Skip to main content

Penat Otak

Bismillahirahmanirrahim 
Assalamualaikum w.b.t...... 

Aku dah mula masuk kerja bermula Rabu lepas 10 Jun 2020. Sebelum ni dah masuk secara giliran. Tapi tempoh berada di pejabat 5 jam sahaja. Bermula Rabu lepas, tempoh masa dah kembali normal iaitu masa fleksibel bermula jam 7.30 hingga 9.00 pagi dan berakhir jam 4.30 hingga 6.00 petang. 

Waktu buat kerja kat pejabat, ringan-ringan sahaja tugasnya. Nak sesuaikan diri dengan norma baharu. Banyak belajar dan praktikal cara pengendalian mesyuarat dan gerak kerja atas talian. Tapi bila sampai rumah, siap mandi, masak, makan sehingga solat Isyak, aku dah tersengguk-sengguk. Entah apa yang penat sangat tu sampai mengantuk awal. Tak sempat nak blogwalking. Biasanya aku ni spesis burung hantu. Selagi tak pukul 3.00 pagi, memang mata tak reti nak lelap. Rabu-Jumaat tu, memang macam tu lah keadaan aku. Penat lain macam. Mungkin sebab penat fikir agaknya. Mata pula begitu lama mengadap komputer.

Aku perasan, bila badan penat beraktiviti, makin cerdas otak ni. Tapi bila otak kita penat, seluruh badan kita rasa tak larat. Betul tak? Ada tak yang sama macam aku? Atau mentaliti aku saja yang begini?. Apa pun, aku nak pastikan aku sihat dan bebas demam supaya tak menyusahkan suami dan menjalani hidup dengan ceria.


Bangunan pejabat aku nun jauh di sana yang berwarna oren tu. 
Siapa nampak angkat tangan.. heheee


Ini lah bangunan pejabat aku. 
Tempat mahasiswa berdiskusi & beraktiviti. 
Bangunan ini namanya Pusat Aktiviti Pelajar. 
Parking kereta jauh sikit, dan menapak masuk ke pejabat.

Ni waktu nak balik semalam. 
Pandangan dari depan pejabat. 
Nampaknya hari makin mendung. 

 Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
"Perlu biasakan diri dengan norma baharu. 
Jika melihat secara hikmah, banyak hikmah akan tersingkap."

Comments

  1. Tak nampak bangunan dari jauh.
    Semalam pun penat pukul 11 dah tidur. Selalu macam kelawar pukul 3 pagi baru lelap. Rasanya penat layan anak saudara buat kecah rumah. Hehe kena kemas lebih sedikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangunan ada jauh-jauh sayup di sana. heheh... Bagus juga dapat tido awal kan.rehat badan dan otak.

      Delete
  2. thanks komen2 blog wak pagi2 buta nih.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sementara tak tido lagi Wak, boleh laa jalan2 singgah blog Wak. hehehe

      Delete
  3. Minggu lps dah pi sek hadiri taklimat pembukaan sek. X sabar nk ngajar secara berdepan nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good luck Abam Kie, comfirm anak2 murid dah rindu tu

      Delete
  4. cantik pejabatnya luas ruang alam sekitar yg mendamaikan hati mesti selesa bekerja kat ofis ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, kak. Cuma kawasan luar memang luas..tapi dalam pejabat sempit sikit. hehehe

      Delete
  5. sama, bila buat macam-macam, macam susah nak tidur malam tu, tapi bila dah letih bekerja guna otak, memang lemah je 1 badan, nak tido je rasa huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... memang lumrah kehidupaan kita sebagai manusia ni begitu agaknya.

      Delete
  6. lama sgt 'bertenang' .. bila start keje mmg cepat penat la otot2 badan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaah, betul lah. lama sgt tempoh bertenang. pulak tu, mengejut.

      Delete
  7. Betul. Dulu kalau jawab exam, lagi2 yg susah lps habis tu mmg badan pon rse letih.

