Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2021

Kambing Mengembek Di Subuh Hari

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Kawasan rumah SS ni luar bandar. Jadi, lembu, kambing, kerbau, babi hutan, biawak itu memang hiburan jalanan. Selepas Suboh, terdengar bunyi kambing mengembek dari luar rumah. Lain macam je bunyi. Ni mesti jatuh dalam longkang. Memang dah biasa kambing jatuh dalam longkang depan rumah ni. Susah hati juga SS sebab SS tak mampu nak tolong. Tapi biasanya memang ada je orang yang akan tolong keluarkan kambing tu. Tapi makin lama makin panjang pula suara kambing ni. SS mampu berdoa supaya Allah selamatkan kambing tu. Biasanya tak lemas pun, sebab longkang tak ada air sangat. Kambing ni biasalah, dia panik jatuh longkang, menjerit laa minta tolong, tak boleh nak panjat keluar laa tu. Sebelum pergi kerja, SS buka pintu nampak ade anak kambing, comelnya lahaiiii duduk diam je depan pintu pagar. Suara kambing mengembek-ngembek tu tak dengar dah. SS pun sambung laa buat kerja-kerja rumah. Bila mengadap pintu tu, nampak anak kambing ...

Mee Bandung di Ulangtahun Kelahiran

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Dalam kesibukan menguruskan tugasan-tugasan sempena PKPB ni sambil berwaspada menghadapi tempat-tempat berhampiran yang dilanda banjir, sempat juga SS luangkan masa untuk suami SS sempena ulangtahun kelahirannya yang ke-38 tahun. Selama hampir 9 tahun menjadi isteri, alhamdulillah SS masih punya kesempatan untuk meraikan ulangtahun kelahirannya. SS memang akan sedaya upaya meraikan sebagai tanda sebuah penghargaan kehadirannya dalam hidupnya SS. Cuma kali ni, untuk pertama kali kami sambut berdua. Saban tahun kami akan meraikan bersama keluarga mertua sebab tinggal sebumbung. Kali ni terasa sayu juga bila sambut berdua sahaja. Lagipun simptom tengah-tengah bulan ni kurang memberangsangkan. Kami kena banyak berjimat untuk memenuhi keperluan rumah dan rawatan untuk TTC.

Satu Perjalanan Yang Panjang

Bismillahirahmanirrahim  Assalamualaikum w.b.t......  Apa khabar semua rakan-rakan blogger SS? Macam mana situasi Covid-19 dan banjir di tempat anda? SS cuma nak kongsi cerita dan pengalaman  SS baru-baru ni. SS mula bercuti pada 30 Disember 2020 hingga 3 Januari 2021. 5 hari je cuti.  SS ambil cuti sempena adik ipar SS yang ke-4 nak kahwin pada 1 Januari 2021. Al-kisahnya bermula pada 30 Disember 2020 pada hari Rabu lepas. Majlis sepatutnya berlangsung di rumah mertua telah ditukar ke rumah adik ipar SS disebabkan banjir di rumah mertua. Jadi kami semua mula bergotong-royong mengemas rumah adik ipar.  31 DISEMBER 2020 - MALAM BERINAI Dimusim Covid-19 ni kami tak menggalakkan ramai sedara-mara untuk datang membantu. Jadi yang banyak menguruskan semua adalah ayah mertua, bakal pengantin, Adik ipar ke-2 bersama suami & anak-anak sahaja. Suami SS pula tak dapat cuti hari ni. Pulangnya jam 2,3 pagi juga. Ibu mertua SS hilang kudrat sikit disebabkan baru-baru ni,...

SSn1