Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t......
Sambungan daripada cerita TTC aku :
Sebelum kakak tukang urut tu bagitau kat suami aku yang dia suspect aku pregnant, anak dara dia ada jumpa dia cakap benda yang sama. Katanya nampak aku macam pregnant. Aku fikir mungkin perut aku buncit kot. Tapi kakak tu kata kalau orang pregnant, tubuh badan dia pun akan berubah. Kemudian, lepas masuk kereta, suami aku pun kata dia perasan sejak akhir-akhir ni bentuk badan aku lain macam sikit. Cuma dia tak nak tanya lebih-lebih risau tersalah soal nanti. Maklumlah waktu tu, awal-awal kahwin sensitif sikit bab anak dan pregnant ni. So dalam hati memang ada sedikit rasa berbunga dan berrama-rama. Cuma tak nak terlalu berharap selagi tak dapat jawapan sebenar.
Lagipun, waktu itu aku sedang period. Kata kakak tukang urut tu, tak mustahil boleh pregnant walaupun sedang period. Orang-orang tua panggil 'bunting pelanduk'. First time aku dengar.
Esoknya tanggal 24 Februari 2013, pagi-pagi aku bangun buat Urine Pregnant Test (UPT) sendiri. Tapi result aku negatif. Mungkin juga susah nak detect sebab aku sedang period. Kemudian, waktu berurut dengan kakak tu, dia masih 'rasa-rasa' dengan tangan dia yang memang ada ketulan seakan baby dalam perut aku. Dan sekali lagi dia tak berani nak urut lebih-lebih area rahim dan belakang pinggang aku. Sedikit ilmu yang aku dapat hari tu, kakak tukang urut bagitau, belakang pinggang kita adalah terletaknya muka baby dalam kandungan. Dia pesan jangan urut atau tekan sembarangan risau-risau nanti muka baby jadi agak terpenyek. Ok. Aku take note pasal ni.
Selesai berurut hari kedua, aku dan suami pergi Klinik Al-Farabi iaitu klinik sakit puan di Kuantan. Aku pun cerita la kat doktor pasal period aku tak tetap dan aku pergi urut dan tukang urut suspect aku pregnant. Dan sejujurnya aku ada rasa yang perut aku seperti ada ketulan dan mengeras. Biasanya memang aku akan rasa macam ni waktu period. Maka, doktor pun buat la UPT. Tunggu kejap je dan keputusannya, jeng jeng jeng. Negatif. Rasa down juga tapi kena tabah la. Sebab tu awal-awal dah prepared sebarang kemungkinan jadi, tak lah rasa jatuh gedebuk perasaan kecewa ni. Masih boleh kawal.
Doktor risau kalau yang disangka pregnant itu sebenarnya fibroid. Jadi doktor sarankan untuk scan rahim. Ini first time seumur hidup aku scan rahim. Sekiranya fibroid, rawatan lain akan menyusul. Nauzubillah.
Kata doktor, rahim aku kosong, bersih, tak ada fibroid, malah cantik je kedudukan rahim aku. Alhamdulillah. Dengar berita ini pun, buat aku bersyukur sangat-sangat.
Keesokkan harinya, aku tamatkan rawatan berurut aku dengan Kakak tu. Dia pun pasrah dengan keputusan UPT aku. Apa pun aku bersyukur dan berterima kasih kat suami aku kerana sanggup dia tunggu aku selesai berurut selama 3jam setiap sesi.
Akan bersambung...
Terima kasih meluangkan masa di blog ini.
Tak sabar nak tunggu sambungan. InshaaAllah rezeki akan sampai bila Tuhan izinkan. Kita bersangka² baik ya. 😊
ReplyDeleteIn Shaa Allah, amiin.. Terima kasih utk doa dan kata2 semangat ni.
DeleteApa agaknya ketulan yg Kakak tu rasa..Alhamdulillah, bukan fibroid..
