Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t......
Pagi-pagi hari Isnin ni ambil mood dulu sebelum masuk kerja. Tadi pagi, SS parking kereta sebelah kereta kawan. Nampak kawan masih ada dalam kereta sedang memerhatikan telefon pintarnya sambil tersenyum-senyum. Nampak jari telunjuknya ke atas, ke bawah, ke atas, ke bawah menyentuh telefon. SS keluar dari kereta dan mengetuk pintu kereta dia. "Jom! jom!" SS mengajak kawan masuk pejabat. Sambil tersenyum dia jawab "tengah me time ni." Sepanjang langkah kaki menuju pejabat, SS senyum-senyum fikirkan sesuatu. Ibu & me time. Sebagai wanita, SS yakin me time itu sangatlah penting demi mengimbangi emosi seorang wanita.
Kawan yang SS tegur tadi tu, dia merupakan ibu kepada 3 orang cahaya mata. 2 perempuan dan seorang lelaki. Katanya dua kelahiran sebelum ni melalui pembedahan. Jadi, doktor sarankan dia untuk last pregnant. Jadi, dia memang gigih untuk dapatkan anak lelaki. Seingat SS dia banyak makan kacang. Kemudian, lepas anaknya lahir, dugaan besar untuk dia adalah anaknya kena Eczema. Tahun depan dah 1 tahun. Dia banyak kongsi luahan hati dan perasaan dia, share tips, share story dengan SS pasal kehidupannya dengan anak eczema. Sedikit sebanyak SS belajar dari pengalaman kawan-kawan. Jadi sebab tu SS suka je tengok dia me time. Masuk pejabat dah mengadap kerja-kerja. Waktu rehat dia akan tidur sekejap. Dan balik on time. Jadi sementara kelapangan masa yang ada tanpa anak-anak itulah me time untuk dia. SS akan sentiasa sokong emosi seorang ibu. Menjadi pendengar setia juga sudah memadai. SS faham.
Syukur tempat kerja SS beri kemudahan Bekerja Dari Rumah (BDR) / Work From Home (WFH) ataupun pilihan untuk Flexi Hour (5 Jam di pejabat, selebihnya dari rumah). Kemudahan ini dilaksanakan sewaktu Pahang bebas kes lagi. SS ambil waktu bekerja fleksi. Nasib baik kemudahan ini terpakai untuk semua staff. Jadi SS tak terkecuali untuk gunakan kemudahan yang ada. Ramai kawan-kawan SS ambil BDR sebab sekolah tak buka, jadi kawan-kawan SS perlu mengadakan homeschool untuk anak-anak mereka.
Tapi lain hal dengan seorang kawan SS ni. Ibu anak 4. Sulung lelaki yang lain-lain perempuan. Tiap-tiap hari bercerita pasal anak-anak dia. Jarak umur setiap anak setahun - dua tahun sahaja kecuali si abang jaraknya agak jauh dari yang kedua. Si abang dah darjah 4. Alhamdulillah anak sulong yang boleh diharap. Dia tak ambil BDR sebab dia selalu stress kat rumah. Dia pula ada darah tinggi. Jadi bila anak-anak bergaduh jadi kawan SS akan jadi overstress. Tambahan pula SS rasa kawan SS ni ada OCD (Obsessive Compulsive Disorder) tapi masih dalam kawalan. SS pun ada juga penyakit tu sikit. Sikit la. Jadi, amatlah penting untuk keberadaan kawan SS anak 4 ini dipejabat supaya fikirkannya tidak terfokus kepada tugasan di rumah. Kawan SS ni penyayang dengan anak-anak. Dia akan bangun seawal 4.30pagi untuk uruskan rumahtangga dan anak-anak sebelum pergi pejabat. Syukur kerana punya suami yang sangat membantu kawan SS ni dalam menguruskan anak-anak. Jadi, setiap hari dia akan masuk pejabat jam 7.30 pagi dan pulang jam 12.30 sambung BDR. Dalam urusan rumahtangganya dia sangat komited. Di pejabat pun dia sangat komited. Sebab itu, dia perlukan me time ketika di pejabat untuk charge semula segala tenaga sebelum berhadapan dengan urusan rumahtangga pula. Waktu tengah menaip entri ini, tiba-tiba dia bersuara "rasanya rumah saya dah jadi rakit ni". Kami sama-sama ketawa. Maksudnya anak-anak kat rumah tu dah buat macam-macam kreativiti dah.
SS masih menunggu keajaiban cahaya mata dari Allah selama hampir 9 tahun perkahwinan ini. Jadi, SS tak tahu macam mana rasanya menjadi ibu, membesarkan anak-anak, mengadap karenah anak-anak, mengajar disiplin, membentuk, mencorakkan anak-anak. SS belum ada pengalaman itu sendiri. Tapi apa yang berlaku di sekeliling SS membuatkan SS terfikir betapa beruntungnya keadaan SS sekarang ini yang masih fasa bulan madu bersama suami. Tapi ikhtiar zuriat masih diteruskan ya, kawan-kawan. Doakan untuk SS juga ya.
Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
didoakan hasratnya terkabul amiin
ReplyDeleteAminn.. terima kasih kak paridah
DeleteSemoga Allah kabulkan permintaan SS. Take care
ReplyDeleteAmiin.. Terima kasih CikPya
Deletebila anak2 masih kecil susah juga nak cari masa me time ni SS dari pengalaman kak ana sendiri lah, tapi bila anak2 dah dewasa ni selalu sahaja ada masa untuk me time bersama kawan2 atau dating bersama suami berdua, apapun semga impian SS akan terlaksana, aamiin
ReplyDeleteAmiinn.. terima kasih kak ana. jadinya bersusah payah dulu laa membesarkan anak2, kelak nanti dorang menjadi teman kita pulak kan. seronoknyaa....
DeleteAamiin. Moga ada detik yang paling tepat Allah SWT kurniakan zuriat kepada SS.
ReplyDeleteAmiinn.. Terima kasih PC. Semoga Allah makbulkan.
DeleteinsyaAllah aamiin smoga ss dikurniakan zuriat x lama lagi..yahh..me time mmg penting utk setiap org utk rehat sebentar dgn diri sendiri
ReplyDeleteAmiinn.. Terima kasih atas doa. Me time memang penting untuk sesiapa sahaja kan.
DeleteInsya Allah harap diberikan cahaya mata.
ReplyDeleteAminn... Terima kasih.
Deletejangan putus berdoa. InsyaAllah semoga dikurniakan cahaya mata kelak.
ReplyDeleteAaminnn....
Amiin.. In shaa Allah, semoga terus istiqomah dan bersemangat!
DeleteMudah-mudahan suatu hari nanti terkabul harapan untuk menimang cahaya mata. Teruskan usaha dan berdoa. Mudah-mudahan Dia akan menjawabnya.
ReplyDeleteAmiinn Yaa Rabb. Terima kasih kak amie atas doa.
DeleteAmin amin !!!!! teruskan berdoa dan usaha.. insyaAllah.. ada rezekinya
ReplyDeletein shaa Allah amiinn.... baca komen ni pun terus buat SS rasa semangat! yeaahh!!!
Deletebetul tu me time memang perlu ada buat kita suri rumah lagi yang ada anak. Cumanya nasibla kita ini kerja jadi adalah masa untuk me time di pejabat dari penat di rumah urus anak. Akak yang cuma ada seorang anak ni pun kadang lebih suka kerja di pejabat dari BDR.
ReplyDeleteInsyallah moga satu hari nanti SS di kurniakan cahaya mata yang comel, insyallah selagi kita tak berhenti berusaha dan berdoa
Amiinn... Terima kasih kak sudi share pengalaman. Allah memang akan bagi yang terbaik utk kita kan.
DeleteInsyaallah semoga dikurniakan cahaya mata. Jangan putus asa dan jangan berhenti berdoa k. Allah lebih tahu waktu yang tepat untuk sesuatu kejadian. Moga terus sabar. Jaga diri. =)
ReplyDeleteTerima kasih. Saya akan ingat pesanan ni... tanam dalam hati.. dan saya percaya Allah telah merencana yang terbaik utk saya. =D
DeleteSetuju sangat 'Me Time' memang penting untuk seorang yang bergelar ibu.
ReplyDeleteLayan blog ni pun kira me time jugak kan... hehehe
Deletesemoga dipermudahkan. aminnn
ReplyDeleteamiinn. terima kasih.
Deleteooh psl zuriat tu wak teringt ada kisah benar., minta maaf dulu ye.,
ReplyDeletesbb dulu ada 2 pasangan ni berkahwin bertahun2 xde anak, pastu mereka bercerai dan kawin dgn pasangan yg satu lagi., tiba2 mereka pon dpt zuriat juga., wallahu., ;p
AAh.. saya pun ade dengar kaedah macam ni jugak.. ehhehe
DeleteAssalammualaikum
ReplyDeletesmoga Allah mberikan yang terbaik utk SS.. yakin dgn Allah ye. InsyaAllah pkra yg baik akan dtg bila tepat pd masanya. Allah lebih tahu. jgn bhnti berdoa dan ptus asa tau ^_^ #Allahsayangawak
Waalaikummussalam. Terima kasih yaya utk kata2 penyuntik semangat ni. Saya akan ingat pesanan ni. Dan saya pun percaya begitu.
DeleteInsyaAllah.. ada rezeki nanti :)
ReplyDeleteamiinn.. Terima kasih Nard
DeleteMoga kita berpeluang jd ibu bapa yg penyayang 😊
ReplyDeleteAmiin Yaa Mujib.
DeleteSaya pun masih belum ada pengalaman. Sama sama kita doa dan usaha semoga ada rezeki untuk kita. Aaminn..
ReplyDeleteada kalanya memang perlu ada me time ni
Allah sedang merencanakan yang terbaik utk kita. Happy Me Time!
DeleteInsya Allah SS.. ada rezekinya nanti... banyakkan doa ye
ReplyDelete