Skip to main content

Sebuah Penghargaan untuk Hubbub - Spa Muslimah Kuantan

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 

Pahang dah PKP oiiii....
Teringat waktu PKP Mac tahun lalu, 3 bulan terperap kat rumah seronok tu memang laa seronok sebab SS ni work-a-holic. Memang jarang cuti. Pergi balik kerja pula, memang tak jumpa matahari. Sampai pejabat jam 8.00 pagi, balik rumah kadang-kadang 2.00pagi. Kadang-kadang laa.... Sekali dua je pernah balik 5.00pagi. Dan pernah 2 kali tidur kat pejabat. heheheh... melampaukan. Tapi itulah, biasanya kerja-kerja adhoc je jadi macam tu.

Jadi, waktu PKP tu memang terperap betul kat rumah. Tak berani nak keluar pergi mana-mana. Terbayang kat luar rumah tu, zombi berkeliaran merata-rata. Ok, ini pengaruh filem. 3 bulan di rumah menyebabkan postur badan jadi tak betul. Paling ketara adalah sakit pinggang. Di rumah pun seharian mengadap laptop. Waktu PKP tu SS kat rumah mertua, tak ada tempat yang proper untuk Work From Home (WFH). Jadi, mengadap laptop sekejap kat meja makan, sekejap kat coffee table depan TV, sekejap dalam bilik atas katil, sekejap terbaring, tertiarap, dan macam-macam aksi. Handphone lagi, tok sah cakap la.. Sampai bulan ke3, sakit betul pinggang jadinya.

Bila dah diberi kelonggaran PKP tu, dah masuk kerja balik pada Jun, tapi masih ada sakit pinggang. SS dah nekad, bila dah boleh rentas daerah, SS nak pergi spa. Badan nak kena urut dah ni. Tapi waktu tu, spa dan sewaktu dengannya masih tidak dibenarkan beroperasi. Makanya, SS perlulah bersabar sambil menahan sakit pinggang,dan sakit belakang. Bukan di daerah SS ni tak ada spa, tapi SS kalau dah selesa kat sesebuah spa tu, memang SS tak cari lain dah. Memang itu sajalah SS akan ulang pergi.

2 bulan lepas tu, bila spa dah dibenarkan beroperasi dengan syarat patuh standard operating prosedur (S.O.P) apa lagi, SS terus tempah slot di spa kegemaran SS iaitu Hubbub Spa & Wellness. Salah satu spa muslimah di Kuantan. 

Spa ini dicadangkan oleh seorang rakan SS. Dia kata dia biasa pergi sini. SS ni memang cerewet sikit bab perkhidmatan pelanggan. Kalau SS tak seronok dengan perkhidmatan yang disediakan, SS tak kan ulang pergi dah. Memang akan cari spa lain. Tapi, sebelum pergi sudah tentu SS akan servey dulu respon pelanggan. Semua di hujung jari saja kan.
Hiasan dinding di ruangan menunggu daripada bunga-bungaan. Cantik...

Di FRESHA spa muslimah ni mendapat ranking 4.8



SS screenshot dari Instagram Hubbub Spa. Ini adalah review ikhlas dari SS. 
Hubbub Spa dah buat SS jatuh cinta terutamanya dengan perkhidmatannya.
Tahniah dan terima kasih Hubbub Spa!




Assalamualaikum. Terima kasih atas perkhidmatan Hubbub Spa. Ini pengalaman pertama saya di Hubbub Spa. First impression saya, "Wow!". (Spa yang menarik, kemas & bersih) Alunan zikir sepanjang sesi juga sgt mendamaikan perasaan.  
Saya disambut oleh saudari Rabiatul yg juga merupakan juruurut saya. Saya hadiahkan diri saya dgn Urutan Hubbub Signature. Perkhidmatan & layanan yang sangat profesional bersama kaedah urutan yang sgt wow!. Lepas urut, badan terasa ringan, tidak sakit2, menenangkan & sgt berbaloi. Saya juga dpt rasakan keikhlasan juruurut sewaktu sesi. Sgt profesional. Terima kasih banyak2 utk beliau.
Terima kasih juga kpd staff bernama Ayu atas perkongsian ilmu kpd saya.
Hubbub Spa lain dari yang lain. Terima kasih dan tahniah. Semoga Hubbub Spa terus cemerlang. Aaminn.

In shaa allah saya akan datang lagi. 😍♥

Ini adalah conversation SS dengan Hubbub Spa sewaktu awal PKP mula-mula dulu.
Walaupun tak dapat berurut, staff Hubbub Spa tetap membantu memberikan saranan untuk mengurangkan sakit belakang SS. Bagus bukan. 
Tidak sombong dan tidak lokek ilmu.


Ini adalah sijil-sijil kemahiran dan pengiktirafan Hubbub Spa.
Melihatkan sijil-sijil ni, semakin yakin dengan perkhidmatannya.



Tempat simpanan barang-barang pelanggan.



Ruang solat. Kalau tak sempat singgah mana-mana, SS akan solat kat sini. 
Cuma dalam tempoh S.O.P memang SS akan solat siap-siap kat rumah.