ReplyDeleteSaya pun sampai skrg masih konfius apa benda. Alhamdulillah.. rahim masih sihat.
DeleteMasih suspens dan misteri lagi.
ReplyDeleteAAh... kasi dramatik sikit. sampai skrg pun masih suspen dan misteri. ehhehe Doakan sis ye.
DeleteWOW CITER BERSAMBUNG PULAK
ReplyDeleteAah... kak Paridah, kena bersambung. Tak larat jari nak menaip panjang2. hehehe
Deletetak sabar nak tunggu sambungan...aduhhh saspennn
ReplyDeleteHehehe... terima kasih. Ini yang makin bersemangat nk taip sambungan ni... heeh
Deletedoa banyak-banyak tau sis!! jaga diri dan stay strong ye. InsyaAllah. Love you. <3
ReplyDeleteIn Shaa Allah, terima kasih utk kata2 semangat ni! yeaahh!!
DeleteHarap yang baik2 aje
ReplyDeleteIn Shaa Allah, amiinn..
DeleteCurious cikgu nk tahu sambungan ceritanya menarik...done follow blog semut2 ya...comel je semut tu hehe
ReplyDeletehehehe.. Terima kasih cikgu.
Delete1st time juga dengar pasal bunting pelanduk
ReplyDeletesemoga semuanya indah-indah
Istilah orang2 lama. tak sure kenapa... kite share aje.. heheh
Deletecerita pengalaman ini begini menarik ..
ReplyDeletesebab tak semua dapat rasa pengalaman tersebut
Simpanan utk kenangan masa depan nanti ...
DeletePernah alami, bila dah buat scan rahim, doktor cakap semua oke, mmg tak pergi dah mengurut sbb risau lain pulak jadi.. ikhtiar lain pula..
ReplyDeletekalau boleh, fiza share laa apa ikhtiar Fiza selepas berurut tu...
DeleteSemoga Puan Semut dikurniakan kesihatan yg tiptop sepanjang Ramadhan ini dan selama2nya. Aamiin.
ReplyDeleteP.S. Jom join segmen blog list di blog abam kie yg bakal tamat pd 10 Mei nanti. Peserta terakhir secara automatik akan dpt tunai RM5.
Amiin. terima kasih atas doa abg Kie. moga2 termakbul. in Sha Allah, free2 nanti SS singgah kt blog Abg Kie join segmen tu
DeleteAlhamdulillah bukan fibroid...tak sabar tunggu sambungan
ReplyDeleteIn shaa Allah, kite sambung nanti ye.. biasa laa.. kena ada mood heheh
DeleteInsyaAllah bila sampai masanya pasti akan ada rezeki zuriat. :)
ReplyDeleteAmiinn, Ya rabb.. Saya pun yakin begitu.
DeleteFirst time jugak Mrs. A dengar istilah bunting pelanduk.
ReplyDeleteSemoga rezeki untuk mendapat zuriat akan dimakbulkan hendakNYA.
Aamiin.. Ya Rabb.
Deletewak pon firstime dgr bunting pelanduk., kalo bunting pelamin biasa la khannns.,
ReplyDeleteso mak semut x pregnant lettewww.., ;p
Buntin pelamin tu biasa laa dengar.. heheh
DeleteAlhamdulillah rahim sis sihat.. risau juga bila terasa ketulan itu..
ReplyDeleteAlhamdulillah sis.. rasa lega n bersyukur sangat2.. boleh laa fokus next treatment.
Deletepernah dengar tentang bunting pelanduk. In sha Allah ada rezeki tu nanti kan sis
ReplyDeleteIn shaa Allah Amiinn.. Terima kasih atas semangat ini sis.
DeleteSemoga Allah kurniakan rezeki anak nanti dan semoga dipermudahkan segala urusan SS. Aminn...
ReplyDeleteAmminn Yaa Rabbal Alaammiinn.. Terima kasih fiza
Delete