Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t......
OGOS 2014 : Usia perkahwinan dah 2 tahun dah masih hidup berdua. Jadi, aku terbuka hati untuk rujuk klinik keluarga. Aku ke klinik Ummu Roihan di bandar Pekan, jumpa doktor dan terangkan masalah aku yang aku alami iaitu haid tidak teratur. Istihadah teruk. Setiap bulan tempoh haid lebih daripada 15 hari. Doktor di klinik Ummu Roihan tu sangat baik dan lemah lembut. Agak-agak umurnya awal 50an ketika itu.
Doktor siap ambil kalkulator haid & ovolusi. (kad bulat boleh putar-putar macam roda impian). Tapi aku dah lupa dah bila tarikh untuk aku. Macam susah juga doktor nak kirakan hari tu. Itupun katanya anggaran sahaja. Lama juga konsultan dengan doktor tu. Memang puas hati. Kemudian, doktor bagitau juga untuk semak kesuburan melalui cecair vagina. Kata doktor, cecair tersebut bersifat seperti putih telur dan sukar untuk dibersihkan. Jadi, bila dah jumpa waktu itu, maka, eloklah 'bersama'. Ini adalah ilmu baru untuk aku.
Kemudian, doktor buat imbasan rahim. Waktu ni lah, doktor suspek aku ada cyst (sejenis ketumbuhan). Tapi katanya kecil sahaja. Doktor hanya suspek dan minta aku buat rawatan susulan. Hanya hospital yang boleh buat pengesahan sama ada cyst atau bukan. Hati yang tadi berbunga-bunga lepas dapat ilmu baru, terus bertukar jadi galau, risau, gundah-gulana. Doktor kata, ada ubat-ubatan atau kaedah yang boleh rawat cyst.
Balik rumah, terus aku Google dan cari info-info pasal cyst ni. Aku rasa suami aku lebih risau berbanding diri aku sendiri. Ye lah, aku boleh relax lagi sebab doktor sendiri pun tak pasti. Tapi risau tu tetap ada. Banyak info-info dari blog-blog yang aku baca, makin bertambah ilmu aku pasal cyst ni. Suami sarankan aku buat pemeriksaan kesihatan di hospital swasta. Kata suami, tak mengapa bayar mahal sikit asalkan cepat dapat keputusan, dan cepat merawat.
Bersambung...
(Asalnya nak cerita habis je, tapi kesian pula korg lama-lama kat blog aku ni. Hehehe.)
#1 : Period Ting Tong
#2 : Period Ting Tong II
#3 : Suspek Pregnant
#4 : Scan Rahim
#5 : Bekam
#6 : Suppliment
#8 : Jumpa Bidan
#9 : Need Support
#10 : Suspect Cyst
Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
SS mudah-mudahan baik2 saja ye :)
ReplyDeletesaya doakan yg terbaik..utk kalian!
Alhamdulillah... terima kasih atas doa.
DeleteAha harap ada pengakhiran yang baik.
ReplyDeleteAlhamdulillah.
DeleteInsyallah miga yang baik2 aje k
ReplyDeletemoga selamat semua n tiada masalah
ReplyDeletein shaa Allah, amiiin
Deleteone of the things kan, mostly susah preggy.. ini la penyebabnyaa
ReplyDeleteye betul. salah satu puncanya.
Deletemoga di permudahkan semuanya dik...
ReplyDeleteteringat aritu lepas akak masuk ward tahun 2017 lepas buat ct scan doc cakap akak ada cyst di rahim tapi kecil. Cuma doktor tanya pasal kitaran haid akak teratur atau tak, akak memang akan catatkan waktu period akak setiap bulan. dan bila dok tengok setiap bulan akak period dan teratur dia kata cyst tu mungkin boleh hilang bila akak masih lagi period.
Alhamdulillah. lega bila dengar cakap dr tu kan...
DeleteTerima kasih sharing this, kak.
Moga semuanya baik-baik saja :)
ReplyDeletein shaa Allah, amiin
DeleteSemoga dipermudahkan segala kesulitan sis 🤗
ReplyDeleteAmiin. Yaa Rabbal alamiin
Deletesemoga dipermudahkan ye
ReplyDeleteAmin Yaa Rabb.
Deletemugo dipermudahkan.. aminn
ReplyDeletetringt dulu bini wak penah kene operate cyst..
Amiinn...
Deletememang kena operate kalau ade cyst.
semoga dipermudahkan sis.. insyaAllah ada rezeki nanti :)
ReplyDeleteIn shaa Allah, terima kasih atas doa
Deletebersambung pulak. Semoga pengakhiran yang baik untuk Semut Senyum.
ReplyDeleteIn sha aallah, amiinn
DeleteCyst ni semua perempuan akan ada antara membesar dan tidak. SS kena baca makanan apa yg menggalakkan tumbesaran cyst sbb dr situ boleh elakkan makan makanan yg tak sepatutnya. Semoga dipermudahkan urusan utk dpt zuriat
ReplyDeleteamiin Yaa Rab. Terima kasih atas doa dan sharing dari sis.
DeleteBetul tu. dr pun ada pesan macam tu.
Better buat detail scan utk detect cyst tu SS.. at least kalau confirm senang doc nk buat keputusan.. cthnya kalau besar kena buang, kalau kecil kena elakkan mknn yg boleh trigger cyst.. semua pempuan mmg ada cyst bezanya kecil atau besar je.. doa selalu k.. pas jumpa doc nnt update lg kt sini utk info kpd psgn yg ttc yg lain... kakmim doakan semoga ada rezeki baby tu nnt.. insyallah... doa byk² bln ramadhan ni
ReplyDeletesaya follow sis!
ReplyDeleteSemoga dipermudah semua urusan dan dikurniakan kesihatan yang sempurna.
ReplyDelete