Skip to main content

Mee Bandung di Ulangtahun Kelahiran

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 


Dalam kesibukan menguruskan tugasan-tugasan sempena PKPB ni sambil berwaspada menghadapi tempat-tempat berhampiran yang dilanda banjir, sempat juga SS luangkan masa untuk suami SS sempena ulangtahun kelahirannya yang ke-38 tahun.

Selama hampir 9 tahun menjadi isteri, alhamdulillah SS masih punya kesempatan untuk meraikan ulangtahun kelahirannya. SS memang akan sedaya upaya meraikan sebagai tanda sebuah penghargaan kehadirannya dalam hidupnya SS. Cuma kali ni, untuk pertama kali kami sambut berdua. Saban tahun kami akan meraikan bersama keluarga mertua sebab tinggal sebumbung. Kali ni terasa sayu juga bila sambut berdua sahaja. Lagipun simptom tengah-tengah bulan ni kurang memberangsangkan. Kami kena banyak berjimat untuk memenuhi keperluan rumah dan rawatan untuk TTC.

Jadi, SS kali ni, memang sengaja tak wish awal-awal kat suami. Pura-pura sibuk dan lupa. Tambahan pula sehari sebelum tu, SS diserang migrane di pejabat sehingga esok hari. Alhamdulillah migrane kali ni sehari sahaja. Maka, semalaman juga laa suami SS menjaga SS. Alhamdulillah.

Balik kerja semalam sempat SS pergi beli barang masak dan beli kek potong. Memang bercadang nak buat Mee Bandung. Rupanya banyak pasaraya dah tak banyak barang. SS keliru, jarang berlaku macam ni. Barang SS sebakul ni pun tak penuh sebab SS hanya beli barang tertentu sahaja. Tapi orang agak ramai dipasarraya. Troli pun sampai habis. SS pelik. Dorang ni panic buying ke? Padahal Pahang PKPB je... 

Jadi, sempat laa SS balik rumah masakkan Mee Bandung untuk suami. Ini kali kedua SS buat mee bandung. Kali pertama buat, suami suka dan dia minta buatkan lagi. Dikesempatan inilah SS merealisasikan keinginannya. Isteri mana tak gembira kalau suami suka masakkanya kan kan kaaannn....

Kek potong memang tersedia dalam peti. Nanti dia buka peti ais tu, taraaaaa...... hehehe begitulah alkisahnya.




Oreo Cheese, Chocolate Brulee & Salted Caramel Macadamia Cheese

SS ni bukan proper sangat bab masak. Biasa  main campak-campak je. Masak pun masih belajar-belajar. Jadi menu kali ini pun main campak-campak. Janji cepat masak. Hehehhee...

Bahan-Bahan Mee Bandung
1. Cili kering segenggam
2. Bawang merah 5 biji
3. Bawang putih 5 ulas
(cili kering, bawang merah & bawang putih dikisar sekaligus)
4. Udang kering segenggam dikisar
5. Kacang tanah (siang disangai dan dikisar)
6. Sawi kecil 3 pokok,
7. Udang 10 ekor
8. Sotong 2 ekor
9. Telur ayam 3 biji
10. Gula
11. Garam
12. Kiub pati ayam Maggie
13. Mee kuning
14.  Minyak
15. Air rebusan kepala & kulit udang -2 cawan
16. Kicap manis 1 sudu
17. Sos tomato 1 sudu


Cara Penyediaan.
1. Masukkan minyak masak 1 senduk sehingga panas.
2. Masukkan bahan kisar (cili+bawang) sehingga pecah minyak supaya cili masak sepenuhnya.
3. Masukkan udang kering dan gaul sampai naik bau.
4. Masukkan kacang kisar, air rebusan udang sampai menggelegak.
5. Masukkan batang sawi dan biarkan seketika.
**boleh tambah air jika nampak terlalu pekat
6. Masukkan sotong dan udang dan biarkan seketika.
7. Perasakan dengan kiub pati ayam Maggie, kicap, sos tomato, gula dan garam secukup rasa.
8. Masukkan daun sawi sehingga layu.
9. Pecahkan telur ayam sebiji demi sebiji dan terus tutup api dan tutup periuk dalam 5 ke 10  minit.
10. Sajikan bersama hirisan cili besar, tauhu goreng, limau kasturi dan bawang goreng sebagai pelengkap rasa.
Dah siaaapp!!!


Mak mertua  yang cadangkan guna Gardenia ni. Sangat mudah dan tak rasa kapur.
Tapi mee ni kalau buat goreng, akan jadi merah. Kenapa ek??

