Teringat
aku pada tahun 2015 yang lalu. Sewaktu usia perkahwinan mencecah 3 tahun dan
masih aktif check UPT setiap bulan, namun masih tiada double line yang muncul.
Aku dan suami tetap melaluinya dengan tabah dan bahagia.
Kemudian, adik aku dah mula mengandung. Aku gembira kerana mendapat anak sedara pertama. Mak dan abah pun akan dapat cucu pertama. Sedikit pun aku tidak rasa sedih atau terasa hati. Tapi jauh di sudut hati ada sedikit rasa 'down' dengan diri sendiri. Lagipun adik aku kahwin lebih awal dari aku. Langkah bendul. Kehadiran cahaya mata seorang anak sedara ini semakin mengeratkan lagi perhubungan kami.
Sejak dari hari itu hingga sekarang, tak lekang namanya di bibir kami setiap kali berbual, berjumpa, dan video call. Khairina Arissa namanya. Sekarang dah berusia 6 tahun, dah bersekolah. Dah pandai membaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Petah bercakap dan sangat aktif.
Aku bahasakan diri aku sebagai Cek Long. Ntah laa kenapa aku rasa perkataan Cek ni macam serasi je dengan aku. Macam orang dulu-dulu. Lagipun belah ayahnya, ramai mak-mak sedara, mak-mak sepupu, jadi dah terlalu ramai untuk dipanggil Mak Long. Jadi dengan panggilan Cek Long ni, membuatkan si anak dapat membezakan mak-mak sedara sebelah ibu dan ayahnya.
Cuma apa yang aku nak sampaikan disini, apabila dah ada anak sedara ni, perasaan menjadi seorang ibu itu terasa lebih kuat. Jadi, aku ambillah semangat itu secara positif untuk meningkatkan aura dan semangat diri. Anak sedara kita, sama seperti anak-anak kita sendiri. Itu yang selalu mak dan abah pesan dan terapkan kepada kami.
Gambar-gambar adalah sebelum Coronavirus menyerang Malaysia.
Alaaa comel je muka takut naik kuda tu hahaha, tetap maintain sengeh depan camera.
ReplyDeleteSemoga Allah memberi peluang kepada SS dan suami untuk mempunyai anak. Terus bersemangat ya SS :)
Comelnya nana.. insya allah nnt nana akn dpt kazen jugak.. dont give up k SS
ReplyDeletePernah melawat muzium ini.
ReplyDeleteSaya pun Mak Long juga. Asal-asal anak saudara pertama saya panggil Auong. Unik juga nama.
Hehe, pandai bergaya depan camera, Nana. :)
ReplyDeleteOooo... naik kuda tu hanya lakonan je la? hehehe
ReplyDeleteBaca entry ni rasa rindu pada anak-anak saudara. Terpisah angkara pandemik. Tak rugi kan SS bila kita sayang kanak-kanak ni. Ada je nanti nikmat Allah bagi pada kita
ReplyDeletecomel Nana, pandai posing..seronok bila ada anak saudara..betul, ambik semangat & aura positif..
ReplyDeleteComelnya nana.. jgn sedih SS. Nk tanya sepanjang berkahwin ni ada amalkan apa2 yg boleh ganggu kesuburan ke?
ReplyDelete