Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t......
Birthday aku 3 hari yang lepas, 9 Jun. Sampai ke hari ini aku masih mendapat ucapan dari semua kenalan aku. Rupanya masih ada yang mendoakan yang baik-baik untuk aku. Masih ada yang menghargai aku dalam hidup mereka. Aku bersyukur kerana masih ada yang mengasihani dan menghargai aku. Semua ucapan itu akan aku balas satu persatu. Bagi aku, mereka telah meluangkan sedikit masa untuk memberi ucapan itu, maka apalah salahnya meluangkan masa aku untuk menghargai mereka. Cepat atau lambat, aku tetap rasa seronok untuk membalas. Di blog, facebook, instagram, mesej mahupun whatsapp.
Seiring berganjaknya usia itu, aku terfikir apa bakti ku pada usiaku yang semakin meningkat ini? Baginda s.a.w wafat pada usia 63 tahun. Umat Muhammad, majoritinya meninggal seusia itu. Usia ku? Telah separuh dari itu. Jarak antara hidup dan mati juga terasa begitu singkat. Semoga ada ruang untuk aku berbakti selagi hayat dikandung badan. Semoga ada peluang untuk aku menebus dosa-dosa hari semalam. Syukur kerana masih panjang usia. Ajal itu urusan Allah. Tapi hati masih gusar, "belum tertunai tanggungjawab di bumi Allah". Belum cukup dan aku mengingati mati. Mati itu pasti.
Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
Waalaikumussalam...happy belated birthday..
ReplyDeleteTerima kasih nohas.. =D
DeleteWaalaikumusalam.Moga usia yang berbaki mewah dengan keberkatan daripada Ilahi.
ReplyDeleteAmiin Yaa Allah. Terima kasih Perdu Cinta atas doa itu.
DeleteHappy belated birthday. Ceria selalu.
ReplyDeleteTerima kasih NA... makin ceria bila dapat comment dari NA. =D
DeleteSanah helwah💕😊 May Allah bless till jannah
ReplyDeleteAminn Yaa Rabb, Terima kasih Mas
Deletehappy birthday SS Alhamdulillah semoga sentiasa di dalam keberkatan usia, aamiin
ReplyDeleteAmiinn Yaa Allah... Terima kasih AJ atas doa.
DeleteWkmsalam
ReplyDeleteHbb SS
Semoga sentiasa di dalam lindungan-Nya
Aminn Yaa Allah, terima kasih Wak.. =D
DeleteHappy belated birthday. Semoga sentiasa sweet 18 hihi :D
ReplyDeleteSemoga dengan pertambahan usia, bertambah pengalaman yang mematangkan dan semoga sentiasa dalam lindungan Ilahi :)
Amminn Yaa Allah.. Terima kasih Nurul Shahira atas doa ini..=D
Deleteselamat hari lahir puan semut. semoga dipanjangkan umur n dimurahkan rezeki. Aamiin...
ReplyDeleteAmmiinnn... Terima kasih atas doa Abam Kie.
DeleteSANAH HELWAH SS
ReplyDeleteAlhamdulillah. Terima kasih kak paridah.
DeleteHappy birthday madam comel!! may Allah bless you always. ❤️
ReplyDeleteAmmiinn... Thank you Izzati comel..
Deletehappy belated birthday wpn dah lbh sbln 😊🎂
ReplyDeleteSe você está pensando em como "seusia ini" se aplica a uma situação específica ou em um contexto específico, poderia fornecer mais detalhes? Isso ajudaria a fornecer uma resposta mais relevante ou útil.
ReplyDelete