Skip to main content

Tutorial Set Keselamatan Facebook

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum semua.

Setelah segala kekecohan yang berlaku disebabkan Covid19 yang semakin serius, pergelutan Israel dan Palestin, kasta laksa, hal Naelofa, politik dan sebagainya, sudahkah anda jamin keselamatan media sosial anda?. Kesempatan yang ada ni, SS kasi tutorial ringkas untuk set keselamatan facebook anda. 

Kalau sudi, boleh kita jadi kawan. Sila tambah SS sebagai rakan facebook anda di sini Fiza Afiza

Cara-caranya adalah :
1) Buka facebook dalam telefon pintar masing-masing.
2) Klik Home atau gambar rumah tu.
3) Klik 3 garisan di bahagian atas dan kanan
4) Scroll down, dan klik Setting & Privacy
5) Kemudian, klik Setting
6) Di bahagian Security, klik Security & Login
7) Kemudian Klik, Use Two-Factor Authentication
8) Select a security method - Klik  Text Message (SMS)
9) Select your phone number. (Kalau ada number lain, add phone number)
10) Menerima kod melalui SMS dan masukkan 6 angka tersebut dalam petak.
11) Klik Done
12) Pastikan Two-Factor Authenticatin is ON.













Jadi, bila dah siap set tu, setiap kali nak daftar masuk ke akaun facebook, setiap kali itulah facebook akan hantar nombor kod melalui SMS ke telefon anda. Kadang-kadang, SS rasa menyampah juga setiap kali nak masuk nak kena masuk kod, tapi demi kebaikan dan keselamatan, SS pasrah.

Terima kasih sudi singgah dan baca entri.

"Manusia yang berdendam akan mencari seribu satu cara untuk merosakkan". 





Comments

  1. Saya baru buat sebentar tadi lepas dapat notification orang lain cuba log in FB saya. Terima kasih kongsi info.

    ReplyDelete
  2. Boleh buat lps ni utk keselamatan akaun fb.
    Jom join GA yg sdg berlangsung d blog abam kie? Tq

    ReplyDelete
  3. tqsm for sharing this. Im glad i took action from time to time untuk check my privacy settings. just to be safe.

    ReplyDelete
  4. Bagus berkongsi tutorial ni. saya dah buat sejak ig pernah kena hack dulu, fb pun saya dah siap siap buat two factor ni.

    ReplyDelete
  5. Tq for sharing mama X buat lagi rasanya ni

    ReplyDelete
  6. tq remind.. penah buat dlu.. nk buat double pulak lah.. kakmim dh add td di fb.. hehehe

    ReplyDelete
  7. terima kasih sis. nanti sy try yang ni .. tercari2 gak tuto private fb sebenarnya :)

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.