Skip to main content

PELEPASAN RENTAS DAERAH UNTUK MAJLIS PERNIKAHAN

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 



Adik aku bakal melangsungkan pernikahan pada Ahad ini. Sebulan dua ni, memang aku resah gelisah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) ini. Bergantung pada keputusan kerajaan sama ada terus PKP atau PKPB (Bersyarat). Waktu pengumuman Pahang dapat PKPB aku salah seorang yang yak yak yeh, yak yak yeh... melonjak kegembiraan. Siap menelefon adik dan keluarga semua. Tup tup, pergerakkan untuk rentas daerah dan negeri tidak dibenarkan. Hancurnya hatiku....



Sedih memang sedih. Down dan stress semua ada. Tapi sampai bila? Tak kan nak mengalah? Berbekalkan sedikit keyakinan, aku pun bincang dengan suami untuk dapatkan surat polis.

Kebetulan dua, tiga hari ni suami kerap pergi balai polis untuk uruskan pelepasan rentas daerah dia. Kebetulan dia bertugas di Kuantan sebagai Lighting Programmer sempena Majlis Pemasyuran Bandaraya Kuantan. Dia punya permohonan, sudah tentu lulus. Cuma untuk tujuan aku yang hanya seorang kakak yang ingin meraikan hari pernikahan adiknya, suami aku sendiri tak yakin. Dia ada bagitau waktu isi permohonan tu, dia ada berborak dengan seorang pakcik yang ingin melangsungkan perkahwinan anaknya di Kuantan. Alasan pakcik tu kuat kerana dia wali. 

Tapi aku tetap tidak patah semangat. Belum cuba, belum tahu. Aku pun minta bukti tarikh nikah daripada adik aku. Makanya, dia pun hantar Borang 5 [Seksyen 26] - Catatan Akad Nikah. Kemudian, muat turun Permit Pergerakkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB). Isi siap-siap, lampirkan surat bukti tarikh nikah tu beserta salinan kad pengenalan. Buat 2 salinan. Oleh kerana alamat dalam kad pengenalan tak sama dengan alamat tempat tinggal terkini, jadi aku dah fotokopi siap-siap bil elektrik rumah. Motifnya tertera alamat tempat tinggal terkini. Buat persiapan awal terhadap sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Siap!
Selebihnya doa, zikir dan selawat semoga Allah bantu permudahkan.

Petang tu juga, aku pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan, hantar borang dan menunggu sehingga nama dipanggil. Petang  tu, agak ramai orang awam yang memohon pelepasan. Tak mengapa. Teruskan bersabar. Di sebalik pelitup muka, teruskan berdoa, zikir dan selawat. Akhirnya nama dipanggil. Maka melangkahlah kaki aku bersama tawakal.

ASP    :    Siapa yang berkahwin ni?
AKU                  :    Adik saya
ASP    :    Adik baru nak kahwin, kakaknya dah kahwin ke?
AKU                  :    Dah
(bukan isu peribadi, dia tanya sebab dalam borang aku mohon pelepasan seorang saja.)
ASP    :    Adik memang tinggal di Kuantan ke? Kamu pula kat sini?
AKU                  :    Ye, adik saya bekerja di Kuantan, saya pula bekerja di Pekan.
ASP    :     Berapa orang akan pergi ke Kuantan?
AKU                  :     Saya seorang. Saya keluarga terdekat adik saya.
                                Keluarga saya berada di Johor tak dapat hadir kerana PKP.
(walaupun semua dah tertulis dalam borang, tapi temuduga 4 biji mata tetap kena buat sebagai prosedur)
ASP    :    Hmmm... kesian juga adik ye, keluarga semua tak dapat hadir.  
                               Nasib baik ada kakak dekat. Ok lah, saya luluskan.
AKU                  :    Terima kasih, tuan.
Suami tanya " lama pula kena interview tadi".
Aku jawab "dah jadi pemohon akhir-akhir, tak stress sangat kot polis-polis tu hari ni.".
Suami jawab "nampak dia macam free sikit petang ni, biasanya borang-borang semua kena hantar kat dia, hari ni baru nampak dia turun interview sendiri"
Aku balas "Lagipun saya tahu, dia tengah menilai kalau-kalau saya menipu dia. Polis kan pandai psyco orang. Gerak geri kita pun dia dah boleh hidu jawapan kita betul ke tak betul."

Syukur Alhamdulillah, tak terkata rasa seronok bergejolak dalam hati. Syukur sangat-sangat. Apa pun perancangan Allah adalah yang terbaik. Saat suami pun tak dapat hadir ke pernikahan adik kerana bertugas, tapi Allah susun, dia bertugas di Kuantan juga. 

Waktu dalam perjalanan ke Kuantan, aku tempuh 1 Sekatan Jalan Raya (SJR) sahaja. Nasib baik satu. Itu pun, dah kena soal jawab 5 minit dgn tuan polis tu. Macam biasa laa tanya, nak ke mana, atas urusan apa. Aku pun jawablah, nak uruskan pernikahan adik. Polis minta surat. Lepas dia tengok surat aku, dia ketawa. Dia tanya "Awak ni buat karangan ke?". 😅. Dia kata tak perlu pun jelaskan panjang lebar macam ni. Cukup sekadar isi 'menguruskan perkahwinan adik'. Hahahaha. Mana laa aku tahu, aku  cuma berusaha gigih nak dapatkan kelulusan pelepasan. Itu pun aku rasa masih tak cukup panjang sebab masih ada tempat kosong. Hehehhe... 

Aku mohon rakan-rakan blogger untuk mendoakan majlis pernikahan adik aku berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Capailah sesuatu bersama semangat dan keyakinan.
Percayalah kepada Allah Yang Sebaik Perancang"



Comments

  1. Alhamdulillah, moga kehadiran SS buatkan adik ceria untuk bernikah.

    ReplyDelete
  2. ALHAMDULILLAH DPT BERSAMA ADIK MERAIKAN HARI BHGIANYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... sebuah pengalaman berharga.

      Delete
  3. Alhamdulillah, nasib baik polis tu baik , dia lepas kan .... take care ya sis :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah. Semoga semua urusan dipermudahkan olehNya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, selesai semuanya. Tq atas doa sis.

      Delete
  5. waahhhhhh moga dipermudahkan segala urusan adik SS :)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah urusan dipermudahkan

    ReplyDelete
  7. wahh sonoknyer nk kawen smpi buat karangan panjang2 tuuh.. 😅😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok. ikotkan nak taip lagi panjang macam dlm entri, tapi nanti tak cukup mukasurat pulak. hehehe

      Delete
  8. mesti dah selesai kan ni....

    ReplyDelete
  9. Mudah-mudahan majlis berjalan lancar. In shaa Allah.
    Saya pun baru nak belajar isi borang rentas daerah sebab peru hadiri mesyuarat rasmi.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah..dapat juga pelepasan walaupun interview macam macam tanyanya. Semoga majlis adik berjalan dengan lancar. Aaminn...

    ReplyDelete
  11. Dapat juga kakak balik untuk menguruskan majlis adik :)

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah.. mudah urusan dengan encik polis..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.