Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t......
Apa khabar semua? Alhamdulillah, seronok dengar berita PKP kita ni akan berakhir tak lama lagi. Apa pun, SS harap kita semua jangan laa terlalu teruja sangat sampai lupa jaga diri. Kita masih dalam kehidupan norma baharu, kebersihan dan keselamatan perlu diutamakan. Marilah kita sama-sama menjadikannya satu tempoh bertenang untuk kita semua. Sambil tu, boleh laa plan baik-baik perancangan kewangan dan aktiviti masa hadapan.
Hari ni, ulangtahun perkahwinan SS ke-8. Sekejap je masa berlalu. Masih teringat lagi perjalanan mendirikan rumahtangga, bertunang, diijabkabulkan, pengembaraan ke fasa 1. dan sekarang menghampiri fasa 2 dah. Alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan perjalanan kami sebagai suami isteri.
SS dengan suami jarang sangat bergambar sekali. Kami sendiri tak tahu kenapa. Waktu nak muat turun gambar berdua kat media sosial ni pun, puas SS cari nak letak gambar yang mana. Rupanya dalam telefon kami berdua memang jarang ada gambar kami. Banyak gambar urusan kerja je. Alamaakkk...baru perasan. Mungkin sebab kami ni lebih suka bekerja belakang tabir, kurang gemar berfoto, makanya jaranglah ada dalam simpanan telefon. Bukan tak ada langsung, ada. Tapi sikit sangat.
Akibat jarang muat turun gambar peribadi dan rumahtangga dalam media sosial, SS dapat laa juga beberapa soalan cepu emas. Antaranya :
1) SS dah kahwin ke belum sebenarnya?
2) Siapa suami SS?
3) Suami SS ni 'somebody' ke?
4) Laaaa... saya ingat SS tak kahwin lagi !
5) SS dengan suami PJJ (Perhubungan Jarak Jauh) ke?
Biasanya yang tanya soalan macam ni, adalah individu yang tak berapa rapat. Kalau yang rapat tu, memang dah sedia maklum. SS ada je muat turun satu dua keping dalam media sosial. Mungkin juga mereka tu pengikut/kawan baru. Mungkin juga mereka bukan pengintip SS di media sosial. Jadi, mereka pun tak perasan. Hehehehe...
Apa pun, baguslah mereka bertanya, kan?
SS tak anggap pun mereka ni golongan 'makcik bawang.' Tapi SS anggap mereka sekadar ambil tahu. Daripada mereka terus membuat spekulasi yang tidak betul, lebih baik mereka bertanya, kan? Jadi, SS memang akan jawab jujur. Bila dah banyak kali ditanya soalan-soalan seperti diatas, SS terfikir untuk lebih kerapkan sikit muat turun gambar kami di media sosial. Mungkin dalam 30 gambar, selit la sekeping gambar kami. Haaa, macam tu. Asyik terpampang gambar kami, nanti orang meluat pula, kan? heheh.
Hari raya baru ni pun, kami masing-masing tak terfikir nak ambil gambar bersama. Sibuk dengan aktiviti lain. Sibuk merendang, melontong, menyambal... hehehheee.... maka, tahun ni tak ada gambar hari raya.. Apa daaa... tepuk dahi. Hahahah.
Sempena ulangtahun perkahwinan ke-8 ni, terjumpalah satu gambar terbaru yang diambil pada penghujung Januari 2020. Masa nak swafoto ni pun, lebih banyak ketawa dari bergambar. Asyik tak menjadi je nak berswafoto.. Sampai lenguh tangan. Hahahha... Jadi, ini sajalah hasilnya. Jadilaa, buat syarat. Hhehehhehe...
Doa ku,
" Yaa Allah, Yaa Rahman, Yaa Rahim. Alirkan rasa kasih sayang-Mu dalam rumahtangga kami agar mengalir rasa kasih dan cinta-Mu dalam jiwa kami suami dan isteri. Aamiin Yaa Rabbal 'Aalaamiinn."
Tahun ke-8 ni. Kami masih berdua. Aku masih menggelarkan Fasa Honeymoon. Masih mengenal antara satu sama lain. Masih menyesuaikan diri. Rupanya masih banyak perlu dipelajari dalam rumahtangga ini. Semoga Tahun depan kami dah bertiga. In shaa Allah, aamiinn. SS dan suami masih berjuang untuk SS hamil. Tolong doakan kami. Mana laa tahu ada doa rakan-rakan blogger dimakbulkan Allah. In Shaa Allah, Aamiin.
Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
uwahhh happy anniversary
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih.