    Lambat nau tdo kol 3 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Otak dah berat, bila dah luahkan semua masa tu rasa cm habis energy. eerrr.. lambat sgt ke? hehe

      Delete
  8. mmg camtu sis, minda letih, badan pun tak bermaya cuma if saya, makin letih otak, mkin susah lak nak tidur. semua serba serbi tak kena rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, saya pun sekali sekala pernah begitu. bila terlampau letih sampai tak boleh nak tido pulak.

      Delete
  9. selamat bekerja sis!! ❤️ stay safe hehe!

    ReplyDelete
  10. Selamat kembali bertugas sang semut

    ReplyDelete
  11. Saya nampak sis bangunan oren tu. Jap2 angkat tangan ni. Hehe. Ya Allah serius la tidur pukul 3 pagi. Saya kalau siang tu ngadap komputer lama ke, duk kat aircond ke hmm selamat la lepas isyak menuju ke dunia lain. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hheheh.. saya nampak awak angkat tgn tu. ehhehe... aah, serius. tapi jarang la, cuma time PKP tu je makin menjadi2 tido lewat. uish,, bestnye dpt lelap lepas isyak tu. nikmat betul.

      Delete
  12. memang bila otak penat,badan akan jadi letih

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah... nak buat mcm mana. kita bukan robot kan. kalau robot, rasanya dah lama berasap. ehhehe

      Delete
  13. Betul, bila otak penat automatik badan pun jadi letih. Ada hari lepas isyak dah tidur sbb letih sngt.

    Selamat kembali bertugas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TErima kasih SK. mencabar juga lepas bertugas ni.

      Delete
  14. seronoknya dah bekerja, shida masih belum tgh tgu pengumuman je ni, bosan betul xkeje duk rumah xtau nk buat ape..huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. manfaatkan masa bila bersama keluarga. semoga bila bertugas nanti lebih fresh.. =D

      Delete
  15. setuju tu, bila di opis banyak kerja perlu dibuat walaupun cuma menghadap pc penat tu lain macam bila balik rumah... biasa rasa tu, lagi lah kalau ada kerja urgent yang perlu di buat...kejap2 lari ke printer opis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, betul sgt tu... otak penat, badan pun penat bila mcm tu... terkejar... sekali rest rasa collapse terus. ehhehe

      Delete
  16. waalaikumussalam..jauhnya letak kereta, bagus, dapat exercise...

    happy working..lawa bangunan pejabat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.. sejak ada pintu masuk baru, makin jauh nak dapat parking area office. so, tak pelah jalan jauh sikit. lagipun dah lama tak exercise. ehehe. Terima kasih nohas. =D

      Delete
  17. betul, kalau otak kita penat, badan pun akan ikut sama. Seharian kalau mengadap komputer, memang penat, tambah kita yg kerja pejabat nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. gelombang dari komputer tu yang buat kita bertambah penat, kan? belum kira hari2 ngadap phone lagi.

      Delete
  18. Samalah kita. Hari pertama masuk office dengan WB biasa 8-5, malam tu flat betul otak. Penatnya tak tau kenapa padahal kat office rasanya biasa je 😅. Mungkin badan dah biasa kerja fleksi hari tu, bila full swing mogok dulu sekejap hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul tu... badan baru nak hadap norma baru. hehehe

      Delete
  19. Saya menyukai keunikan bentuk bangunan modernPusat Aktiviti Pelajar. Desainnya keren.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TErima kasih. pasti designnya adalah karya arkitek terhebat.

      Delete
  20. Eh! samalah kita. Since time kerja dah back to normal Mrs. A pun tidur awal dari biasa terfikir jugak benda yang sama (awalnya aku tidur hahahaa) mungkin mentally exhausted. So kekdahnya dah tak follow Kdrama House of the Bluebird yang start pukul 11.55pm tu ah! tak penting pun hidup tetap berkjalan seperti biasa ha gittewww...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. sempat tukar mindset ek... tapi bertahan pun, rasanya tak leh nak feel cerita tu dah. mesti mengntok n pening2 kalau paksa tengok tv.

