Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t......
Waktu bulan puasa ni, biasanya air akan menjadi keutamaan. Tambahan pula sekarang dah masuk pertengahan Ramadhan, sekali iftar, terus 2 gelas air. Air juga menjadi pembuka selera setiap hari. Suami biasanya akan bertanya :
Biasanya suami memang sukarela untuk buat air.Erm, air apa yang kami belum buat lagi ye? Tak perlu susah-susah nak fikir jauh-jauh, applikasi F&N Life kan ada (bunyi macam iklan tak?). Macam-macam menu makanan dan minuman ada dalam tu.
Seperti biasa, buka aplikasi F&N Life di telefon pintar masing-masing, dan ikut saja anak panah warna ungu seperti gambar-gambar di bawah :
Sebelum ni, duk fikir-fikir air apa nak buat sambil check-check bahan di dapur. Kadang-kadang blank juga dibuatnya. Apabila dah buka aplikasi, tak tahu pula nak pilih menu yang mana satu. Begitulah lumrah manusia, kan? Tapi tak mengapa kerana aplikasi F&N Life ni ada panduan mengikut bahan yang kita ada, tempoh masa penyediaan dan pelbagai course. Oleh kerana kat rumah masih ada stok air bikarbonat F&N, jadi masa ni lah nak godek-godek resepi. Special diet pun ade tau.
Sekali lagi lepas gaduh-gaduh manja dengan suami sebab tak tahu nak pilih resepi yang mana satu, sedar tak sedar, lagi 10 minit nak masuk waktu berbuka, minuman pilihan masih belum diputuskan. Alamakkk!!! Jangan gusar, jangan kalut, kita buat menu paling ringkas, sepantas kilat sabung-menyabung di dapur.
Soda Bandung adalah minuman paling pantas yang mendapat kata putus kami suami isteri. Akhirnya!
Walaupun sepantas kilat penyediaannya, lepas dah masuk jag semua, kami masukkan ais dan simpan sekejap dalam peti sejuk beku supaya air terasa lebih sejuk untuk ganti balik 5 minit tempoh penyediaan yang hilang itu.
Sirap Rose F&N tu memang dah guna awal, tu pasal dalam gambar ni nampak sikit. Membesar dgn produk F&N, sampai sekarang pun F&N menjadi pilihan. Memang selalu ada stok kat rumah.
Tadaaa.....sedia utk diminum seisi keluarga.
Nasib baik siap beberapa saat sebelum azan, kalau siap awal ni telan air liur dululah jawabnya... heheheh...
Ini, kalau menjamu anak-anak perempuan ni, pasti teruja. Air warna pink dengan krim putar yang ditabur chocolate rice berwarna-warni.
**Doakan SS cepat hamil ye. Mana laa tahu ada doa-doa rakan blogger yang Allah segera makbulkan. Aamiinn.
Inginkan lebih keriangan sila layari :
Facebook : https://www.facebook.com/FNlife.my
Instagram : https://www.instagram.com/fn.life/
Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
kalo takut dilambung ongbak.. jgnla berumahtanga byk2 ditefian fantaii.. 😅
ReplyDeleteWowww siap letak krim...!! Ini mrmang lir biasa bandung dia ni hahaa..pat kan jauh kan.. Klu dkt, dh bole minta secawan ni hehe
ReplyDeleteAduh! Ini memang menduga iman puasa!
ReplyDeleteWahhh siap ada resipi nak buat lagi ye, majuuuu hahaha
ReplyDeleteWak doakan semoga hasrat SS dimakbulkan Allah
ReplyDeleteCantik persembahan air soda.
ReplyDeleteAmin, moga dipermudahkan perjalanan untuk mendapat anak.
wah soda bandung resepi baru sedap tu
ReplyDeleteterima kasih. baru tau app F&N Life ni :)
ReplyDeletepergghhhh
ReplyDeleteada apps rupanya
baru tahu
boleh terjah tengok resipi
hehehe
sedap nyer soda bandung.. lama dah tak jumpe soda bandung ni
ReplyDeletewoooow canggih, rupa pun mantap...
ReplyDeleteakak dari awal puasa sampai sekarang menu utama air teh o panas je dik, lagilah batuk memang tak minum ais lagi heheheh
Betullah bila time berbuka air yang dikejar duluan hehehee...
ReplyDeleteSedap nampak soda bandung tu
Mrs. A lebih suka air panas dari air sejuk time awal-awal berbuka tu.
Oh! baru tahu ada apps nih!