DeleteHappy anniversary SS...trus sukses dlm blogging
ReplyDeleteAmiinn. Terima kasih Cikgu.
DeleteSelamat ulangtahun perkahwinan ke-8.
ReplyDeleteMasalah saya ialah orang tanya umur. Untuk pengetahuan saya lahir tahun 1979 @)
Terima kasih. Serius? Saya ingat NA baru 20an...
DeleteHappy anniversary, salam kenal ;)
ReplyDeleteTerima kasih Syaz Rahim. Salam Kenal.. =D
Deletewahh bini org rupanya.. 8 tahun masih xde anak tu rare.. semoda dipermudahkan urusan semut n suami ye.. aminn
ReplyDeleteAmminn.. Terima kasih atas doa wak... Hehe, aah bini orang wak. =D
Deletetahniahh! selamat ulang tahun May Allah bless ur marriage..insyaAllah soon akan dpt anak soleh solehah allahumma aamiin
ReplyDeleteAmiin..Amiin .. Amiin Ya Rabbal Alaamiinn... TErima kasih atas doa.
DeleteSemoga SS dan suami bakal menimang cahayamata nanti. Yg penting teruskan berusaha ye. Pasti ada jalanNya.
ReplyDeleteAmiinn.. Terima kasih abg kie utk kata2 pembakar semangat!
Deletealhmadulillah...
ReplyDeletemoga perkahwinan terus kekal ke jannah..aamiin
Aminn... terima kasih atas doa.
DeleteHappy Anniversary SS. semoga kekal bahagia hingga ke jannah :)
ReplyDeleteAmmiinn.. Terima kasih Tiara utk doa itu.. =D
DeleteHappy Anniversary SS..amiin utk doanya..semoga dimakbul Allah swt..
ReplyDeleteAmiinn... Terima kasih nohas.=)
DeleteHappy anniversary SS.:)
ReplyDeleteTerima kasih Dya.. =D
Deletealhamdulillah, happy anniversary buat SS dan suami!
ReplyDeleteTerima kasih Sunah Sakura.. =D
DeleteWah! Dah BIG 8...! Tahniah!Dua-dua wajah'sejuk'
ReplyDelete1st time dapat komen dua2 wajah sejuk... Terima kasih uncle.
DeleteTahniah en semut
ReplyDeleteTerima kasih Cikgu. =D
Deletewahh, so sweet and cute!! happy anniversary sis!! moga kekal hingga ke Jannah Allah!! Aamiin aamin. <3
ReplyDeleteAmiinn Ya Rabbal Alaamiinn.. Terima kasih Izzati.
Deleteselamat ulang tahun!! semoga berbahagia hingga ke jannah!
ReplyDeleteAmmiinn.. Terima kasih utk doa, Siti Hazreen =D
Deletewaahhh happy anniversary
ReplyDeleteTerima kasih Anisa... =D
Deletehappy anniversary SS. semoga bahagia selalu, till jannah. amin amin amin
ReplyDeleteAmiin.. amin... amiinn.. Terima kasih ShirVen =D
DeleteAlhamdulillah...semoga kekal bahagia hingga ke akhir usia...
ReplyDeleteAmiin Yaa Rabb... Terima kasih Azian Khalil atas doa.
DeleteHappi anniversari
ReplyDeletesemoga kekal bahagia selamanya.
Mudah2an dianugerahi zuriat yang soleh dan solehah
Ammiin Yaa Rabbal Alaamiin.. Terima kasih Wak atas doa dan ucapan. =D
Deletealhamdulillah tahniah SS dan suami
ReplyDeleteTerima kasih Ana =D
Deletesilah pun baru tau masa entry sebelum2 ni yang ss dah kawin. hehehe. serius dari segi penulisan nampak awet muda sangat.. apa pun semoga berbahagia selalu dalam Rahmat dan Kasih sayangNya sis~
ReplyDeleteAmiinn Yaa Rabbal 'Aalamiinn... Terima kasih silah.. eh. ye ke.. boleh tengok mcam tu kat tulisan ke... hehehe, tanda jiwa muda agaknya. kihkihkih.=D
DeleteHappy anniversary. Semoga berbahagia sampai ke syurga. Aaminn...
ReplyDeleteSama this year 8th anniversary. mine is august nanti. semoga Allah berikan hadiah paling bermakna buat kita nanti. Aaminn
Aminn Ya Rabbal Alaamiinn. Terima kasih Fizah. Saya pun doakan semoga hajat kita ditunaikan Allah. Aamiiin..
Delete