Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2021

PELEPASAN RENTAS DAERAH UNTUK MAJLIS PERNIKAHAN

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Adik aku bakal melangsungkan pernikahan pada Ahad ini. Sebulan dua ni, memang aku resah gelisah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) ini. Bergantung pada keputusan kerajaan sama ada terus PKP atau PKPB (Bersyarat). Waktu pengumuman Pahang dapat PKPB aku salah seorang yang yak yak yeh, yak yak yeh... melonjak kegembiraan. Siap menelefon adik dan keluarga semua. Tup tup, pergerakkan untuk rentas daerah dan negeri tidak dibenarkan. Hancurnya hatiku.... Sedih memang sedih. Down dan stress semua ada. Tapi sampai bila? Tak kan nak mengalah? Berbekalkan sedikit keyakinan, aku pun bincang dengan suami untuk dapatkan surat polis. Kebetulan dua, tiga hari ni suami kerap pergi balai polis untuk uruskan pelepasan rentas daerah dia. Kebetulan dia bertugas di Kuantan sebagai Lighting Programmer sempena Majlis Pemasyuran Bandaraya Kuantan. Dia punya permohonan, sudah tentu lulus. Cuma untuk tujuan aku yang hanya seorang kakak...

TTC's Story #7: Not Very Long Distance Relationship

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  2010 - Aku bertukar tempat kerja jauh dari rumah. Buat pertama kali aku hidup menyewa dengan orang yang aku tak kenal. Mereka satu kampus, cuma lain jabatan. Aku tak pernah masak kat rumah sewa tu. Ye lah, barang orang kan. Dah laa ketua rumah tu garang, tak pernah menegur pun. Bila aku kat ruang tamu nak borak-borak dengan dia, cepat-cepat dia lari masuk bilik. Aku pun tak tahu kenapa. Teman serumah bagitau memang macam tu perangai dia. Terima sajalah. Jadi, aku hanya perlu korbankan cara aku. Tak perlu minta dia ikut cara aku. Cukup sekadar menghormati cara mereka.

TTC'S Story #6 : Supplement

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t. sumber : Google 2013 - Setahun berumahtangga, masih belum ada tanda-tanda hamil. Kemudian, adik ipar waktu tu, memang ada jual supplement (makanan tambahan untuk kesihatan). Termasuklah pakej supplement untuk kesuburan. Sebelum ni aku pernah dah makan supplement tu untuk masalah pencernaan. Orang lain makan elok-elok je lawas. Tapi bila aku makan, sekali dua je ok, lepas tu memang tak ada kesan dah untuk aku walau dah habis sebotol. Tapi untuk kali ni kami cuba lagi jenama yang terkenal ni.  Lagipun nak sokong perniagaan kecil adik ipar ni. Tapi nampaknya masih tiada perubahan. Lagi pun, aku tak boleh nak telan serbuk susu tu. Soya base. Aku memang tak boleh minum soya sejak kecil. Tak tahu nak kata alahan atau tak, setiap kali minum soya, aku mesti akan pening-pening kepala ni walau pun telah dicampur dengan buah, kopi atau coklat. Badan jadi tak selesa. Jadi kalau nak amal balik rasanya tak berapa enjoy dan sedikit stress deng...

Sebuah Penghargaan untuk Hubbub - Spa Muslimah Kuantan

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Pahang dah PKP oiiii.... Teringat waktu PKP Mac tahun lalu, 3 bulan terperap kat rumah seronok tu memang laa seronok sebab SS ni work-a-holic. Memang jarang cuti. Pergi balik kerja pula, memang tak jumpa matahari. Sampai pejabat jam 8.00 pagi, balik rumah kadang-kadang 2.00pagi. Kadang-kadang laa.... Sekali dua je pernah balik 5.00pagi. Dan pernah 2 kali tidur kat pejabat. heheheh... melampaukan. Tapi itulah, biasanya kerja-kerja adhoc je jadi macam tu. Jadi, waktu PKP tu memang terperap betul kat rumah. Tak berani nak keluar pergi mana-mana. Terbayang kat luar rumah tu, zombi berkeliaran merata-rata. Ok, ini pengaruh filem. 3 bulan di rumah menyebabkan postur badan jadi tak betul. Paling ketara adalah sakit pinggang. Di rumah pun seharian mengadap laptop. Waktu PKP tu SS kat rumah mertua, tak ada tempat yang proper untuk Work From Home (WFH). Jadi, mengadap laptop sekejap kat meja makan, sekejap kat coffee table depan T...

CARLOS

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum ... Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dimanfaatkan dengan salah satu aktiviti terapi SS iaitu membaca novel. Bila Carlos dah sampai di tangan, hati melonjak penuh keterujaan.  Sebelum membaca karya Ramle Awang Murshid (RAM), minda, hati dan jiwa SS perlu berada dalam keadaan bersedia. Setiap karya beliau menguji minda. Apa pula kejutan dalam Carlos kali ini?. Carlos, Sebuah cerita yang menguji fokus dan mencabar minda. Sebuah karya yang seakan wujud di alam nyata. Sebuah kenangan yang kembali menggamit perasaan. Sebuah perjalanan yang menyorong jiwaku bersamanya. Fokus - Tanpa fokus, kita mungkin tidak dapat memahami perjalanan Carlos. Baca tak boleh skip-skip. Kaedah penyampaiannya mampu manipulasi psikologi dan minda. Realiti - Carlos hanya bacaan fiksyen. Tapi olahannya membuatkan setiap situasi bagai berlaku disekeliling kita. Bahkan seperti membawa kita ke dalam setiap watak. Kenangan - Watak Carlos terkait dengan ...

SSn1