Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t......
Dikesempatan ini, SS nak ucapkan Salam Aidiladha kepada semua rakan-rakan blogger SS. SS masih kuarantin kendiri di rumah. Kuarantin SS in shaa Allah akan berakhir 22 Julai 2021. Tak sabarnya!. Walaupun masih tak dapat keluar macam dulu-dulu, tapi hati rasa lega bila dah bebas kuarantin ni. Walaupun SS hanyalah kontak rapat CC2 tapi SS rasa bertanggungjawab untuk kuarantin kendiri di rumah. Cadangan asal Aidiladha ni, nak balik rumah mak mertua yang satu daerah sahaja. Kemudian nak masak rendang dah terbantut sebab tak boleh keluar beli bahan-bahan rendang. Jadi menu Aidiladha telah bertukar kepada Nasi Minyak Ayam Kurma.
Namanya Nasi Minyak Ayam Kurma Kuarantin Kendiri disebabkan SS hanya menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah sahaja. Menjadi kebiasaan SS untuk tambah stok-stok dapur seminggu sekali sahaja. Bila dah kuarantin dua minggu, maknanya banyak juga stok barang dapur dah hampir kehabisan. Jadi, sempena meraikan Aidiladha ni, SS guna saja bahan yang sedia ada. Godek-godek dapur, nasib baik masih ada rempah kurma dan rempah 4 beradik tu.Godek-godek peti air, ada lah cili besar. Tomato dan kentang pun dah habis. Syukur sangat-sangat. Bahan asas yang sedia ada memang cukup-cukup untuk masak nasi minyak dan ayam kurma. Alhamdulillah. Lagi pun, SS suka cara masak yang ringkas-ringkas sahaja terutamanya yang main campak-campak. Hehehhe.
Nasi Minyak Kuarantin.
Bahan-bahannya :
- Beras 5 pot yang dibersihkan
- Minyak sapi 2 sudu
- Planta 2 sudu
- Bunga cengkih
- Bunga lawang
- Kulit kayu manis
- Buah pelaga
- Bawang merah 5 ulas dihiris.
- Susu cair 1 cawan.
- Sunquick Mandarin 1 sudu
- Garam
Cara penyediaan.
- Panaskan minyak sapi dan planta sehingga cair
- Tumis bawang merah, bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga sehingga naik bau.
- Tuangkan bahan tumis dalam periuk nasi yang berisi beras (telah dibersihkan).
- Masukkan susu cair.
- Masukkan air ikut sukatan masak nasi seperti biasa dan gaul sebati.
- Masukkan 1 sudu Sunquick Mandarin.
- Masukkan garam secukup rasa.
- Tekan butang 'cook' dalam periuk elektrik. Senang, bukan?
- Lepas nasi dah masak, gaulkan nasi supaya susu tidak berketul. Gaul sebati dan biarkan nasi panas seketika/sehingga sedikit kering. Dah siap!
Ayam Kurma Kuarantin Kendiri
Bahan-bahannya :
- Ayam 1kg
- Bawang merah 5 ulas dihiris
- Bawang putih 5 ulas dihiris
- Halia 1 inci dihiris
- Bunga lawang
- Bunga cengkih
- Kulit kayu manis
- Buah pelaga
- Serbuk rempah kurma (dibancuh air sehingga pekat)
- Air
- Susu cair
- Cili besar (merah & hijau) dihiris dua memanjang.
- Asam jawa Xtra Adabi 1 sudu kecil
- Garam
- Minyak masak
- Gula merah
Cara Penyediaan.
- Panaskan minyak masak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah 4 beradik (bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga) sehingga naik bau.
- Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh air. Sebatikan bersama bahan tumis.
- Masukkan ayam dan gaul sebati. Tutup periuk supaya ayam terperap bersama rempah.
- Masukkan air separas ayam.
- Kacau dan tutup periuk sehingga mendidih.
- Masukkan cili besar.
- Masukkan asam jawa 1 sudu kecil sahaja.
- Masukkan susu cair dan kacau sebati.
- Masukkan gula merah dan garam secukup rasa. Dah siap!
Nasib baik bahan-bahan kering waktu Aidilfitri hari tu masih ada dan masih elok. Lagipun tinggal untuk dihabiskan. Jadi inilah kesempatan untuk kita habiskan. Tidak lah membazir kalau terus tak guna sehingga tarikh luput kan?. Waktu sekarang memang perlu berjimat cermat. Terima kasih juga kat jiran sebelah yang hantar ketupat palas dan tapai pulut. Dua-dua memang kegemaran sewaktu menetap di Kedah dan Terengganu. Alhamdulillah. Walaupun Nasi Minyak Ayam Kurma Kuarantin Kendiri untuk 3 orang sahaja di rumah, tapi apa salahnya masak lebih sikit untuk jiran sebelah. Bertambah muhibbah.
Oh, satu lagi perkara SS nak kongsikan. Alhamdulillah suami rakan sepejabat SS yang disahkan positif covid dan dibawa ke pusat kuarantin, telah dibenarkan pulang hari ini. Syukur sangat-sangat. Bermakna SS pun akan bebas kuarantin.
~SELAMAT BERKORBAN~
Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Tidak akan kelaparan rumahtangga seseorang yang memiliki kurma di dalamnya."
(Hadis Riwayat Imam Muslim)
Wkmsalam
ReplyDeleteSelamat menyambut raya qurban
Esok bebaslah kuarantin
Salam Aidil Adha SS.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Rezeki hari raya. Syukur atas nikmat-Nya.
Salam aidiladha buat SS dan keluarga!
ReplyDeleteAlhamdulillah sehari je lagi nak habis kuarantin.
Stay safe SS! Take care :)
Alhamdulilah.... semua pun dah bebas dari kuarantin ye..
ReplyDeletesalam aidil adha SS :)
Semoga semuanya baik-baik sahaja.. Selamat hari raya aidiladha juga buat puan sekeluarga.
ReplyDeleteHehe pandai guna bahan yang ada.
ReplyDeleterajinnya sedap tu
ReplyDeleteSalam Aidiladha buat SS sekeluarga. Stay safe
ReplyDeleteAlhamdulillah ini pun nampak sedap, akhirnya berakhir juga semalam ye sesi kuarantin diri
ReplyDeleteselamat hari raya aidil adha. mujurlah SS cuma jadi contact rapat, bknnya pesakit covid. jaga diri ye.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya.
ReplyDeletenampak sedap.
Waalaikumussalam
ReplyDeleteSelamat hari raya Aidiladha
salam aidiladha, maaf zahir batin ;p
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidiladha kak. Sedapnya nasi minyak. Saat macam ni kena gunakan apa yang ada. Betul, tak membazir. Alhamdulillah semuanya akan bebas dari kuanrantin.
ReplyDeletewalaupun dah 10 hari berlalu berlalu, nak wish jg Salam Aidil Adha utk SS..
ReplyDeleteAlhamdulillah..sedap nasi minyak ayam kurma..oo..ada Sunquick Mandarin jg..
wahhh rajinnya diaaaa
ReplyDeleteSedapnya nasi minyak
ReplyDeleteTengah mencari idea nak masak😆. Bila nampak menu ayam kurma ni macam nak buat pun ada😁.
ReplyDelete