Udang kering, ambil segenggam dibasuh bersih-bersih
dan dikisar.

Kacang tanah yang disangai dan dikisar tu memang dah ada stok. Jadi mudah kerja.
Sangai (goreng tanpa minyak) sangat memakan masa yang lama.
Nak  mudah, cari je yang dah siap paket.
Sawi diasingkan batang dan daun.


Udang dibersihkan, sotong dipotong bulat, telur ayam dibasuh.



Bahan hiasan dan pelengkap rasa.

Nota : Sebenarnya mee bandung ni lebih sedap kalau guna  air rebusan daging dan daging sendiri sebagai isinya. Bertambah manis. Tapi sebab udang & sotong je yang SS ade, guna aje lah. 


Siap dicampak-campakkan saja...






 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Berada di sisi suami itu lebih daripada cukup dari segala yang ada dan 
doa yang terus mengalir deras itu adalah bibit kasih sayang yang menyuburkan."


Comments

  1. Itulah masak campak pun kalau suami suka tidak mengapa.
    Wah nama kek canggih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kek beli kt Secret Recepi je... sekali setahun je nak beli pun. heheheh dah makin berumur ni, kurang sgt nak makan kek2 ni kecuali teringin., hehe

      Delete
  2. menu istimewa dari seorang isteri.. alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... semangat tu kena ada nak masak utk suami.

      Delete
  3. SANAH HELWAH HUBBY SSWAH SEDAPNYA MI REBUS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukran Jazilan kak paridah ishak... errr.. tu mee bandung. ehhehe

      Delete
  4. lama tk mkn mee bandung..masak2 sdiri utk birthday husband pasti lebih berselera kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la buat jugak.. masak sendiri, mewah bahan2.. tak berkira. hehehe

      Delete
  5. quote last skali tu, wahhh romantic betul tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kasi chan. heheh sekali sekala ayat2 cinta githhewww

      Delete
  6. Sedapnya mee bandung. Tak pandai nak buat sendiri lagi. Dapat buat yang sedap, bila teringin boleh makan. Celebrata birthday berdua pun tetap meriah gitu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa boleh laa try buat. saya pun x pandai. Ni kali kedua. Kena praktice banyak kali lagi ni. Hehehe

      Delete
    2. Baik, ada masa dan kerajinan boleh cuba nanti :)

      Delete
  7. wah! penerangan yg lengkap beserta gambar amat memudahkan para isteri untuk mencuba resepi ini di rumah. Selamat hari lahir kpd encik suami juga. Semoga cepat2 dapat baby. Aamiin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin.. Terima kasih abam kie atas doa... itu lah. kot2 boleh jadikan panduan pada siapa2 yang nak try masak cara mudah. hehehe

      Delete
  8. Pandai SS buat mee bandung. Nampak sedap. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru belajar2 jugak ni... 2 kali dah buat...

      Delete
  9. Happy belated birthday SS.
    Sedap betul tengok mee bandung tu. Kak Amie cukup suka hirup kuahnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pandai buat, mmg berhirup laa kuahnya kak amie.. hehehe

      Delete
  10. sedapnya mee bandung.. kite tak reti masak hehe selalu makan luar je :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. SS dulu tak reti masak jugak. tapi skrg belajar2.

      Delete
  11. Salam .. sedapnya mee bandung. Untung la panai masak mee bandung hehe .. kakya singgah dan follow sini. #559

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam. Baru2 belajar la kakya. Terima kasis kakya. free2 nanti SS terjah blog kakya pulak ye.

      Delete
  12. wak pon sukak mee bandung.. fapi tular kadang susah nk cari yg btol2 kaw.. 😅😅😅

    ReplyDelete
  13. Sedapnya mee bandung.. hari tu ada member balik dr johor bg pes mee bandung tp x buat lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa..SS pun mencari jugak pes mee bandung muar ni.. tak dapat2 lagi. nak rasa jugak.

      Delete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. kenapalaaa sy baca entry ni time tgh lapar...

    ReplyDelete
  16. sedapnya..banyak bahan2..sukaa..

    ReplyDelete
  17. First time tau kewujudan mee Gardenia tu. selalu guna yg besa ja

    ReplyDelete
  18. teringat mee bandung masakan mak. nampaknya nk makan kena tunggu pkp habis.
    buat sendiri lebih sedap dan jimat. selamat ulang tahun. semoga kekal ke jannah

    ReplyDelete
  19. Nampak bahan² mudah. Nanti nak try la..nampak sedap sungguh laaaaa..hehhe

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.