Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2021

TTC's Story #22 : Khidmat Urutan Mamacare

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Masih menggamit memori 2016. Hampir setahun aku tidak berurut setelah Tok Cha menjaga cucunya bersalin di Kuala Lumpur. KLIK SINI. Aku masih mencari tukang urut yang menepati rasa firasatku. Namun masih tidak dijumpai. Ye lah, aku tak mau tukang urut yang ada jampi pelik-pelik. Walau pun zaman sekarang serba canggih, jangan tak tahu, masih ada lagi manusia yang pelik-pelik mengamalkan ajaran yang pelik-pelik. Jadi menjadi tuntutan kita untuk mencari tukang urut yang memenuhi syarak.

TTC's Story #21 : Kurma Muda

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Masih menggamit memori 2016. Aku berkongsi cerita dengan seorang pelajar aku mengenai usaha aku untuk ikhtiar hamil. Aku tak sangka dia turut berkongsi dengan keluarganya. Kemudian dia maklumkan kepada aku bahawa ayah dia berpesan untuk aku amalkan makan kurma muda. Makk aiii mana nak cari. Puas satu Kuantan aku pusing cari kurma muda. Ada satu tempat yang menjual produk-produk dari Arab. Harga waktu tu RM30 sekilo. Beli jugalah. Cuma aku dah lupa aku beli berapa kilo. Aku amalkan makan 7 biji sehari. Apa kaitan kurma muda dengan ikhtiar hamil? Tak boleh ke makan kurma biasa?

Nasi Minyak Ayam Kurma Kuarantin Kendiri

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Dikesempatan ini, SS nak ucapkan Salam Aidiladha kepada semua rakan-rakan blogger SS. SS masih kuarantin kendiri di rumah. Kuarantin SS in shaa Allah akan berakhir 22 Julai 2021. Tak sabarnya!. Walaupun masih tak dapat keluar macam dulu-dulu, tapi hati rasa lega bila dah bebas kuarantin ni. Walaupun SS hanyalah kontak rapat CC2 tapi SS rasa bertanggungjawab untuk kuarantin kendiri di rumah. Cadangan asal Aidiladha ni, nak balik rumah mak mertua yang satu daerah sahaja. Kemudian nak masak rendang dah terbantut sebab tak boleh keluar beli bahan-bahan rendang. Jadi menu Aidiladha telah bertukar kepada Nasi Minyak Ayam Kurma.

Kontak Rapat II

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.  SS masih kuarantin kendiri dirumah akibat menjadi CC2 kepada rakan sepejabat yang merupakan CC1 kepada suaminya yang positif Covid19 . Boleh baca kisah ringkas di SINI.  

Kontak Rapat

Bismillahirahmanirrahim   Assalamualaikum w.b.t......  Kontak rapat merupakan seseorang yang kontak terhadap kes positif covid. Tapi hari ini SS disahkan oleh majikan sebagai kontak rapat CC2. Selama ni SS memang menjaga S.O.P. Keluar rumah pakai double mask dan face shield. SS juga akan sentiasa semak hot spot kes covid di sekitar SS berada. Semua tempat yang SS pergi memang 0 kes. Kalau terima barang courier pun SS akan jemur dahulu di luar rumah, kemudian sanitize dan cuci barang tersebut. Balik rumah pun SS akan pastikan tangan cuci bersih dengan sabun. Di pejabat juga begitu, SS hanya kekal di meja kerja dan menaip. Dalam sejam hingga dua jam, SS akan cuci tangan lagi. SS memang sangat paranoid terhadap sekeliling SS. SS perlu untuk menerapkan ketidakpercayaan terhadap orang-orang sekeliling SS. Sesiapa pun boleh membawa coronavirus ni, bukan? Walaupun mereka boleh menjadi kontak rapat kes-kes positif. Jadi lebih baik SS terus paranoid demi kesihatan orang-orang...

TTC's Story #20 : Garam Bukit & Mandi Sebelum Fajar

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Dari Abdullah bin Umar "Sesungguhnya Allah menurunkan empat berkat (mempunyai kebaikan) dari langit (menerusi hujan) ke bumi iaitu besi, api, air dan garam."  Garam salah satu anugerah alam yang bermutu dan berkhasiat. Garam merupakan unsur semulajadi ciptaan Allah yang mempunyai kesempurnaan sifat dan memberi banyak manfaat kepad manusia, haiwan dan tumbuhan. Garam bukit terhasil melalui mendapan garam daripada laut sejak beribu-ribu tahun yang lalu. Garam bukit wujud sebagai lapisan mineral di bukit-bukau, gunung-ganang, kawasan tanah tinggi, dan kawasan laut yang surut.

FILEM TURKI: SU VE ATES (WATER & FIRE)

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Pengarah : Ozcan Deniz     |     Penulis : Ozcan Deniz, Avni Tuna Diligil Produksi Penerbitan : Avsar Film, Dnz Film, SUMS Film and Media Tarikh Pelancaran : 15/11/2013      |     Durasi : 1 jam 53 minit Pelakon : Ozcan Deniz (Hasmet.Kemal), Yasemin Allen (Yagmur), Pelin Akil (Nupelda), Yusuf Akgun (Turhan), Irem Candar (Irem).

TTC's Story #19 : Asid Folik

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  2016 : Masuk alam perkahwinan pada tahun ke-4. Ada kawan sekolah contact aku melalui facebook. Dia cerita kat aku mengenai dia yang juga TTC. Kemudian dia cadangkan aku buat group whatsapp bersama 3 lagi rakan yang turut sama berjuang untuk hamil. Kami namakan group tu TTC. Banyak yang kami bualkan tentang pengalaman masing-masing dalam ikhtiar hamil. Kami juga saling memberi semangat antara satu sama lain untuk terus ikhtiar. Mereka membuatkan aku rasa betapa pentingnya mempunyai kawan-kawan perempuan sejak zaman persekolahan. Terima kasih kepada Aida Riena, Miza, Fatimah dan Suziana. 

Kitaran Haid & Simptomnya

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Perempuan itu unik kejadiannya. Allah S.W.T menjadikan wanita seorang makhluk yang saat indah. Kekuatan dalamanya tidak boleh dipertikaikan. Boleh buat banyak kerja dalam satu masa, dalam fikiran seorang perempuan bagaikan sebuah dunia yang tersusun rapi dengan pelbagai bidang dan tindakan. Perempuan menjadi keindahan kepada dunia lelaki. Perempuan menjadi kedamaian kepada kanak-kanak. Perempuan juga mampu menjadi pelindung kepada sesama perempuan. Kata-kata seorang perempuan mampu mejinakkan hati yang liar. Terlalu banyak ingin dipuji mengenai perempuan yang tiada taranya. Begitulah indahnya ciptaan Allah. Subhanallah. Kitaran Haid merupakan satu anugerah dari Allah untuk hambaNYA yang perempuan original. 

SSn1