Skip to main content

PENGSAN DIBIUS

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Google


Baru-baru ni, SS ada sembang-sembang dengan seorang jururawat kat klinik. SS tanya pendapat dia tentang vaksin. Dia baru sahaja lepas divaksin kali ke-2. Katanya dia ambil vaksin Pfizer. Dos kali kedua agak kuat sampai demam dan kebas. Dia ambil cuti kerja sehari saja. 
SS belum daftar vaksin lagi. SS bukan anti vaksin. Sejak dari zaman sekolah rendah, memang SS selalunya akan jadi orang pertama yang beratur. Sampai sekarang pun, memang suka tengok saat jarum tu masuk dalam badan seperti mendapat satu kepuasan. Ntah laa apa perangai ni. Tapi untuk vaksin Covid19 ni, SS tangguhkan dulu. Hati belum terbuka lagi.





Terima kasih sudi singgah dan baca entri.
"Sesungguhnya Islam itu mudah dan indah."


Comments

  1. Kakak saya dengan kawan kawan dia pun dah cucuk vaksin untuk kali kedua. Memang ramai yang demam, muntah, sakit kepala. Tapi alhamdulillah, satu hari je macam tu.
    Dan saya masih menunggu giliran bila entah nak cucuk vaksin pertama huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga semuanya baik2 dan ssihat seperti sediakala. in shaa Allah, amiinn.. Good luck Atiqah, utk divaksinkan. Semoga Allah permudahkan.

      Delete
  2. wak dh daftar blom dijemput lagi.. auww wak pon takut kene cucuk

    ReplyDelete
  3. Ada juga orang suka tengok jarum cucuk masuk? huuu macam2.

    Uncle ok je dengan vaksin...

    ReplyDelete
  4. Adik bongsu saya pun sudah divaksin.
    Saya pun belum daftar lagi. Saya tunggu dahulu.

    ReplyDelete
  5. ntah bila la giliran kita... menunggu jgk ni :D

    ReplyDelete
  6. Kak Amie vaksin dos 2 nanti 23 Mei. Takut juga bila dengar banyak yang ada kesan seperti demam dan muntah-muntah.

    ReplyDelete
  7. tak register pun lagi sebab tgh preggy,walau ada yg kata dah boleh tapi risau keselamatan baby,jadi tangguhkan dulu huhuuu...

    ReplyDelete
  8. saya dah register melalui mysejahtera tapi smpi skrg takde ape2 berita, last2 register untuk Astrazeneca jer..

    ReplyDelete
  9. Semoga semua penerima vaksin baik baik je hendaknya. Aaminn..
    Berdebar juga menunggu giliran ni.

    ReplyDelete
  10. Orang rumah saya fronliner, dah kena cucuk 2 kali, Alhamdulillah dia baik² sahaja.

    ReplyDelete
  11. saya jenis penakut tapi kalau dah kena cucuk tu redha.. insyallah kita doa yg baik2 belaka dan semoga Allah lindung kita sentiasa =)

    ReplyDelete
  12. atie pun tak register lagi utk mama and ba sbb risau laa.. huhuhu

    ReplyDelete
  13. Tq for shared info ni. Ada yg sampai pengkan ke dibius tu

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.