Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t......
Cilok dari Google : Fiksyen Shasha |
Masih lagi sebuah cerita mengimbau kenangan.
2013 - Waktu usia perkahwinan telah mencecah setahun lebih dan aku masih belum ada tanda-tanda kehamilan. Ibu mertua sarankan aku berjumpa bidan. Katanya ada seorang bidan terkenal kat Kampung Padang Manggis di Pekan. Ramai dah orang berjaya hamil dengan ilmu bidan tu. Aku bukanlah orang yang mudah-mudah nak terima tentang ini. Aku akan berfikir banyak sudut.
Berfikir tentang saranan ibu mertua, aku pun mula bertanya kawan-kawan yang memang berasal dari Pekan. Mungkin mereka pun ada dengar cerita baik buruk. Aku kumpulkan segala cerita dan pengalaman mereka, kawan-kawan mereka dan saudara-mara mereka untuk aku jadikan panduan.
Aku memang perlu selidik berkaitan hal ini. Bukan apa, walaupun zaman sekarang serba canggih, masih ramai yang percaya dengan kebolehan bidan. Aku cuba mengumpul maklumat terutama berkaitan hal batin dan logik sains. Risau terpesong, buruk padahnya. Lagi satu, memang kita pun dimomokkan dengan filem-filem bidan yang berniat jahat. Menjadikan darah ibu mengandung ataupun bayi itu untuk korban kepada saka peliharaan. Uisshhh, perkara itu tak mustahil bila mengamalkan ilmu hitam dan bertuhankan syaitan.
Jadi, kewajipan aku untuk pastikan bidan yang akan mengurut aku adalah bidan yang tidak ada unsur-unsur pemujaan atau yang sama waktu dengannya. Setelah membuat beberapa penyelidikan dan penyiasatan, macam Detektif Conan pula rasanya, aku dapati bidan yang dimaksudkan oleh ibu mertua aku adalah bidan yang bersih. Ilmu alam & manusia yang dipelajari sejak dulu daripada susur galur keluarganya. Maksud aku ilmu alam & manusia di sini adalah cara mengenal urat, sendi, otot, cara baik pulih, lebih kurang macam tu lah. Dulu-dulu mana ada nak sekolahkan ilmu yang macam ni. Sekarang je, dah ada ilmu fisio dan perbidanan. Lagi pula bidan mesti orang yang dah berpengalaman berpuluh-puluh tahun, dan menurut kajian Detektif Conan aku sendiri, bidan yang dimaksudkan oleh ibu mertua itu, bersih dari segala segi. Akhirnya aku bersetuju.
Kemudian, adik ipar aku pergi ambil bidan itu di rumahnya. Aktiviti mengurut kali pertama adalah di rumah ibu mertua aku. Bidan tu dikenali sebagai Tok Cha. Aku kira usianya waktu itu 78-80 tahun. Kecil saja orangnya, tapi masih sihat tubuh badan.Wajahnya penuh kedut menandakan pengalaman hidupnya.
Boleh tahan juga jari-jemari Tok Cha mengurutku. Sebelum ni, aku cuma berurut di spa, tapi dengan bidan ni, memang urutan berfokus kepada permasalahan. Tapi, Tok Cha akan urut satu badan. Lembut je Tok Cha urut, tapi memang kaw-kaw. Terbeliak juga biji mata aku beberapa kali. Tak sempat nak lelap walau sesaat. Kata ibu mertua,lebih elok berurut 3 hari berturut-turut. Mengikut amatan aku, urut 3 kali ni adalah untuk melalui fasa mengenal urat, melembutkan urat, dan memudahkan urutan. Jadi biasanya hari ketiga atau kali ketiga, otot atau urat dah boleh memberi kerjasama kepada tukang urut berbanding hari pertama yang nak terkeluar biji mata. Hari ketiga, badan kita pun dah mula terima dan lebih relaks.
Dua, tiga bulan selepas tu, sekali lagi aku berurut dengan Tok Cha. Tujuannya, untuk semakin sesuaikan badan aku dan ikhtiar hamil melalui urutan. Selama sesi mengurut, aku dengar selawat-selawat yang jelas keluar dari mulut Tok Cha. Sepanjang sesi berurut tak ada pula Tok Cha bagitau ada masalah apa-apa kat peranakkan aku. Senyap saja. Ke sebab aku tak tanya? Entahlah.
Hari ketiga berlalu, dan aku mula ringankan mulut untuk bertanya. "Saya ada masalah apa-apa ke, Tok Cha?". Aku sebenarnya tak pasti macam mana soalan terbaik untuk bertanya kepada seorang nenek. Tok Cha senyum je, dan jawab "awok tak payah laa nak buat kerja-kerja berat sangat. Memandu pun tak boleh tu, tekan-tekan break tu tak elok. Awok kena banyak rehat. Rehat betul-betul badan tu". Itu saja pesanannya.
