'lam..
xpenah mkn kurma muda hehehe tp setahu sy rasanya kelat2 sikt ;-)
ReplyDeleteTak pernah tahu pulak pasal kurma muda ni. T. Kasih atas perkongsian����
ReplyDelete