Skip to main content

Kambing Mengembek Di Subuh Hari

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 

Kawasan rumah SS ni luar bandar. Jadi, lembu, kambing, kerbau, babi hutan, biawak itu memang hiburan jalanan. Selepas Suboh, terdengar bunyi kambing mengembek dari luar rumah. Lain macam je bunyi. Ni mesti jatuh dalam longkang. Memang dah biasa kambing jatuh dalam longkang depan rumah ni. Susah hati juga SS sebab SS tak mampu nak tolong. Tapi biasanya memang ada je orang yang akan tolong keluarkan kambing tu.

Tapi makin lama makin panjang pula suara kambing ni. SS mampu berdoa supaya Allah selamatkan kambing tu. Biasanya tak lemas pun, sebab longkang tak ada air sangat. Kambing ni biasalah, dia panik jatuh longkang, menjerit laa minta tolong, tak boleh nak panjat keluar laa tu.

Sebelum pergi kerja, SS buka pintu nampak ade anak kambing, comelnya lahaiiii duduk diam je depan pintu pagar. Suara kambing mengembek-ngembek tu tak dengar dah. SS pun sambung laa buat kerja-kerja rumah. Bila mengadap pintu tu, nampak anak kambing comel tu masih terduduk. Lama pula dia kat situ. Tak apa lah. SS sambung bersiap pula. Keluar dari rumah, nak panaskan enjin kereta SS menjenguk luar pintu pagar nak tengok anak kambing comel kenapa tak bangun-bangun, lama betul dia duduknya.

Rupa-rupanya, bunyi mengembek kuat Suboh hari tu adalah bunyi kambing beranak. Beranak depan pintu pagar rumah SS ni haaa.... Ya Allah, Ya Robii, Yaa Kariiimmm.... First time ni, terjadi dalam hidup SS. Dah tak sabar sangat dah tu nak keluar agaknya, sampai depan rumah pun boleh ye... hehehhee.

Agaknya anak kambing ketakutan nampak SS menjenguk dia. Dia bangun berdiri dan jatuh, jalan dan jatuh, kaki masih lemah. Syukur juga Allah gerakkan dia, dapatlah SS buka pintu pagar tak kena dia. Comel sungguh anak kambing.

Dua ekor anak kambing dilahirkan depan pintu pagar rumah.
Ntah laa jantan ke betina.

Baru perasan ada tembuni. Haiiihh, kena alih ni. 
Dibiarkan nanti, ada haiwan lain pula yang bedal depan rumah.
Si ibu sibuk membersihkan anaknya.

Baru nampak tembuni kedua nun di sana.


Kemudian, si ibu mengais-kais tanah. "Eh, dia nak tanam tembuni sendiri ke?" persoal SS dalam hati. Kagum betul kalau kambing boleh tanam tembuni sendiri. Tapi tak mustahil kan? Mana lah tahuu... Rupanya si ibu kambing mengais tanah dan merebahkan badannya. Agaknya nak panaskan badan. Makanya tembuni-tembuni itu ditanam suami SS di seberang jalan sana.


 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Allah memberikan suatu nikmat untuk kita berfikir dan mensyukuri."


Comments

  1. Replies
    1. Rezeki jugak dapat tengok anak kambing baru bertaktih. heheh

      Delete
  2. Tu dia.. Dia beranak depan rumah.. Hehehe..

    ReplyDelete
  3. nmpk tajuk td...ingtkn mkn menu kambing subuh2 hehe..rupanya cite psl kambing btul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa.. puas fikir nak buat tajuk apa. hehehe

      Delete
  4. tak pernah tgk..kambing beranak. nasib baik selamat semuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah. nasib baik selamat semuanya. kalau terlekat, haru jadinya.

      Delete
  5. Kambing pun kak nina tak pernah tengok. Bestnya ada kampung halaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sejak tinggal area kg ni, haiwan2 ni jadi terapi dah.. ptg2 gaduh dengan depa sama2 nak balik . hahahha

      Delete
  6. kambing tak mandi pon mahal harganye sekilo.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish.... kalau daging kambing, kalah semua lauk pauk.

      Delete
  7. X larat lg dah tu... kesian dia pandai beranak pandai tanam uri sendiri.. independent rupanya kambing ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr.... dia tak tanam uri sendiri.. dia pandai kais tanah je.

      Delete
  8. Ohh kambing beranak rupanya. syukur selamat. Comel anak kambing tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak kambing mmg comel... pernah jugak terfikir nak bela anak kambing.. tapi memandangkan kelincahan dan kedegilan dia boleh tahan jugak... so angan2 je lah.

