Skip to main content

TTC's Story #16 : Jumpa Bidan II & Suspect Pregnant II

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 

Google

2015 - Sekali lagi aku menemui bidan yang sama bagi ikhtiar secara urutan. 
Menggamit cerita 2013 waktu pertama kali jumpa Bidan Tok Cha. Boleh klik ceritanya di SINI dan Suspect Pregnant I di SINI.

Kenapa 2 tahun baru aku jumpa bidan balik? Aku memang cerewet pilih bidan, risau dapat bidan yang bukan-bukan. Tambahan pula waktu tu Tok Cha tak ada di rumah, hampir setahun kerana menjaga cucunya dalam pantang di Kuala Lumpur. Lagipun, Tok Cha dah terlalu tua, aku macam tak sampai hati nak suruh Tok Cha urut walaupun kemahiran Tok Cha mengurut masih berbisa. Otai kan. 

Jadi atas persetujuan dengan Tok Cha, aku akan berurut selama 3 hari. Selama dua hari berurut, Tok Cha tak banyak cakap pun,hanya bibirnya kedengaran berselawat. Masuk hari ke-3, aku tiba ringan mulut nak bertanya :

"Tok Cha, ada masalah apa-apa ke kat rahim saya ni? Peranakkan ok ke?"

Tok Cha sambil mengurut-urut bahagia perut aku waktu itu. Dia senyap dan mulutnya masih terkumat-kamit berselawat. Kemudian dia senyum dan menjawab.

"Macam ada orang je dalam perut awak ni..." 

Aku kehilangan kata-kata. Sesuatu yang tidak dijangka keluar dari mulut Tok Cha. Alamak!. Betul ke ni? Tapi aku tak ada tanda-tanda pregnant pun. Teringat aku pada 2013 dulu dengan Bidan Nor. Mengikut pengalaman dia berurut, dia yakin aku hamil. Dia dengan rasa teruja minta aku pergi klinik jumpa doktor sebab dia tak berani nak urut lebih-lebih. Tapi Tok Cha jauh lebih tua dari Bidan Nor. Umur Tok Cha mungkin pertengahan 80an dah. Terlalu tua. Tapi jawapan Tok Cha tu betul-betul buat aku tergamam.

Tok Cha mengulangi kata-kata itu 3,4 kali... sambil tersenyum dan mengurut perut dan peranakkan aku. Aku dah kehilangan kata-kata dan membiarkan saja. Jauh di sudut hati, mengharapkan rasa itu adalah benar walaupun terasa tidak logik. Tapi, tetap berharap. Seperti biasa balik, dan check UPT. Negatif. 


Bersambung...

 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Sesungguhnya hanya Allah Maha Mengetahui. Berdoalah mohon perlindunganNYA."


Comments

  1. Laa, ye ke... suspens je saya baca cerita SS ni, tau.
    Semoga yang baik-baik, SS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang suspen. Saya sendiri pun suspen. Tapi tak ada apa2 pun berlaku lepas tu, result stil negatif.

      Delete
    2. Cuba SS search doktor zaidul akbar kat youtube. Dia sarankan minum air kunyit, serai, halia dan limau nipis. Air ni bole repair dalaman kita. Ikhtiar je. Amalkan hari-hari. Saya sendiri rasa lebih sihat dan bertenaga. Jerawat kat muka makin hilang. Air dia cakap tu, bole buat hamil juga. Kalau SS belum try, cubalah ye. 😊

      Delete
  2. Oooo...firasat tak mengena pula. Tak apalah. Jangan jemu teruskan usaha dan berdoa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah kak amie. tak mengena pulak. tapi masih semangat berusaha

      Delete
  3. jgn putus asa..teruskan berusaha & berdoa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TErima kasih atas kata2 semangat ni. saya masih gigih berusaha.

      Delete
  4. Memang banyak debaran dalam pengembaraan untuk mengandung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak debaran dan suspen. Itu lah kenangan.

      Delete
  5. Allah..... rasa mcm berbunga dgr ayat dia kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah. jauh di sudut hati memang dah berbunga bunga cinta dah perasaan tu.

      Delete
  6. Sekarang jaman kobit ni memang sensitif nak sebut positif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. betul tu wak... tapi bab ni saya mmg tak sabar nak positif. hehehhe

      Delete
  7. In sha Allah,ada rezekinya.Harapan jangan putus.In sha Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, amiin. Terima kasih atas kata-kata semangat ini.

      Delete
  8. Tak sabar nk baca sambungannya..nk happy ending insyallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akan terus bercerita sebagai diary sebuah kegigihan. Saya pun berharap penghujung yang gembira. Terima kasih cikgu.

      Delete
  9. skrg payah nak jumpa bidan yg betul2 berkebolehan
    byk moden
    kat kg akak pun payah dah lepas arwah bidan xda ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah. betul tu akak, mmg susah sgt nak cari sekrang ni. ramai bidan moden.

      Delete
  10. Baca ni sedih lak... pernh ternanti2 juga dulu , takpe usaha selagi boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar sebuah perkongsian. Ye, saya masih gigih berusaha. Terima kasih atas kata2 semangat.

      Delete
  11. Cuba ikhtiar makan folic asid. Nina faham perasaan SS dh lama teringinkan anak. Kena byk usaha in shaa allah dimakbulkan doa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang makan asid folic setiap hari. Terima kasih atas cadangan kata2 semangat ni. Saya akan terus ikhtiar

      Delete
  12. Pernah alami situasi begini.. teruskan berdoa yer.. rezeki ALLAH pasti

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah, amiinn.Terima kasih fiza atas kata2 semangat ni.

      Delete
  13. Alaaa tengah best baca bersambung pula. huhuhu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehhe... saya pun frust sebb ending negatif. hehehe

      Delete
  14. semoga dipermudahkan semua sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinnn Ya Rabb. Terima kasih atas doa sis.

      Delete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.