Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2021

TTC's STORY #10 : SUSPECT CYST

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......   Kredit to : yashadaahospital.com   OGOS 2014 :   Usia perkahwinan dah 2 tahun dah masih hidup berdua. Jadi, aku terbuka hati untuk rujuk klinik keluarga. Aku ke klinik Ummu Roihan di bandar Pekan, jumpa doktor dan terangkan masalah aku yang aku alami iaitu haid tidak teratur. Istihadah teruk. Setiap bulan tempoh haid lebih daripada 15 hari. Doktor di klinik Ummu Roihan tu sangat baik dan lemah lembut. Agak-agak umurnya awal 50an ketika itu.  

Mee Champa Mak Wan Herritage Kuantan

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum... Oh, jawab dulu salam tu. 😁 Semalam SS ambil cuti. Lama tak rentas daerah berdua dengan suami. Dating laa konon-kononnya. Biasanya kami akan meluangkan masa pada hari biasa kerana sejak dari bujang lagi, Sabtu & Ahad kami tak lapang. Sabtu Ahad itulah hari terlibat dengan perlaksanaan program. Dua-dua terlibat dalam kerja-kerja belakang tabir dalam event. Sampai sekarang pun kami masih begini. Lagipun, kami tak suka sesak-sesak dengan orang ramai kerana kerja kami memang melibatkan orang ramai. Jadi kalau spend time tu  kami lebih suka ke tempat yang relax  atau pun kami akan adakan aktiviti seperti  food hunting. Bila dah kahwin ni, jarang pula food hunting. Maklumlan lebih banyak meluangkan masa di rumah dengan eksperimen pelbagai masakan.  Jadi sekadar mengisi kebersamaan berdua ini, kami pun merentas daerah ke Kuantan.  Kali ini tujuan kami adalah ke Mak Wan Heritage di sebuah Tahfiz Foodcourt di Jalan Tanju...

TTC's Story #9 : Perlu Sokongan

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......     SS mengambil masa yang lama juga rupanya untuk update cerita pasal usaha-usaha dan perkongsian mengenai perjalanan SS ikhtiar hamil. SS bukan jenis yang suka nak bercerita pasal perihal peribadi. SS rasa tak menarik pun. Tapi sejak sejak PKP tahun lepas akibat terperap dalam rumah, SS banyak habiskan masa untuk kembali aktifkan blog. Simptom biasa bila menaip entri, tiba-tiba tak ada idea. Kemudian itu lah muncul idea untuk tulis pasal TTC ni.   

Apa Punca Kebakaran?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum... Kejadian waktu nak pergi lepas balik lunch. Lunch tadi dari pejabat, SS keluar jalan lain, waktu nak masuk semula ke pejabat lalu semula jalan ni. Biasa pagi-pagi saja SS akan lalu jalan ni. Baru suku jalan, dah ternampak kelibat  2 buah   lori bomba dibahu jalan. Dan nun di sana, asap berkepul-kepul. Patutlah dua, tiga hari kebelakangan ini asyik bau asap. SS serba salah nak meneruskan perjalanan atau patah balik ikut jalan jauh. Lunch hour pun dah nak tamat. Tapi nun di sana macam langsung tak nampak jalan. Tup tup nampak kelibat motorsikal dan kereta keluar dari kepulan asap. Boleh lalu agaknya. SS pun redah saja dengan tawakal. 

Lumba Basikal

Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum  Tuah basikal pinjam Sekali lagi terjebak dalam kayuhan. Tak berhajat langsung. Hari tu kayuhan santai pun, kawan yang ajak. Tapi sebab santai, SS setuju sajalah. Kali ni bila anjurkan perlumbaan, memang SS buat tak tahu je. Tapi jiran sebelah meja SS ni tiap2 hari ajak SS untuk cukupkan penyertaan wanita. 2 - 3 minggu juga dia pujuk SS. Akhirnya dengan berat hati, SS bersetuju. Twist mindset kepada menyokong program anjuran kawan SS ni. Alang-alang SS dah jadi sekretariat program membantu kelancaran penganjuran, dapatlah SS cari pengalaman dalam menguruskan program sukan pula.

Wordless Wednesday #20

TTC Story #8 : Jumpa bidan

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Cilok dari  Google : Fiksyen Shasha Masih lagi sebuah cerita mengimbau kenangan. 2013 - Waktu usia perkahwinan telah mencecah setahun lebih dan aku masih belum ada tanda-tanda kehamilan. Ibu mertua sarankan aku berjumpa bidan. Katanya ada seorang bidan terkenal kat Kampung Padang Manggis di Pekan. Ramai dah orang berjaya hamil dengan ilmu bidan tu. Aku bukanlah orang yang mudah-mudah nak terima tentang ini. Aku akan berfikir banyak sudut.

Menjadi Frontliners

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM... ASSALAMUALAIKUM... Syukur kerana hari ini diberi amanah untuk turut sama merasai peranan sebagai barisan hadapan ( frontliners) walaupun tanpa pakaian Personal Protective Equipment (PPE) yang lengkap. Hari ni, pelajar dah mula pulang ke kampus. Semua staf bersiap sedia dalam memantau  pergerakan pelajar dalam kampus.  Kali ini giliran kami pula bertugas di Pusat Isolasi Pelajar UMP Kampus Pekan. Kawasan yang kami pantau adalah kurang risiko iaitu di kafe, setelah  pelajar menempuh beberapa sekatan dalam kampus bagi tujuan pendaftaran. Apa pun, tugasan ini membuatkan kita lebih cakna terhadap sekeliling kita. Syukur atas peluang ini.

Spontaneous Thursday #10

Bismillahirahmanirrahim   Assalamualaikum w.b.t......  Google Keadaan di pejabat agak genting sejak pagi. Aku terlibat dengan mesyuarat bersama wakil pelajar secara bersemuka dengan kawalan S.O.P. Tadi pun sedang kami mesyuarat, ada pihak polis dari luar datang. Buat  pemeriksaan mengejut S.O.P agaknya. Nasib baik kami semua memang  patuh S.O.P.

ATM CIMB telan duit and report failed! Apa nak buat?

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum semua.... Seperti biasa, aku bayar duit kereta kat ATM. Masih cara lama, tapi entahlah, kenapa dalam sistem online tak boleh nak bayar atau aku yang tak jumpa cari kaedah nak bayar secara online . Jadi, seperti biasa aku ke Automatic Transfer Machine (ATM).  Siap langkah terakhir sahkan pemindahan duit, tiba-tiba paparan di skrim ATM mengatakan  'Machine Out Of Service'. Tapi duit tak keluar. Nasib baik resit keluar seperti gambarajah di bawah cuma tak senang rasa hati bila terpampang laporan 'Transaction Timeout'. Runsing kejap sebab tak tahu duit tu bank dah terima atau belum. Memandangkan aku ke ATM jam 6.00  petang melepasi waktu pejabat agak sulit jadinya. Sekiranya masih waktu pejabat, sebarang masalah boleh berurusan di kaunter bank. Tapi syukur, ATM tu sebelah CIMB. Lepas intai-intai dalam bank, syukur nampak ada staf dalam tu. Walaupun rasa tak sesuai nak kacau mereka bukan waktu bekerja, tapi sebab te...

SSn1