Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t......
Aku turut mempunyai sahabat-sahabat yang senasib dengan aku. Yang jauh lebih lama berbanding aku. Kami buat satu whatsapp group untuk saling menaikkan semangat ikhtiar hamil. Bila semua dah buka sejarah masing-masing, seorang kawan bertanya padaku adakah aku mengidap PCOS?.
Alamak, apa pula PCOS tu?. Kali pertama aku dengar ni. Dia macam agak susah nak bagi penjelasan, akhirnya aku menjawab, biarlah aku dating dengan En.Google dulu untuk mentelaah apa itu PCOS.
PEMAKLUMAN : Aku masih lagi berjuang dalam peperangan dengan diri sendiri untuk ikhtiar hamil pada tahun ke-9. Entri ini sekadar sebuah cerita menggamit memori untuk naikkan kembali semangat perjuangan yang belum selesai ini.
Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) atau dalam bahasa Melayu, Sindrom Ovari Polisistik atau erti kata lain; kecelaruan hormon. PCOS akan menyebabkan seseorang wanita mengalami masalah menghasilkan hormon wanita.Oleh kerana aku bukanlah seorang doktor, maka, pertama sekali yang aku semak tentang diri aku adalah simptom PCOS.
Antara simptom PCOS :
- Haid tidak teratur / tak datang langsung bertahun-tahun
- Pertumbuhan bulu lebih banyak di muka dan badan (hirsuitism)
- Rambut gugur / botak / nipis / male pattern
- Berat badan berlebihan - cepat naik dan susah turun.
- Kulit berminyak dan berjerawat.
- Kemurungan & masalah psikologi.
- Sukar hamil
- Perangai macam lelaki/tomboy/minat kaum sejenis/tinggi hormon testosteron
- Payudaya kendur
- Pinggang flat. (Tak ada shape)
- Mood berubah-ubah
- Sentiasa merasa penat
- Nafsu seks menurun
- Ovarian cysts
Melihat kepada simptom-simptom ini aku yakin bahawa aku ada PCOS kerana mojoriti simptom tersebut ada pada aku. Kawan aku minta aku join group PCOS di facebook. Ya, aku join untuk mengambil sebanyak ilmu yang ada. Dalam tu, semua perempuan sahaja untuk menjaga sensitiviti ahli. Banyak juga aku belajar dari PCOSer yang berjaya hamil. Tapi, macam mana nak sahkan kita memang PCOS?. Setakat baca simptom dan nilai sendiri tak ke mana pun. Kita bukan doktor, jadi tak tahu sejauh mana kesahihannya.
PCOSer ini boleh disahkan melalui :
- Ujian darah hormon yang akan menunjukkan paras testosteron yang tinggi
- Scan yang akan menunjukkan ovari polististik.
Antara makanan yang perlu dielakkan :
- Gula
- Soya
- Proses karbo yang tinggi
- Kopi
- Seed Oil
- Gandum
- Tenusu
Satu hari, aku pergi klinik swasta selepas habis haid/istihadah aku selama 54 hari (paling panjang dalam sejarah hidup ku). Aku menceritakan masalah yang aku hadapi kepada doktor, dan minta dia scan rahim aku. Katanya, rahim aku comel je, elok je, tak ada masalah. Cyst tak ada, fibroid tak ada. Aku pun tanya sama ada aku PCOSer? Doktor cakap, melalui scan tu, tak ada tanda-tanda aku PCOSer. Aku macam tak percaya juga. Wallahualam. Kalau begitulah bagai dikata, aku amatlah bersyukur ke hadrat Yang Maha Esa.
Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
PCOS ni maslah hormon ye...
ReplyDeletesemoga yang baik2 je utk SS,
semoga usaha akan membuahkan hasil...
keep it up k!!
Ya, masalah hormon.
DeleteAmiinnn terima kasih atas kata2 semangat
Biasa juga dengar PCOS ni, cuma tak begitu ambil berat. Semoga SS kekal tabah, insyaAllah ada rezeki nanti.
ReplyDeleteSaya bila dah kecelaruan, tu yg amik tahu pasal semua benda yang berkait. Heheheh
Deletecyst tu wak tau sbb bini wak pon penah operate.,.
ReplyDeletetapi PCOS tu pestaim dgr jugak.,
semoga dipermudahkan ., aminn
Semoga bini wak sehat2 selalu... aamiin .
DeleteTerima kasih atas doa wak
Alhamdulillah I am glad everything is okay. Semoga Allah permudahkan semuanya dan semoga dimurahkan rezeki untuk dapat zuriat bila tiba masanya. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن .
ReplyDeleteAamiinn Yaa Rabb, terima kasih atas doa dan suntikan semangat.
DeleteJangan berhenti ikhtiar ye...
ReplyDeleteIn shaa Allah, uncle. Semangat masih kuat ni.
Delete54 hari? Saya 22 hari pun dah rimas dah. Ada hari tu, sebab pakai alat merancang. Saya pun baru tahu tentang PCOS ni. Semoga SS terus kuat ye.
ReplyDeleteYa, mmg rimas, stress, celaru, runsing... semua ada. Bertabahlah mengharunginya sis. Tp sekali tu je kena sampai 54 hari.
Deletebaru tahu juga slps baca info ss
ReplyDeletesemoga ss terus berusha insyaAllah ada rezeki
Aamiinn... terima kasih sis atas doanya.
DeleteKak Amie pun baru tahu tentang PCOS ni. ADa baiknya SS cuba elak 7 jenis makanan yang tersenarai tu. Mana tahu kan, itu satu ikhtiar juga.
ReplyDeletePelan2 jauhkan 7 makanan tu kak amy, sampai dah jemu, makan laa jugak. Kdg2 teringin. Pastu on track balik.
DeleteAkak saya pun doktor dia pernah cakap, badan dia hasilkan hormon lelaki lebih daripada hormon perempuan. Apa apapun terus bersemangat ye SS. Semoga dipermudahkan segala urusan :)
ReplyDeleteYaa, ramai org mcm tu. Kena jumla doktor utk sahkan. Terima kasih atas doa dan kata2 semangat
DeleteRisau juga ni. Alhamdulillah lepas scan semua, doktor cakap benda yang sama gak tu. Rahim elok je, tak ada masalah. Mungkin belum sampai masanya lagi. Takpe, kita terus usaha dan doa :)
ReplyDeleteBetul, yg lambat biasanya yg terbaik. Husnuzon. Dan terus semangat. Semoga ada rezeki zuriat utk kita. Aamiinn
DeleteApabila jumpa doktor baru tahu bukan PCOS ya. Alhamdulillah.
ReplyDeleteHarap berjaya juga dapat anak nanti.
Aah. Ya kak. Lepas jumpa doktor, doktor kata tak ada PCOS. Lega sikit rasa hati. Tq atas doa kak
Deletemoga terus tabah n xada PCOS..baru tau juga mslh ni
ReplyDeleteYa kak paridah. Sedang bertabah juga ni.
DeleteSemoga segala ikhtiar n usaha puan akan membuahkan hasil. In Shaa Allah...
ReplyDeleteIn shaa Allah, amiinn.. terima kasih atas doa abam kie
DeleteMama doakan semoga Ada rezeki nanti ye
ReplyDeleteAmiinn aamiinn amiinn ya rabbal alaamiinn. Terima kasih mama atas doa mama.
DeleteSemoga terus tabah...byk dpt ilmu psl pcos ni..baru thu jgk..tq info
ReplyDeleteRamai juga org tak tahu. So amik kesempatan ni utk sharing.
DeleteTeman pun ingat hormon lelaki mcm terlebih jer...tang perangai la..
ReplyDeleteDkt 9 tahun kahwin, teringin juga nak ada anak sendiri ...tapi rezeki sy dapat anak2 segera yang dah besar2...woha...
Kome lasak ye?
DeleteAlhamdulillah, Allah bagi rezeki anak2 segera dan dah besar. Rezeki jugak tu. In shaa allah, ada rezeki zuriat sendiri tu aamiinn..
insya allah ada rezekinya nnt SS.. sy pn ada kwn yg mengidap pcos ni.. dia dptkan konsultation doc dan jaga mkn.. dia mmg ikut semua saranan doktor.. alhamdulillah lepas tu setiap thn berana.. usaha lg k.. doa byk²
ReplyDeleteTerima kasih kakmim. Waahhh... semakin bertambah semangat saya ni.
Deletealhamdulillah
ReplyDeletebagus info nih
terima kasih atas perkongsian
Sama2 Hans.
DeleteIlmu baru untuk saya
ReplyDeletemasalah hormon nii ada nama dia rupanyaa.
ReplyDeletesemoga sis ada rezeki lepasnii. banyakkan berdoa. inshaallah dipermudahkan. jangan terlampau pikir apa yang orang kata kat sis.. moga sentiasa sabar ya :))
Member pun ada yg PCOS nie, tp ada rezeki anak.. maknanya peluang utk Fiza mmg masih ada.. jgn putus asa..
ReplyDelete