      Delete
  21. samalah. bila kurang activity lagi rasa lemau je badan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kita ni robot, dah lama berasap2 ni.. heheh

      Delete
  22. hehehe faham2
    so lepas nih In Sha Allah dah okay kut

    ReplyDelete
  23. betul tu. kerja mcm sy yg mmg saban hari kena perah otak, ia sgt memenatkan. sbb tu sy sgt2 mendambakan hari cuti supaya bebas buat apa shj tanpa fikir fsl kerja

    ReplyDelete

Post a Comment

SSn1

Popular posts from this blog

KUTU BABI

Assalamualaikum.. Toing! Toing! Menggeliat puas! Rasa mcm dah hampir sebulan membiarkan blog ini sepi... chewah!. Memang pun. Aku masih dalam proses menyusun jadual hidup selepas berumahtangga. Tapi entry kali ini aku belum nak berkongsi perihal perkahwinan. Ada hajat di hati tu...tapi belum lagi lah nak taip entry. Hari ni nak cerita pasal benda dalam gambar ni. Sumber  GOOGLE. MEMPERKENALKAAANNNNNN ......  'Kutu Babiiiiiiiiiiiiiiiiiiii'  Tarraaaaa aaaaaaaa Benda ni banyak la terdapat di kawasan kampung-kampung yang berhampiran dengan hutan belukar... Nama pun kutu, dia memang suka hisap darah. Dia ni kecik je... Mungkin terbang atau dibawa angin, atau dibawa oleh haiwan-haiwan peliharaan kita yang suka sangat memburu dan bersiar-siar dalam hutan contohnya kucing. Si kecil ni memang pakar mencari makanan di urat-urat tubuh kita ni. Tempat yang paling syok sekali katanya dicelah-celah lipatan tubuh contohnya belakang telinga, kelopak ...

Lentur Buluh

GOOGLE 1. Jika anakmu berbohong ,itu kerana engkau  menghukumnya terlalu berat. 2. Jika anakmu tidak percaya diri,itu kerana engkau tidak memberi dia semangat. 3. Jika anakmu kurang berbicara,itu kerana engkau tidak mengajaknya berbicara. 4. Jika anakmu  mencuri , itu kerana engkau  tidak mengajarnya memberi . 5. Jika anakmu pengecut,itu kerana engkau selalu membelanya. 6. Jika anakmu tidak tahu menghargai , itu kerana engkau  berbicara terlalu keras kepadanya. 7. Jika anakmu marah,itu kerana engkau kurang memujinya. 8. Jika anakmu suka berbicara pedas, itu kerana engkau tidak berkongsi dengannya.   9. Jika anakmu mengasari orang lain , itu kerana engkau suka melakukan kekerasan terhadapnya. 10. Jika anakmu lemah, itu kerana engkau suka mengancamnya.  11. Jika anakmu cemburu, itu kerana engkau membiarkannya. 12. Jika anakmu mengganggumu, itu ker...

Restoran Sedap Weh betul-betul sedap ke?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Cerita kejadian semalam, Cha dan Fahmi datang jemput SS kat rumah. Katanya nak ajak makan di Restoran Sedap Weh. SS tak pernah pergi pun. Orang muda ni memang jauh kaki melangkah. Kat pelosok ceruk mana pun mesti akan sampai. Katanya mereka selalu juga makan di sini kalau ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang, Kuantan. Jadi, perjalanan dari Pekan ke Gambang yang mengambil masa lebih kurang 40 minit, berbaloilah untuk singgah sebentar di restoran ni. Sementara tu, sempat juga kami bincang program-program terdekat sepanjang perjalanan pergi dan balik.  Restoran Sedap Weh ni terletak di Jalan Pintasan Kuantan ( bypass ), Batu 7, Kuantan. Dibuka dari jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Kami bertolak selepas Zohor. Jadi lebih kurang jam 2.30 kami sampai di restoran.