Skip to main content

Mee Champa Mak Wan Herritage Kuantan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum...

Oh, jawab dulu salam tu. 😁

Semalam SS ambil cuti. Lama tak rentas daerah berdua dengan suami. Dating laa konon-kononnya. Biasanya kami akan meluangkan masa pada hari biasa kerana sejak dari bujang lagi, Sabtu & Ahad kami tak lapang. Sabtu Ahad itulah hari terlibat dengan perlaksanaan program. Dua-dua terlibat dalam kerja-kerja belakang tabir dalam event. Sampai sekarang pun kami masih begini. Lagipun, kami tak suka sesak-sesak dengan orang ramai kerana kerja kami memang melibatkan orang ramai. Jadi kalau spend time tu  kami lebih suka ke tempat yang relax atau pun kami akan adakan aktiviti seperti food hunting. Bila dah kahwin ni, jarang pula food hunting. Maklumlan lebih banyak meluangkan masa di rumah dengan eksperimen pelbagai masakan. Jadi sekadar mengisi kebersamaan berdua ini, kami pun merentas daerah ke Kuantan. 

Kali ini tujuan kami adalah ke Mak Wan Heritage di sebuah Tahfiz Foodcourt di Jalan Tanjung Lumpur, Kuantan. Senang saja nak cari lokasinya. Semua orang Kuantan sedia maklum sebuah maahad tahfiz terbesar di sini. Tahfiz Foodcourt senang nampak dari jalan besar, sebelah kiri sebelum sampai ke Bandar Putra.

Mak Wan Herritage ni dah viral pasal mee champa. Kami pun tahu apabila lokasinya tular dalam facebook. Bulan lepas, SS dah pergi bersama suami lebih kurang jam 1.00ptg. Kira-kira waktu ni, orang baru nak keluar makan, tapi kami dah sampai. Masuk je ke kedai, akak cashier bagitau makanan dah habis. Kami bertanya tentang waktu kedai dibuka. Katanya jam 10.00 pagi. 3 jam sahaja semua menu dah habis??? Terkejut. Dasyatnya!. Sedap sangat ke?. Pulang laa kami dengan perasaan sedikit kecewa. Mood pun dah spoil. Jadi demi merawat keinginan hati dan anak tekak ni, kami tukar mindset ke tempat makan yang lain dengan harapan, akan datang, kami akan sampai lagi ke sini seawal jam 10.00 pagi.  Nekad! 

Jadi, tibalah harinya. Pukul 10.00 pagi kami dah siap parkirkan kereta.  Nampaknya baru ada 1 meja pelanggan. Ok, cun. Masuk je dalam kedai, imbas My Sejahtera, pemeriksaan suhu kendiri dan sapu pembasmi kuman. Kemudian memesan makanan dan terus buat pembayaran. Memang ini kaedah jual beli sebenar dalam Islam kan? Bayar dahulu sebelum makan, kan?


Waktu ni hujan lebat. Dah dua hari Kuantan-Pekan dilanda hujan lebat. Jadi SS snap gambar dari dalam kereta sahaja. 

SS dan suami memesan menu Mee Champa dan Maggie Champa. Kami tak pernah makan pun Mee Champa sebelum ni. Ini percubaan pertama. Boleh memesan separuh atau penuh. Oleh kerana kami sengaja kosongkan perut dari pagi, makanya suami memesan penuh. Nampaknya air tak banyak pilihan. Asalnya SS nak order air suam je. Layan diri sahaja. Tapi suami cadangkan untuk minum air lain. Jadi order sajalah teh panas. Suami macam biasa, nescafe O. 

Selain dua menu yang kami pilih, antara menu lain yang menarik perhatian kami, sup gearbox, kateh (urat) dan sup daging. SS dah cuba snap gambar menu yang terpampang di bahagian atas kedai, tapi tak jelas dalam kamera handphone. 


Rupanya mee champa ni, kuew teow yang bersaiz kecil. Ye lah, pesan mee yang sampai kuew teow halus. Terpegun juga laa sekejap tengok isi dalam mangkuk tu. Sebelum mengeluh kat orang kedai, baik google dulu macam mana rupa paras mee champa, kalau tak nanti malu kita sebagai pelanggan yang cuba menegakkan benang yang basah. Nasib baik ada Google. Jadi memang tak salahkan Mee Champa. 

Disediakan satu dulang yang mempunyai semangkuk sambal, limau nipis, lada sulah, sos ikan dan kicap untuk pelanggan ubah suai rasa mengikut selera masing-masing.

Bagaimana rasa Mee Champa Mak Wan Heritage ni? Ok, sejujurnya untuk citarasa SS, SS bagi 3/5 bintang. Citarasa kita berbeza,bukan?. SS lebih suka sup yang ada rasa rempah dan pedas sebaliknya sup mee champa rasa agak manis. Sebab tu mereka sediakan bahan-bahan perasa satu dulang tu, supaya kita dapat sesuaikan dengan citarasa kita. SS pun tambahlah hampir 10 sudu sambal yang disediakan tu, namun masih tak menepati citarasa SS. Lagipun, SS ni memang musuh dengan bawang dalam masakan. Mee Champa ni pula, mengandungi bawang putih yang dibakar. Jadi rasa bawang tu agak ketara dilidah SS. 

Tapi, daging semangkuk tu memang lumayan. Banyak sangat kuantitinya dalam semangkuk Mee Champa. Dihiris nipis-nipis, mudah nak kunyah. Tapi sebab mee champa tu memang rasa macam tu, SS terimalah seadanya. Pertama kali makan mee champa, kan?. Perlukan masa utk sesuaikan diri. Nak ulang? Ya, mungkin. SS macam nak cuba Mee kateh/ Mee sup daging pula. 

Rupanya Mak Wan Heritage di Kuantan ni merupakan kedai cawangan. Mak Wan Herritage bermula di Dungun, Terengganu. 

Makwan. 

Nak tahu lebih lanjut, boleh ke Facebook Mak Wan Herritage. 

Comments

  1. klu dapat jejak Kuantan lepas ni, boleh try cari kedai ni...

    ReplyDelete
  2. Takpelah asal sudah cuba rasa. Nanti orang tanya boleh cakap/ beri pendapat sendiri.

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam..clear soup, healthy food..banyak dagingnya..

    ReplyDelete
  4. oh... pho kan ni.. sedapp makan kat vietnam dulu :)

    ReplyDelete
  5. balok ribut semalam, risau pula kat orang tua kat kampung

    ReplyDelete
  6. sy pn jenis suka dating dgn husb ms weekdays... dlu ms pjj syok jugak la kalo travelling kt kl ms tu la me time dgn husb... skrg nk dating pun x sampai hati tgl anak² kt umh

    ReplyDelete
  7. sedapnya kalau nk mkn sedap di sini tanjung lumpur tempatnya kan

    ReplyDelete
  8. kat selangor n kl ni susah nak jumpa mee champa ni, kalau mee celup tu biasa... teringat kesedapan makan mee ini masa balik terengganu... tengok pun dah tau sedap mee champa tu SS oi

    ReplyDelete
  9. waalaikumsalam semut ittewww.. 😅

    ReplyDelete
  10. waalaikumussalam ,
    daging kalau dihiris nipis2 masuk dlm sup..sedappp di makan

    ReplyDelete
  11. Mee champa.. first Time dengar hehe. Rasanya dia lebih kurang koetiew theng kot Kan

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.