Skip to main content

Very Simple Buttermilk Chicken

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 

Rasa seronok sebab hujung minggu kali ni, tak perlu kerja. Makanya boleh la berehat kat rumah. Tanya suami, nak menu apa hari ni. Katanya 'Buttermilk Chicken'. Memandangkan hujung-hujung gaji ni, menu buttermilk chicken tak jadi masalah. Kos bawah RM60.00 sahaja untuk kami berdua. Sekali masak, lunch sampai ke malam lauk yang sama. Suami pun tak cerewet makan. Alhamdulillah. Cuma kali ni, kami bercadang nak bagi lauk kat jiran sebelah. Jadi, belilah lebih sikit bahan-bahannya.

Sebenarnya bab nak bagi orang makan ni, aku tak berapa nak yakin. Risau tak kena selera orang. Aku kalau masak,aku lebih selesa tawar-tawar sahaja. Tapi memandangkan suami aku selalu jadi QC (Quality Control) untuk masakan aku, aku kira selamatlah. Sebab dia yang akan komen apa patut aku tambah, apa patut kurang. Hehehhee... 
Tapi resepi very simple buttermilk chicken kali ni menjadi. Suami komen sedap. Makanya legalah hati hamba untuk bagi orang makan. Fuuuhhh... 

Tadaaaaa... Very Simple Buttermilk Chicken Without Filter. 


Bahan-bahannya adalah :
1. Fillet ayam 400g 
2. Dada ayam 500g 
3. Tepung Bestari Pedas
4. Bawang putih 5 ulas
5. Cili padi 7 tangkai 
6. Daun kari 2 tangkai
7. Susu Full Cream
8. Cooking Cream
9. Cheesedale
10.Butter
11. Cili besar 

Cara Penyediaannya :
1. Fillet & dada ayam dipotong dadu. 
2. Perap bersama tepung Bestari pedas. 
-aku guna separuh je tepung untuk perapan, separuh lagi aku akan guna sebelum menggoreng ayam yang diperap. Sementara ayam perap, Aku sempat laa potong-potong bawang, cili, dan siapkan bahan-bahan lain termasuk menanak nasi.
3. Panaskan minyak dalam periuk. Salutkan ayam yang diperap ke dalam separuh lagi tepung Bestari, dan terus masukkan dalam minyak yang telah panas. Sedia untuk menggoreng ke semua ayam yang telah dipotong dadu. Angkat dan toskan.
4. Dalam kuali lain, panasnya butter.
5. Masukkan bawang putih yang telah dihiris dan ditumbuk lumat.
6. Masukkan cili padi. 
7. Masukkan daun kari. Tumis (No.5,6,7) sehingga naik bau.
8. Masukkan susu full cream dan kacau sehingga hampir gelegak.
9. Masukkan krim masakan (cooking cream) dan kacau sehingga sebati.
10. Masukkan 5 keping cheesdale dan kacau sebati.
11. Tuangkan ayam salut tepung ke dalam kuali.
~ Jika kuah kelihatan pucat, masukkan sedikit serbuk kunyit.
12. Dah siap masak, taburkan dengan hirisan lada besar.
Siap untuk dihidangkan.


Bahagian dada ayam dan fillet ayam yang telah dibersihkan dan dipotong dadu.
Aku suka dua jenis ini supaya waktu makan nanti tak terasa muak sangat.
Biasanya dada ayam cepat kenyang.

Inilah dia tepung untuk salutan ayam jenama Bestari.
Famous tepung ayam goreng ni. Aku pilih yang pedas. 
Tak puas kalau makanan tak pedas. 
Lagipun guna tepung ni, tak perlu kita tambah garam dah dalam masakan.

Inilah rupanya setelah digoreng.

Inilah kombilasinya. Selesai part one.

Butter yang selalu menjadi pilihan.


Kombilasi untuk menumis

Susu penuh krim adalah pilihan terbaik untuk resepi ini.

Ini first time aku guna cooking cream untuk masakan. 
Ternyata, rasanya lebih sedap. Mungkin ini salah satu tipsnya.

Beli cheese yang paling sikit dan campak kesemuanya dalam kuali.
Simple bukan?



 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Manfaatkan masa bersama orang yang tersayang diwaktu makan terutamanya adalah 
suatu suasana yang sangat membahagiakan."


Comments

  1. sedapnya sediakan bahan saja ya

    ReplyDelete
  2. Sedapnya ayam buttermilk..ada cheese mmg bertambah nasi mkn ni 😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lagi cikgu, tunjukkan skill memasak cikgu.. Senang je ni.... hehehe

      Delete
  3. tengok pun terliur, saya pernah cuba buat dulu tapi tak jadi..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try guna resepi saya. mana tahu menjadi... tiap2 hari nak makan buttermilk chicken nanti. hehehe

      Delete
  4. x prnh try lg resipi ni. tp kwn sy suka masak ni. sy tukang mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling best kalau dapat jadi tukang makan je... ehehhe

      Delete
  5. Replies
    1. Alhamdulillah, licin hingga menjilat jari. heheh

      Delete
  6. sedapnya..goreng2 memang sedap guna brand bestari

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... saya pun memang tak cari lain dah. Senang kerja dgn brand bestari.

      Delete
  7. wah nampak sedap. belum pernah try lagi resepi ni..

    ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  8. wahhh mesti sedap betul nih, pekat melekat... akak biasa pakai susu dan butter je ini siap ada cooking cream dan cheese mesti layan

    ReplyDelete
  9. wahh nampak sedap.. jarang-jarang dapat makan chicken buttermilk ni.. nak cuba buat jugak lah nanti.

    btw jom walking blog kat blog saya juga .. entri baru https://adaabdullah.blogspot.com/2020/09/cuti-cuti-malaysia-sight-seeing-sekitar.html

    ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala buat, org kata, tukar selera.. hehe

      Delete
  10. nampak sedap. teringin nak rasa hehehe

    ReplyDelete
  11. kalau dekat ni, saya dah hantarkan dah. heheh

    ReplyDelete
  12. kalau mkn ayam buttermilk ni cepat kenyang dan muak.. selalu masak sikit saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah betul. saya ni masak lebih utk jiran sebelah rumah sekali. ehhehe,

      Delete
  13. adik ipar sy rajin masak ni. sy pula cpt muak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. muak tu biasanya kalau banyak butter dan susu.

      Delete
  14. yang simple ni yang sedap makan bertambah2 tu hehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.