My Favourite view 


Biasanya lepas sauna, akan duduk di sini dan therapist akan bagi segelas air minuman.

Rumah sauna yang mendamaikan.



Tempat bersiram. Nak mandi bunga atau ais. Nyamannyaaa....


Bilik urut.

Ini pakej yang biasa SS ambil. Tangas & berurut.

Musim amal S.O.P beginilah. Mereka akan tukar plastik katil urut untuk setiap pelanggan.
Ketika berurut, therapist akan pakai sarung tangan dan pelitup muka.

Paling penting adalah sewaktu berurut, kita didendangkan dengan alunan zikir-zikir pilihan.
Dan kaedah mengurut yang tidak sakit tapi sangat melegakan. Jarang dapat pergi Spa Muslimah yang bagi perkhidmatan tiptop macam ni. Tambahan pula dengan aroma dan suasana yang menenangkan. Indah bukan?.

Tapi....
       Tapi......
               Tapi.........
                       Itu semua dah tinggal kenangan.

Spa Hubbub telah tamatkan operasinya. Terbaca dalam status whatsapp tempoh hari mereka telah membuat pengumuman rasmi di facebook. Cepat-cepat SS klik link dan saksikan. Sebak pula rasa di hati. Waktu PKP mula-mula dulu, mereka pun ada desas-desus nak tutup spa, tapi sebab kes Covid-19 di Malaysia menurun dengan baik, dan kerajaan pun benarkan sektor spa beroperasi dengan S.O.P seperti biasa. Mungkin sekali lagi Malaysia kena PKP 2.0 ini, agak mengganggu gugat ekonomi SS faham situasi yang dihadapi. Boleh klik sini untuk ke pengumuman penting Spa Hubbub sempena PKP 2.0.

Kemudian, Spa Hubbub membuka iklan dalam Mudah.com kepada sesiapa yang ingin mengambil alih spa berkenaan. Sedihnya rasa. Tapi, hidup mesti terus, kan?

Apa yang anda perlu tahu tentang Spa Hubbub adalah :
  • Telah beroperasi selama 7 tahun 
  • Mempunyai lebih 2000 data pelanggan direkod
  • Ramai pelanggan ulang hadir lebih 10 kali
  • Sistem tempahan dalam talian
  • Mempunyai Website, akaun Instagram & Facebook
  • Maklumat disimpan & direkod secara konsisten
  • Peralatan lengkap untuk kegunaan dalam perkhidmatan
  • Telah dikenali dan dipercayai oleh masyarakat di Kuantan khususnya.
  • Mempunyai lesen Majlis Perbandaran Kuantan (MPK)
  • Pemilik baru masuk cuci kaki sahaja kerana spa mempunyai pelanggan tetap.
  • Boleh kekalkan pekerja asal sebagai pengurus bagi melancarkan urusan spa.
  • Boleh contact mereka untuk maklumat lanjut.
  • Boleh berbincang  untuk urusniaga.
Spa Muslimah / Pusat Kecantikan Untuk Dijual Segera

Ini antara respon SS dan pelanggan lain yang SS screen shoot dari Facebook Spa Hubbub.
Apapun, entri ini adalah sebuah penghargaan untuk Spa Hubbub, tanda ucapan TERIMA KASIH yang tidak terhingga atas perkhidmatan pelanggan yang cemerlang serta memberikan kelegaan dan terapi diri kepada SS selaku pelanggan Spa Hubbub.

 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Sesuatu untuk dikenangkan. Sesuatu kebaikan harus dibalas dengan kebaikan walaupun hanya sekadar senyuman."




Comments

  1. Ya Allah, sedihnya tutup. Harap akan dibuka semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin... Semoga Allah tunjukan jalan dan permudahkan urusan mereka semua.

      Delete
  2. bestnyaa spaa.. lama tak bermanja diri dgn spa.. hmm covid ni.. mmg byk bisness yg terpaksa ditutup :(

    ReplyDelete
  3. bestnya..dpt urut badan...spa yg bagus, sedih jg terpaksa tutup...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah. yang bagus itu lah akan ingat sampai bila2

      Delete
  4. Aduhai... sayangnya. Terpaksalah cari tempat lain untuk belai dan manjakan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm itu lah. susah nak dapat sekarang. Tapi tak pe, paling penting skrg adalah untuk memerangi virus covid 19 ni...

      Delete
  5. Jaman PKP ni, banyak operasi perniagaan terjejas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah wak. sedih jugak saya tengok orng2 disekeliling saya ni, ramai jugak yang hilang pekerjaan.

      Delete
  6. bisnis yg menjadi mangsa covid moga pintu rezki lain terbuka luas

    ReplyDelete
  7. Sama la saya. Kalau dah selesa dengan 1 1 spa tu, memang akan pergi situ je la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. kalau tukar2 jadi tak best. nak kena sesuaikan keadaan lagi, dengan therapist lagi.

      Delete
  8. Seronok tu dapat berspa memanjakan diri dan melegakan tulang temulang ni. memang postur badan lari bila pkp ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.