Skip to main content

TTC's Story #17 : Celup-celup OPK

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 
Beli 100 keping OPK dan percuma 5 keping Kit Uji Kehamilan

Mengimbau detik 29 Mei 2015.

3 tahun berkahwin dan masih belum dikurniakan zuriat. Masih bekerja keras untuk betulkan period. Agak susah juga untuk aku mengesan tarikh subur kerana faktor period yang tingtong (tidak konsisten). Maka, salah satu cara lagi adalah menggunakan strip ujian kesubur atau lebih dikenali sebagai Ovulation Predictor Kit (OPK). Tujuan OPK ini adalah untuk wanita mengenalpasti hari subur dengan lebih tepat.  Alat ini membantu mengesan berlakunya ovulasi dengan tepat (99.6%), in shaa Allah.

 

Apa itu ovulasi?

Ovulasi adalah ovum (telur) yang bersedia untuk disenyawakan telah terpisah dari ovari (organ peranakan).

Sekiranya period normal, setiap bulan kitaran period memang cun, biasanya tak ada masalah untuk mengenalpasti hari subur. Sifirnya adalah begini :

Sekiranya kitaran period setiap bulan  TETAP 27 hari,

28 hari tolak 14 hari = 13 hari

Kenapa kena tolak 14 hari?

Sebab, fasa luteal (kematangan telur) berlaku selepas 14 hari ovulasi.

Jadi, hari subur adalah hari ke-13 sebelum next period. Jadi, mana yang merancang zuriat tu, digalakkan bersama suami pada hari ke 13 hingga 15. Atau pun selang sehari pada hari ke 12,14 dan 16 untuk menjaga kualiti sperma.

Tapi untuk yang period tingtong, kitaran tak tetap, sekejap 28, sekejap 36, sekejap 47 susahlah nak mengenalpasti hari subur. Jadi, OPK adalah satu inisatif untuk mengenalpasti hari subur.



Aku mula mendapatkan OPK ini secara dalam talian (online). Harga OPK adalah RM1.00 sepeket. Jadi aku terus beli sebanyak 100 keping. Kaedahnya adalah celup strip ke dalam air kencing. OPK mempunyai garis C (Control Line) dan T (Test Line). Jika ternampak double line, itu tandanya hari subur dan bersiap sedialah untuk bersama suami.

CARA MENGGUNAKAN OPK.

  1. Setkan mental celup-celup OPK memerlukan disiplin diri yang tinggi.
  2. Setkan mental bahawa waktu subur setiap wanita itu adalah TIDAK SAMA.
  3. Setkan mental untuk pupuk kesabaran yang tinggi.
  4. Suami isteri hendaklah menjaga perasaan dan tidak stress kerana stress boleh mengganggu penghasilan ovum.
  5. Celup strip antara jam 2.00 petang hingga 8.00 malam.
  6. Celup strip pada waktu yang sama setiap hari kecuali waktu period.
  7. JANGAN minum air banyak selama 2 – 3 jam sebelum guna OPK.
  8. Jika period normal, guna OPK bermula 3 hari sebelum tarikh subur selama 6 hari berturut-turut. 
  9. Jika period anda tingtong, celuplah setelah habis period hingga period datang. (Ada perempuan yang waktu suburnya lebih awal).
  10. Jika period tingtong, sebaiknya celup dua kali sehari (petang & malam).
  11. Celupkan srtip di dalam urine. Biasanya waktu beli OPK, peniaga akan bagi sekali bekas urine.
  12. Celupkan strip ke dalam bekas urine selama 5-10 saat.
  13. Angkat dan baringkan strip di tempat yang kering selama 10 minit sebelum ambil bacaan. 
  14. Simpan rekod untuk mengenalpasti bacaan OPK (double line samar-samar atau semakin terang).




Gambar di atas adalah salah satu rekod aku. Bila susun strip macam ni kemas-kemas dalam buku, akan lebih jelas perbandingan line-line tersebut. ada nampak samar-samar. Cycle Day (CD) atau dalam bahasa Melayu disebut Kitaran Hari. Mengikut rekod aku ni, aku mula celup OPK pada 29 Mei 2015 jatuh pada CD ke-14 aku dan berakhir pada CD ke-20 untuk bulan tersebut. Di sini, kita nampak, double line yang agak ketara adalah pada CD ke-16 dan CD ke-17. Walaupun double line lebih ketara pada kedua-dua hari ni berbanding hari-hari yang lain, namun bacaannya masih negatif.


 CARA BACA KEPUTUSAN OPK

  1. Bacaannya positif apabila kedua-dua line (C dan T) mestilah terang atau hampir-hampir sama terang. Jika kedua-dua line samar-samar atau C lebih terang daripada T ini bermakna ovum masih belum bersedia untuk disenyawakan. 

Biasanya orang guna OPK pada hari ke 13 hingga 15 kitaran period. Tapi dalam kes aku yang period tingtong ni, aku akan guna sejurus habis period sehingga next period. Sehari aku akan guna 2 kali. Iaitu pada jam 2.00 petang dan 8.00 malam. Habis 100 keping, aku akan beli lagi, dan lagi dan lagi. Selama dua tahun aku gigih mencelup-celup OPK. Namun masih tidak menjumpai double line yang terang. Lalu menggelarkan diri aku sebagai pejuang double line. Yeaahh!!! Nampak semangat bukan?. Namun, ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di siang hari. Semangat waktu itu juga ada turun naik. Aku jadi penat dan berhenti guna OPK.

Oh, aku tak bercadang untuk berhenti terus, cuma aku berehat seketika daripada celup-celup OPK. Bukan apa, aku dapati stress aku melampau pula setiap kali celup dan tak jumpa double line tu. Jadi aku ambil keputusan untuk berhenti seketika sementara aku menyusun strategi selanjutnya.

 

Bersambung…

Info:

Aku beli OPK di House Of Tester.


 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
“Setiap kegigihan itu disertai dengan niat agar terus berdiri teguh walaupun di atas sisa-sisa semangat yang masih ada.”


Comments

  1. BERUSAHA SAMBIL BERDOA INSYAALLAH ADA HASILNYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah. Terima kasih ats kata2 semangat kak paridah

      Delete
  2. Perlukan kesabaran ya. Lama itu 2 tahun buat.

    ReplyDelete
  3. Oooo.... mental pun mainkan peranan kan?

    ReplyDelete
  4. usaha dan doa serta tawakkal.. insyaAllah moga dimakbulkan apa yang didoarin..

    ReplyDelete
  5. ayooo banyaknya dik, akak pernah beli rasanya tak sampai 20 benda alah tu... skrang ni dah pencen hehehhe... takpe la dik doa dan usaha insyallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah. sbb tak jumpa2 double line. penuh tanda tanya. beli banyak sekali gus senang.

      Delete
  6. bykkkkkk ni.. byk gila nak kena tauu

    ReplyDelete
    Replies
    1. semakin bnyak yang kita tahu, kita realize semakin banyak yang kita tak tahu.

      Delete
  7. woah, pernah dengar masa SPM dulu, cikgu biologi sembang. first time tgk.
    Semoga urusan dipermudahkan :) Allah dah tetapkan, tapi Allah suka tgk hamba dia berusaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas kata-kata semangat dan doa ini.

      Delete
  8. Baru tahu pasal benda ini.. Perkongsian yang bagus..
    Stress juga boleh mengganggu sebenarnya.. Tenangkan diri..
    Sha doakan semoga Allah berikan rezeki anak buat awak.. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang pun dah banyak ambil langkah-langkah mengurangkan stress. Terima kasih atas doa sha. aminn

      Delete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.