Alamak, macam mana ni? Tak kan laa tak boleh memandu langsung? Nak pergi balik kerja macam mana? Haluan aku dan suami lain-lain. Tambahan pula waktu tu, tuntutan kerja aku memang memerlukan aku menjadi seorang work-a-holic. Aku kerja dari siang sampai pagi buta. Keluar rumah tak nampak matahari, balik rumah pun masih tak jumpa matahari. Jadi mungkin sebab itu yang perlu aku korbankan. Tapi waktu itu bukanlah waktu terbaik untuk aku betul-betul rehatkan diri. Jadi aku hanya perlu terus positif dan redha. Mohon rakan-rakan doakan aku.
#1 : Period Ting Tong
#2 : Period Ting Tong II
#3 : Suspek Pregnant
#4 : Scan Rahim
#5 : Bekam
#6 : Supliment
#8 : Jumpa Bidan
Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
laa cerita lama dah 8 tahun ni..
ReplyDeleteYe wak. 8 tahun dulu tak terfikir pun nak share pasal ni.
Deletezaman sekarang ni ramai tak percaya perkara2 macam ni kan, tapi betul tindakan SS siasat dahulu takut juga ada perkara2 yang tak sepatutnya. Bagi kak ana ia salah satu ikhtiar sahaja kan, selebihnya urusan dan izin Tuhan. tunggu sambungan kisah SS lagi....
ReplyDeleteBetul tu kak ana. Ni salah satu ikhtiar. Tapi mencari yg afdhal tu satu kewajipan jugak. Tak nak seleweng dr agama. Selebihnya, tawakal.
DeleteMengurut ni sala satu kaedah yang betul juga kan ,stgh ckp disebabkan rahim jatuh sbb tu susah nak ada baby ... org la ckp... im waiting for your next story :)
ReplyDeleteAah, ada juga yang cakap rahim/peranakan rendah susah nak pregnant. Terima kasih sudi follow cerita TTC SS.
Deletenow dah ada anak x? Berkat Tok Cha urut ?
ReplyDeleteJeng jeng jeng. Cepat smpai soalan ke garisan hujung cerita ni. Hehehe. SS masih ikhtiar zuriat.
DeleteSS sibuk kerja yang tidak memungkinkan peluang untuk mengandung.
ReplyDeleteTakpelah doa moga ada kesempatan untuk ikut nasihat Tok Cha dan seterusnya mengandung. Insya Allah.
Aamiinn.. perlahan2 juga amalkan petua2 semoga ada rezeki anak.amiin
DeleteinsyaaAllah akan asa hasilnya doa banyak2
ReplyDeleteTerima kasih kak paridah... saya sudah tentu akan sentiasa doa.
DeleteSemoga Allah berikan keajaiban rezeki untuk kita merasainya nanti. InshaAllah..Aaminn
ReplyDeleteIn shaa allah.. amiinn ada rezeki kita tu... yang lambat biasanya yg terbaik. Allah lebih tahu.
Deletebagus urut dgn orang yg berpengalaman diiringi selawat..
ReplyDeletetapi tk boleh drive tu yg agak payah sikit..
Aah. Bila selawat kita pun confident.
DeleteCuma xnak drive tu, tak mampu laksanakan lagi. Cuma time nak break & tekan minyak tu xde laa lasak sgt. Sopan santun je... hehehe, xde lah sampai rasa tertekan kat kwsn rahim tu.
insha allah moga dipermudahkan urusan TTC
ReplyDeleteAmiinn.. terima kasih Hidayah Mosni .
DeleteOrang lama banyak pengalaman. Dulu, saya pun pernah berurut juga dengan nenek lebih kurang umur macam tu. Sekarang, anak dah besar, dia pun dah takde. Nanti SS cerita lagi, ye. Semoga ada rezeki untuk SS dan segalanya dipermudahkan.
ReplyDeleteBanyak lagi episod nak taip jadikan kenangan fan sumber rujukan sesiapa yang berkenaan. Terima kasih sudi baca cerita TTC saya.
Deleteselagi kita mampu berikhtiar kan.... kita cuba...selebihnya kita serahkan kepada Allah...
ReplyDeleteBetul, kaedah modern dan tradisional, ikhtiarkan je. Semoga menjadi asbab kesungguhan utk dptkan zuriat. Amiinn.
Deleteikhtiar itu perlukan..
ReplyDeleteCerita yang menarik..
Terima kasih Sha. IKHTIAR juga menempuh fasa uo and down, tapi mana boleh menyerah. Ikhtiar bersama tawakal, semoga menjadi asbab. Amiinn.
Delete