Skip to main content

TTC's Story #19 : Asid Folik

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 

2016 : Masuk alam perkahwinan pada tahun ke-4. Ada kawan sekolah contact aku melalui facebook. Dia cerita kat aku mengenai dia yang juga TTC. Kemudian dia cadangkan aku buat group whatsapp bersama 3 lagi rakan yang turut sama berjuang untuk hamil. Kami namakan group tu TTC. Banyak yang kami bualkan tentang pengalaman masing-masing dalam ikhtiar hamil. Kami juga saling memberi semangat antara satu sama lain untuk terus ikhtiar. Mereka membuatkan aku rasa betapa pentingnya mempunyai kawan-kawan perempuan sejak zaman persekolahan. Terima kasih kepada Aida Riena, Miza, Fatimah dan Suziana. 

Asid folik adalah Vitamin B9. Ia bukan ubat kesuburan atau pil perancang. Asid folik merupakan satu suplimen penting untuk persediaan kehamilan dan sepanjang hamil. Asid folik berperanan mengurangkan kecacatan janin semasa mengandung, menguatkan rahim, mengurangkan keguguran, lahir mati atau kelahiran pra matang, dan anemia (kekurangan darah). Asid folik juga dapat menambah kepekatan haemoglobin dalam darah. Walaupun diambil oleh perempuan yang belum berkahwin dan mengandung, asid folik tetap berperanan mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser. Asid Folik boleh diambil walaupun sedang haid. Lelaki juga boleh makan asid folik bagi merawat kesuburan dan meningkatkan kualiti sperma.


Bermula tahun ke-4 perkahwinan ini, barulah aku mula mengenal asid folik. Aku tak pasti kenapa sebelum ini tak pernah siapa pun cerita pasal asid folik dan aku sendiri tak pernah tahu. I've no idea. Aku mula consume 2016 sehingga ke hari ini pada usia perkahwinan yang ke-9. Aku biasanya beli di Watson atau Guardian, Asid Folik jenama Appeton. Melalui survey aku di blog-blog, ramai yang sarankan makan asid folik jenama Appeton. Harga dalam RM46.00-RM52.00 dan ada 90 pil untuk dihabiskan selama 3 bulan. Beli kalau waktu promosi boleh cecah sampai RM26.00. Aku juga bertanya dua pupu aku yang juga seorang ahli farmasi. Menurutnya, asid folik jenama Appeton adalah yang salah satu asid folik yang terbaik.

Mula saja aku makan asid folik ini selama tiga bulan, period aku keluar banyak dan aku sangat-sangat berpuas hati. Waktu tu ilmu dan pengalaman tak banyak. Lepas je senang hati dengan period keluar banyak,  aku dah berhenti makan asid folik. Termakan dengan cakap-cakap orang kena makan tiga bulan sebelum hamil. Sedangkan aku lupa, yang setiap badan perempuan itu tidak sama. Lepas tiga bulan itu, period aku kembali ke pattern biasa iaitu malu-malu dah nak keluar. Aku pernah tanya kawan aku seorang Medical Assistant (M.A) berkenaan hal ini. Tapi katanya tak ada kesan apa pun makan asid folik, tapi bagus untuk tambah darah juga. Wallahualam.





Cara makan asid folik:
Sehari sekali sebelum sarapan. (Dos yang disarankan oleh doktor adalah sebanyak 400mcg)
Disarankan mengambil asid folik bersama vitamin C. Boleh buat jus oren atau lemon.

Antara sumber asid folik yang tinggi:
  1. Oat
  2. Roti
  3. Barli
  4. Pasta
  5. Telur
  6. Ayam
  7. Bijirin
  8. Daging
  9. Kekacang
  10. Hati ayam
  11. Beras perang
  12. Susu kambing
  13. Sayuran berdaun hijaug gelap
  14. Sayuran dan buah berwarna kuning
Terdapat juga beberapa minuman segera yang mempunyai kandungan asid folik seperti Ovaltine. Namun AWAS dengan kandungan gulanya.

Asid Folik tidak terus bertindak selepas makan untuk kali pertama. Ia akan mengambil masa 3 bulan untuk memberi manfaat kepada badanPengambilan asid folik yang berlebihan adalah tidak diperlukan oleh badan kerana tidak memberi sebarang faedah tambahan. Ianya akan dikeluarkan oleh urin. Jadi, buatlah persediaan untuk hamil. Lebih baik sediakan payung sebelum hujan, bukan?.

 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Selagi ada peluang, usaha masih terus diteroka".



Comments

  1. Sha pun makan asid folik jenama appeton ini..

    ReplyDelete
  2. kalau rasi dgn tubuh elok amalkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. setakat ni rasa dengn tubuh.

      Delete
  3. Ingat dulu lps kawin makcik trs suh ambik asid folik.. bila gali2 info asid folik ni penting utk perkembangan baby sbb tu disarankan ambik jika plan utk hamil.. keep it on SS.. bykkan berdoa jugak ye.. stay positive 💪🏻💪🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung la awal2 makcik dah pesan kat kak mim. Terima kasih kak mim atas sokongan moral ni.

      Delete
  4. so maknanya dh 5 tahun makan asid folik ni erk..

    ooh baru wak tau TTC tuuu ., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah laa wak, baru perasan. dah 5 tahun makan rupanya.

      Delete
  5. Macam2 produk appeton ni kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah. dulu paling famous Weight Gain. hehehe

      Delete
  6. Betul tu SS, sediakan payung sebelum hujannnn.
    Kakak saya haritu pun makan brand appeton ni jugakkkk.

    ReplyDelete
  7. Teringat masa mengandung dulu. Setiap kali jumpa doktor check-up, doktor bagi asid folik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrang,Nur nak mengandung pun boleh lagi kan... hehehhe

      Delete
  8. Seingat saya isteri saya pun ada ambil ni semasa mengandung dahulu.. Perkongsian yang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang wajib ambil terutama ketika pregnant. bagus utk bayi dlm kandungan.

      Delete
  9. bagus sharing ni. Asid folic ni memang sangat-sangat penting untuk ibu-ibu hamil. saya start ambik asid folik sejak masa belajar kat universiti (bujang).

    ReplyDelete
  10. Saya apun consume asid folik appeton ni. Lepas tak ada kesan stop dah. huhu

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum. singgah sini..baca entry

    ReplyDelete
  12. terus terang, aida makan ni hanya time pregnant :)
    sejenis yg malas makan ubat, aida la tu.
    now. kembali consume multi vitamin. ada asid folik juga.

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.