Skip to main content

Kontak Rapat II

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum. 

SS masih kuarantin kendiri dirumah akibat menjadi CC2 kepada rakan sepejabat yang merupakan CC1 kepada suaminya yang positif Covid19. Boleh baca kisah ringkas di SINI. 

Alhamdulillah, rakan sepejabat telah mendapat keputusan sejak swab test 2 hari lalu. Alhamdulillah keputusannya negatif. Anak-anaknya juga negatif.

SS screenshot daripada status whatsappnya. 


Jadi, SS juga turut sama akan kuarantin kendiri sehingga keputusan negatif swab test kali kedua rakan sepejabat SS. 

Terima kasih rakan-rakan blogger yang turut sama mendoakan. Sekurang-kurangnya, SS dah boleh tidur lena dah. Alhamdulillah. 

Terima kasih sudi singgah dan baca entri.
"Ujian ini begitu menguji keredhaan terhadap qada' & qadar Allah."


Comments

  1. Alhamdulillah. Harap calitan ke-2 negatif juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin Yaa RAbbal Alamiinn.... saya masih berharap ianya negatif baru yakin nak keluar jika ada keperluan.

      Delete
  2. Alhamdulillah Semoga terus sihat, Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin Yaa Allah, terima kasih atas doa Ilma.

      Delete
  3. Sukur SS sekeluarga patuh SOP kuarantin kendiri... Rakyat yang bertanggungjawab!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena laa patuh, uncle. Tanggungjawb kita menyelamatkan nyawa org2 sekeliling kita. kalau jadi penyebab, uishh, tak tenang rasa hidup ni.

      Delete
  4. makin teruk wabak covid ni kannns.. huhuhu

    ReplyDelete
  5. Moga sihat dan negative seterusnya. Berbanyak berdoa, tenangkan fikiran, inshaAllah.

    ReplyDelete
  6. Moga Allah pelihara & permudahkan.
    Take care.

    ReplyDelete
  7. Semuga Allah beri kesembuhan. Masa yg baik utk renungi diri juga...

    ReplyDelete
  8. Semoga calitan kedua pun negatif jugak. Aamiin. Stay safe SS :)

    ReplyDelete
  9. semoga semuanya selamat ya SS..mesti tak keruan selagi xde keputusan kan huhuu..take care!

    ReplyDelete
  10. Alhamdulilah SS, semoga semuanya baik2 aje..
    Take care :)

    ReplyDelete
  11. Mudah2an bebas daripada wabak ini

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah… teruskan kuarantin kendiri.. insyaallah dipermudahkan

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah result mereka negative. harap second swab negative juga. Stay kuanrantin dan stay safe ye.

    ReplyDelete
  14. syukur Alhamdulillah. Semoga sihat-sihat selalu.

    ReplyDelete
  15. Semoga selamat, SS. Tahniah dan terima kasih juga, kerana SS kuarantin kendiri.

    ReplyDelete
  16. Selamat menyudahkan tempoh kuarantin. Semoga calitan ke-2 nanti negatif juga.

    ReplyDelete
  17. Moga semuanya baik-baik saja ye SS.

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.