      Delete
    2. Bab lincah tu pernah tengok gak kambing pakcik. Tak terkawal lincah dia..hihi

      Delete
  9. Mengembek panjang rupanya mahu beranak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, betul.. panjang betul dia mengembek Suboh hari

      Delete
  10. Mana la tuan kambing nya... merata je kambing dia tak baik betul... asal boleh je mak kambing tu beranak ye ehheheh... dulu pernah nampak lembu beranak, jakun nengok lepas beranak terus boleh jalan anak lembunya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah... kawasan kg kebanyakkan macam tu lah. bebas lepas haiwan ternakan. kalau mati kena langgar pun orang tak tuntut.. tapi kalau orang nak beli, semua ngaku kambing dia. hehehhe aah.. memang jakun, tu lah... depa baru keluaq terus boleh jalan. kagum dgn kuasa Allah kan.

      Delete
  11. ala comel je kambing tu, nasib tak keluar masa dia meneran tu kalau tak ngeri gak jadi saksi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha.. betoi betoi... ngeri jgk tu.. campur neves apa semua mesti ada. hehehhe

      Delete
  12. Replies
    1. Tak tau laa kak paridah. Kambing tak ada tagging.

      Delete
  13. rezeki betul SS, bukan semua orang dapat tengok kejadian tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun rasa mcm tu... dan buat saya kagum dengan ciptaan Allah.

      Delete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. selalu kucing beranak je nampak he hee kambing blm penah lg
    pengalaman kan. apapun alhamdulillah selamat dah bbynya keluar

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah.. sbb rare jadi kena laa up story eheh

      Delete
  16. Replies
    1. aah boleh kan... sbb dia beranak depan rumah kita je kan... bukan dlm kandang tuan dia kan? hehehhe

      Delete
  17. pengalaman tgk lembu lahir depan rumah.. huaaaa tapi alhamdulillah... selamat

    ReplyDelete
  18. Depan rumah SS dia beranak ye.. patutlah meriah benar bunyinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.. betul2 depan gate rumah. heheh cuma tak sempat tengok e masa dia beranak tu. hehe

      Delete
  19. Subhanallah..sudah takdir, dapat tengok live..hari ni dalam sejarah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. saya kagum sgt dgn rezeki yang Allah bagi depan mata mcm ni.

      Delete
  20. mak kambing tu kena pakai bengkung lps ni, dah mengelebar 😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha.... baru lepas beranak... lepas menyusu kang, boleh laa kemas2 ngan bengkung. jaga body bak hang. hehehehhe

      Delete
  21. Alhamdulillah selamat beranaknya.. Pengalaman kan

    ReplyDelete
  22. alhamdulillah selamat beranak.. baru tgk uri kambing. lebih kurang mcm manusia juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun first time tengok. aah. mcm manusia juga.

      Delete
  23. kambing sape tu x de owner ke. sian plak.. bela lepas macam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm mustahil tak de owner. cuma kawasan ni, jenis haiwan ternakan tidak berkandang... tag pun tak de kat haiwan2 ni.

      Delete
  24. halahhhh comel,rindu kmbing masa kecik2 siap susukan dgn susu botol hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah.. pengalaman berharga tu... kambing kalau yang kecik2 tu mmg comel.. rasa nak bela je. hehe

      Delete
  25. Kesian pula beranak macam tu je depan pagar. Harapnya anak kambing tu dapat survive..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lumrah dorang begitu kot. Kita tengok mmg kesian.. tapi itulah. hehehhe

      Delete
  26. Alahaii comel nya anak kambing tu..

    ReplyDelete
  27. Subhanallah..kagum dengan haiwan. Boleh beranak macam tu je dan dah terus boleh buat aktiviti macam biasa. Manusia kalau beranak, wajib berpantang..kalau tak, longlai badan..

    ReplyDelete
  28. Tak terfikir pulak haiwan pun beranak ada tembuninya. Teruknya saya hehehee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun lepas tengok ni baru perasan dia pun ade tembuni.

      Delete
  29. Biasanya ibu kambing akan memakan tembuni untuk mengelakkan kehadiran haiwan liar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wak memang lebih arif bab ni. Terima kasih utk share ni Wak. baru saya tahu ibu kambing akan makan tembuni tu. Tapi yang kat pagar rumah saya ni, ibu kambing tu tinggal je sampai ke malam. hehehe

      Delete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.